Kali ini bukan kerana aku malas bekerja, tetapi ini penyakit semulajadi. Dikatakan semulajadi itu kerana aku tidak meletakkan sesuatu ke dalam mataku seperti yang pernah aku lakukan dahulu. Ia terjadi kerana semulajadi. Bukan juga kerana meletakkan apa-apa cecair dan berjumpa doktor untuk meminta mc. Ia benar-benar semulajadi. Terasa seperti biji mata hendak terkeluar ketika rukuk dan sujud. Ia kelihatan sepet dari yang asal tetapi tetap dapat mengekalkan kecantikan diri. Tidak kelihatan kemerah-merahan. Malah ia mengeluarkan air mata yang berlebihan.
Keadaan ini sangat tidak selesa. Dan ia merimaskan. Apabila aku mengadukan hal ini kepada kawan-kawanku, terutama mereka yang bernama lelaki menuduh aku mengintai orang. Apakah maknanya? Aku mengintai siapa? Diri sendiri dikatakan mengintai jugakah? Aku tidak mengerti dan berambah sakit jiwa. Mungkin juga Allah hendak menghapuskan dosa-dosa yang telah banyak dilakukan.
Jika kamu semua terlihat aku di luar dan sedang mengenyit-ngenyitkan mata, itu bukanlah tanda aku mahu mengoda. Jangan pula kamu tergoda. Tetapi percayalah...sesungguhnya aku benar-benar sakit mata. Mataku sedang nazak di kala ini. huhuhu~~~*



perbezaan mata kami~~~*
4 comments:
jakg kwn sbelah terkene skali...=D
Seronok baca cerita anda..
delour : dia yg dekat2..klu dia kn org xbsalah..lalala~~~
apa kes mata yg sakit tp mulut yg ditutup (saya buat-buat naif hari ini.hehehe)
Post a Comment