Kedai kek

Dua tiga hari yang lepas, Hidayah atau lebih sedap mulut lagi dipanggil Gundut telah membawa kami ke kedai kek di Sungai Petani. Kami yang dimaksudkan itu terdiri daripada aku dan Fateha ini tidak pandai membuat sebarang bentuk atau jenis kek. Kemahiran kami hanya pada rasa dan makan. Kami yang pertama kali masuk ke kedai kek berasa sangat teruja dan bermuka dinasor kecipanan gila.

Gundut mahir membuat kek. Dia mewarisi kehebatan ini dari keturunannya. Kali ini dia pergi ke kedai kek tersebut untuk membeli bahan-bahan untuk membuat kek cawan yang ditempah oleh seseorang. Namanya dirahsiakan. Aku terasa ingin belajar daripada dia, namun mempunyai banyak alasan. Sekian terima kasih. Lalalalala~~*

Sila lihat gambar bagi membayangkan muka dinasor kecipanan gila. Fateha tidak suka bergambar. Oleh itu, anda tidak berkesempatan melihat dinasor kecipanan gila versi dua. Gundut pula sibuk memilih barang-barangnya sehingga terlupa kami berdua. Hahaha~~*





Gambar ini tidak mengandungi unsur-unsur orang sakit mata


Bahan tambahan yang dicadangkan untuk kek cawan Gundut..kah33~~*

6 comments:

delour said...

ape yg dok hidu2 tu?=D

missdicup said...

itu ketagih bau coklat hitam..smpi tanak kua kedai..hihihi

-atiQah- said...

bestnya tgk kedai tuh..
kite suka pegi kedai2 kek ni..hehehe..
suka tgk acuan yg berbagai2 tuh..

paraxixth said...

giler pe hidu2?..cacat penglihatan ke? ke tak kenal barnag kek? memerlukan penghiduan?

missdicup said...

tu la ko..mesti tak masok kedai kek nih..ko tak tahu tahap ketagihan bau kat ctu..

haha

mimi said...

kt mane kedai ni?