Pasar Kemboja & Zoo Taiping


Disebabkan minggu lepas family aku dari Bukit Beruntung mai Penang, 

aku & Cik Pu telah merangka beberapa trip perjalanan untuk dorang...

Dan sebenarnya...kami pun nak berjalan jugakkkkk..hehe

Almaklumlah...di hujung-hujung tahun ni..

cuti-cuti Malaysia la kita kannn..

.....

Tapi, trip kali ni amik hari-hari weekend - sabtu ahad je.

Sebab hari lain aku & Cik Pu kerja...cuti rehat dah tinggal nyawa-nyawa ikan je.

Sabtu which is our 1st trip, kami ke arah Perak.

Pagi-pagi tu dah bergerak ke Pasar kemboja.

Pasar Kemboja ni first time aku & Cik Pu sampai.

Sebelum ni dok dengar orang lab bercerita je...perginya tak pun..

So, sementelah Puan Emak & adik-adik pompuan aku ada...apa lagi..moh la kita berombongan ke sana...

Rupanya jalan nak ke Pasar Kemboja yang area Permatang Tok Mahat ni senang je..taklah susah mana..

Tapi, disebabkan first timer punya pasal..sampai tersesat-sesat..

Nasib baik Cik Pu yang bawak kereta...so tak payah la risau kemungkinan nak kena maki hamun tu memang ratenya 0% la kannnn

Laki iols kan driver yang penyabar lagi berkhemah...

(gila kau tak berkhemah...bawak 90 km/jam....sampai aku pun rasa nak p tolong tekan pedal minyak...hahaha)

.......

Kat sana...rasa puas la jugak bershoping...2 jubah aku berjaya grab

Harga & design boleh tahan la...murah sikit dari kat kedai..

Tapi....baju @ tudung, aku tak rembat...bukan taste aku kot yang ala-ala macam tu..

Puan Emak & adik-adik aku kau jangan cakaplah...shopping sakan..

Yo oh oh je dalam kereta lafaz ikrar "ala...ni datang nak tengok-tengok je ni..."

Sekali kauuuu...penuh tangan membeli tak hengat dunia..

Tulah orang kata...tak kenal maka tak chenta..hahaha

Dan disebabkan Cik Pu malas nak mengusung anak sambil pegang kamera, makanya cerita ke Pasar Kemboja ni tak bergambar la ye uols...

Boleh google kot?  (hahaha)

......

Agak-agak hujan rintik rintik menjelang tengahari tu, kami cepat-cepat masuk kereta & ke next destination.

2nd trip kita mana lagi...tak lain dan tak bukan...Zoo Taiping

Tempat ni dah macam tempat wajib la pulak rasanya..

Mana taknya...dari dating, lepas honeymoon, Irdina turns 1, dan tahun ni pun p jugak..

Layankan jelah kannn..walaupun hajat di hati nak masuk Zoo negara tengok panda tak kesampaian..

huk huk huk sangattttt

.......


Sesampainya kat Zoo Taiping, memang ramailah orang bersesak-sesak

Mungkin faktor cuti sekolah la kottt kannn


So, macam biasa la...nak masuk mana-mana Zoo pun mesti nak kena bayar tiket kannn

Sorang dewasa RM 16, tapi kalau kau ada kad bekas tentera macam ayah aku, dapatlah half price..

Untuk student, aku dah tanya dah...tak dapek nak diskaun-diskaun dooh..



Time ni nasib baik aku teringat nak bawak SSC Boba...

kalau tak...memang lengoh la jugak nak mengendong Budak Irdina ni ke sana ke mari..

Bukan aku taknak biarkan dia berjalan....

nanti bila korang tengok pic2 kat bawah, korang fahamlah kot kenapa aku terpaksa pakai Boba ni...



Pic ni boleh cover lagi muka dia...



Tang pic ni dah tak boleh cover dah...terserlah ketakutan dia.....haha

Dia takut patung-patung yang ada depan Zoo tu..

Contohnya macam Seladang kat pic atas tu, orang utan, apa lagi ntah...tapi dia takutlah kalau kita nak datang dekat bergambar...

Tu belum binatang yang real lagi....geleng kepala aku..

Nak kata tak pernah pergi Zoo...rasanya, semenjak dia "di-plan" lagi dah bawak p Zoo (hahaha)



Enterance penuh orang nak masuk zoo..



Yang kat part Cimpanzi ni kelakar sket..

Tak dan aku nak tunjuk & ajar Irdina "ni Cimpanzi"....dia dah jerit "onyettttttt"

hoi...buat malu mak kau je..

Nak counter back punya pasal, aku jawablah..."yelah yelah..ni keturunan monyet"...

hahaha

Pastu...kat part burung bangau pun sama...terus jerit "itekkkkkk"

Nasib baik dia tak sebut perkataan yang selalu aku ajar kat rumah itek, dia sebut ?etek...

kang dah satu hal pulak nak menjawab tengah-tengah orang ramai kang...

tak pasal-pasal je melucah....hahaha



Dan disebabkan bulan lepas aku memang ada buat assignment berkenaan Great Apes behaviour....

so, aku dengan senang hatinya bolehlah buat-buat pandai explain kat Cik Pu & Irdina behaviour of Chimpanzee, Orang utan & Gorilla ni kan...

(walaupun aku tipu sikit-sikit...mana dorang tahu....kahkahkahkahhhh)



Masa mula-mula masuk zoo tu...memang kitorang berjalan sekitar zoo..

Tapi, bila lama-lama tu hujan turun rintik-rintik & masing-masing dah penat kaki, 

so kami decide naik train la pulak..


Tapi....nak menunggu turn nak naik tu bukan main panjang nak kena beratur...

Nasib baik dorang dah buat improvement tambah seat kat palang menunggu dorang..

Bolehlah duduk sambil menunggu..

Kalau tak....mahu patah pinggang masing-masing...



Sambil-sambil tunggu tu boleh la kita keluarkan skill multitasking kita....

Bagi anak makan nasik pun boleh....hahaha

kang nak meround satu zoo pun tak kesah, dia dah kenyang..



Irdina ni tak lain dan tak bukan...favorite lauk dia ayam first...kalau takde ayam, ikan pun boleh..

Tapi, ikut ikan jugak...

Sayur takmau.....sebijik macam seseorang...(hehe)



Dalam menempuh onak duri, berkat kesabaran sentiasa penuh di dada.....

akhirnya kami berjaya jugak naik train yang diidami oleh ramai orang ni...

hahaha



Seat takmau kalah....mesti mau duduk belakang sekali..

Nak lambat sampailah katakannnn..


Sorang panda...sorang musang...elok sangatlah tu kannn...hahaha


Dan perjalanan kami pun bermula...



Last-last....Great Apes ni jugaklah menjadi pojaan hatikuuuuu....

Dah taraf moyang-moyang dah orang utan ni...

Asal pergi zoo taiping je... mesti dia dok kat sini...takdelah tempat lain..

Tapi...kali ni kami mai, dia buat lambai-lambai tangan ke arah Irdina..

Budak tu apa lagi...menjeritlah takut.....hahaha

Macam tahu-tahu je dia ni......haish!



0 Action comment:
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuan Tanah #CH

Tuan Tanah #CH
Missdicup - Wife & Mom cum Blogger since July 2008. Any inquiry(s), email me : missdicup_o7[at]yahoo.com.my

KEDAI ONLINE KAMI :)

KEDAI ONLINE KAMI  :)
ldabestprint.blogspot.com

Tarikh Penting Kami :)


Cik Pu : 6.9.XX
Missdicup : 8.6.XX
Mula Kenal : 26.3.10
Bertunang : 14.3.11
Nikah : 26.11.11
Kenduri Rawang : 27.11.11
Kenduri Alor Setar : 17.12.11
Irdina Zara : 21.10.12
Luth Zafran : 9.2.16

Klik Sini Kalau Mahu Kaya


Throwback