Digoda dan mengoda

Situasi pertama. Rabu minggu lepas aku dan Fateha telah menonton wayang. Kami sampai di Sunway Carnival mall pada pukul 9.30 malam. Kami terpaksa mengeluarkan duit yang lebih dari yang sepatutnya kerana kami tidak sempat membeli tiket wayang pada kadar yang rendah. Kami menonton wayang pada pertengahan malam, iaitu pada pukul 11.45. Sambil menunggu abang-abang macha memanggil kami masuk ke dalam panggung, kami berdua berkeliaran ke hulu hilir. Disebabkan sudah terlalu bosan menunggu, kami melangkahkan kaki ke pusat jahanam, dimana terdapat banyak permainan di dalamnya.

Apabila kami puas meronda di situ seperti anggota polis, kami keluar dengan harapan mahu melihat hero Harry Potter. Tetapi malangnya apabila tiba-tiba aku disapa oleh seorang mamat yang tidak dikenali. Dia mahu berkenalan denganku. Aku yang tidak jangka akan digoda, membuat muka selamba dan ketakutan. Saja. Mamat itu yang menyedari ketakutan pada mukaku terus kecewa dan berlalu pergi ke arah rakannya. Rakannya hanya tergelak dan berkata ‘kau sudah buat orang takut’. Aku tidak semena-mena mencari Fateha yang ketinggalan di belakang. Kami memang begitu, aku berjalan terlalu laju. Fateha hanya tergelak melihat aksiku digoda. Mungkin mamat itu sangat kecewa. Kasihan sama dia.

Situasi kedua. Sabtu yang lepas, aku dan Fateha telah pergi membeli-belah di Jusco Bandar Perda. Setelah selesai mencari barang-barang keperluan ke BiroTataNegara, aku mengambil keputusan mencari susu rendah lemak untuk diminum. Sementara itu, Fateha telah pergi membawa troli untuk beratur. Apabila aku sampai ke destinasi susu, aku terlihat seorang mamat sedang menyusun kotak-kotak susu. Aku yang menggatal ayam menyapa mamat itu. ‘Apa perbezaan antara kedua-dua susu ini?’ Mamat itu menjawab ‘yang full cream itu untuk menjadi gemuk, yang less fat itu untuk menjadi kurus’. Aku yang tidak berpuas hati dengan jawapan beliau membuat muka sampah. Mamat itu menyambung ‘saya tidak tahu, kerana saya tidak minum susu, hari-hari saya hanya minum soya’.

Aku yang tiba-tiba terasa mahu berdebat, mengeluarkan hujah ‘oo..soya tidak bagus untuk kesihatan. Ia mengandungi banyak protein. Oleh itu, ia boleh menyebabkan kanser.’ Mamat tadi yang terkejut dengan fakta yang aku hujahkan bertanya-tanya dan terpinga-pinga. Manakala aku mengambil keputusan tidak mahu melayan sebarang pertanyaan lagi terus mencapai sekotak susu untuk menjadi kurus dan berlalu pergi. Apabila sampai pada Fateha, aku menceritakan kejadian ini dan kami tergelak terbahak-bahak dengan kegedikan aku. Aku berasa geli hati. Sudah lama aku tidak buat kerja gila ini.

Setuasi ketiga. Selepas membeli-belah, aku mengarahkan Fateha memandukan keretanya ke arah Dataran Ikan Bakar. Aku teringin mengeluarkan sedikit wang untuk membelanja Fateha sempena hari ulang tahun kelahirannya. Semasa meminta pesanan makanan, kami didatangi oleh seorang pekerja lelaki. Selesai meminta, mamat tersebut membuat kerja lebih masa dengan meminta nombor telefon aku. Katanya ‘ada orang mahu nombor telefon kamu.’ Aku yang merasa hairan kecipanan memberitahu ‘saya tidak mempunyai telefon tangan tetapi hanya memiliki telefon awam’. Pekerja itu berlalu pergi dengan perasaan yang agak hampa dan tidak kembali lagi.



++++ kaki nota ++++
akukah yang bersalah mengoda mereka dan membuat mereka berasa sedikit kecewa? Pakaianku tidak seksi, malahan aku memakai tudung, berbaju di bawah paras punggung, berseluar panjang dan hanya memakai selipar tandas sahaja. Anda yang tentukan. lalalala~~*

Comments

pizet77 said…
that situation wont stop dear even after married...haha unless dah mcm akak ni yang berdua so x denye org nak ngorat...tp time awal kawen dulu ada gak yang mintak no phone bagai...last2 ckp dah kawen terkedu je derang...haha
encik ariff said…
haha.
style.
missdicup said…
klu nak cakap da kawen nnti, cam tipu la plak..sebab..pakwe pon tadak..hahaha~~*
FL said…
salam ziarah...

missdicup punya aura kuat ye.... :)

ada tarikan...