Penyembelihan kambing


Assalamualaikum semua,

Setelah selesai Majlis Irdina Zara, marilah kita bercerita pasal kambing yang menjadi menu utama pada majlis hari tu pula. Yelah kan, biarlah tetamu-tetamu makan kambing tu feeling-feeling sedap dulu..baru kita bukak cerita asal usul kambing ni..hehe

Masa kami pergi booking kambing hari tu, kami tak buat pape payment pun lagi. Sebabnya masa tu hari Ahad. So, yang ada hanyalah pekerja2 ladang je. Staff management / bos2 dorang takde. So, kami kena datang balik hari Jumaat (sebelum hari kenduri tu) utk buat payment, niat / akad sembelihan kambing dan tengok proses sembelihan kambing tu... Yuuu...pengalaman pertama!

Jom, aku cerita pakai gambar...best sikit..boleh uolls feeling-feeling kat kandang kambing... =D

Sebelum kami gerak p sini, Cik Pu dah telefon siap-siap. Tapi dia telefon agak lambat la jugak - dalam pukul 3.00 petang. So, bila dia telefon tu, orang tu dah suruh datang sekarang - dorang tengah buat penyembelihan..kami pun dengan aksi mat rempitnya, merempit dengan menggunakan kereta..hehe =P

Masa kami sampai tu, banyak kambing dah disembelih. Esok esok kan weekend, maybe ramai jugak nak buat kenduri macam kami kot..So masa kami dah buat payment semua, baru la proses penyembelihan kambing Irdina Zara dimulakan.

Kambing untuk Akikah Irdina Zara


Oh, lupa pulak..ada yang tanya aku berapa harga seekor kambing? Rate kat sini...(sungai buloh)...seekor dalam RM700 - 800..depends pada tumbesaran seekor kambing tu..Kalau nak siap masak semua, tambah lagi RM250. So, total semua RM1000 untuk menu kami, kambing masak kari. Hari tu Cik Pu try tanya harga seekor rusa. Manalah tahu berkeinginan pulak 1 hari nanti nak buat BBQ ke apa kan..harga seekor rusa - RM8000++..nyum nyum nyum..(telan air liur).


Encik Kambing, stop kejap...kami nak capture gambo..hehe


Masa ni, bila start kambing nak disembelih, Irdina Zara pun menangis..
macam tahu-tahu je budak bertuah ni..  :)


Bila habis proses penyembelihan kambing ni, Irdina Zara pun berhenti menangis..
cerdik betul!


Setelah selesai...


Kami berempat - termasuk Si tukang amik gambar..


Cik Pu yang pada mulanya dalam sangkaan aku si gagah perkasa lagi macho tak takut langsung nak tengok proses penyembelihan tu...rupanya sangkaan ku meleset sama sekali...

"abang tak takut ke tengok tadi? Bukan ke abang takut tengok darah?"

"Aah..memang abang takut pun..abang tak tengok sangat...abang tengok sikit-sikit je..
abang fokus amek video ni.."

Cet!


So kawan-kawan, enjoy la hasil tangkapan video Cik Pu :


(Proses penyembelihan kambing orang lain)





Adios!

No comments: