siaran tergendala.

otak tak kacau~
hati tak serabut~
jiwa relax~

just nak bagitahu blog ni akan tergendala seketika.
aku akan tiba di Kelantan pada pukul 2.00 atau 3.00 petang esok.
bukan pergi saja-saja.
untuk mencari jodoh. bukan juga.
Aku diberi elaun ke sana untuk ber-attachment katanya.
untuk belajar sesuatu yang baru.
Doakan supaya ditetapkan hati aku untuk belajar.
belajar benda yang betul-betul untuk dipelajari.
bukan untuk melihat gewe2 ensem di sana. bukan.
bukan juga untuk belajar membeli-belah secara berlebihan. bukan.
tetapkan hati~
tetapkan hati~

di saat aku nak bergerak ke Kelantan,ingin ku nyatakan.
budak kecik milik aku hilang.
haduishhh~
bukan toyol.
ini benda penting.
ada macam2 maklumat.
sulit, peribadi, kerja, family, semua ada.
walaupun benda tu kecik, tapi amat berharga.
kenapa dia hilang di saat aku nak bergerak ke Kelantan.
kenapa dan mengapa~
siapa yang mahu sabotaj, sila pulangkan segera.
siapa yang baik hati terlihat atau terjumpa, sila pulangkan juga.
pendek kata, pulangkan bALIKKKKK pendrive aku!!!!
walaupun harga dia dah turun, tapi sila pulangkan juga.
pulangkan.
pulangkan.
pulangkan.
tolonglah pulangkan.
tiba-tiba kau buat aku :
jiwa resah, otak kacau, jiwa serabut.
woishhh, roishhh,hoishhhow, loiuishh~
ombak manyak2. ombak~

Missdicup



Hari ni aku dengan terbuka hatinya nak bercerita pasal asal usul nama missdicup ni. Pada sapa-sapa yang dah lama nak tahu, dah lama tertanya-tanya, dah tahu tapi terlupa, sila ambil buku catatan. Saya tidak akan membuat siaran ulangan. [haha.tipu je.takyah lah sampai amik buku catatan. SkemA~]

Wokeh. Pada sapa-sapa yang tidak tahu, nama missdicup ni aku dah pakai sejak dari tingkatan Dua. Dan mungkin sampai ke tua. Sehingga bos aku pun memanggil aku dicup juga.Tanpa kerelaan aku sebenarnya.huhu~ pertama sekali. Missdicup. Bagaimana kamu menyebutnya dan bagaimana yang sepatutnya..? Miss [macam biasa. tak tahu juga, tak tahulah nak kata apa. Sekeh pale~]. Perkataan kedua yang penting adalah dicup. Mesti ada yang menyebut di-cup. Salah ye~ Cara sebutan yang sebenarnya adalah d-kap.

Perkataan missdicup itu sendiri tidak membawa makna apa-apa sebenarnya. Tidak pada gabungan nama pakwa pertama atau sebagainya. Tidak juga ada makna disebalik nama apa-apa. Lansung tidak mengandungi unsur-unsur lucah sama sekali. Aku sendiri tidak tahu mana datangnya idea nama dicup tu. Oleh itu, jangan membuat andaian melampau.

Nama ni mula glamour semasa aku di tingkatan Dua. Apabila Aida aka Dome, bdk hostel merangkap budak kelas aku, ternampak aku tulis D’+ [aku lukis bentuk cawan] di hujung pembaris. Dia tanya apa maknanya. Aku tak tahu nak jawab apa. Aku just kata – ntah,suka. Dari situ dia mula panggil aku dengan panggilan dicup. Adat budak asrama, bila sorang mula yang lain semua ikut. Sampai semua warden kemudian cikgu sekolah pun panggil dicup. Cuma tinggal cikgu yang tak sanggup nak sebut je tak panggil. Kalau sebut nama sebenar aku, semua orang tak kenal. Sebelum ni semua orang ingat dicup ni nama freshy aku masa orientasi asrama di tingkatan satu. Malas nak bersoal jawab. aku selalu mengiakan.

Kalau nak aku jawab dari ikhlas hati, aku menginginkan semua orang panggil aku dengan nama sebenar. Nama sebenar aku penuh bermakna. Cahaya yang beriman. Puas aku meperkenalkan diri dengan nama penuh. Tapi akhirnya tetap sama. Bila keadaan dah bersangkut paut macam sekarang ni, susah nak perbetulkan. Kawan belajar adalah kawan sekerja. Mereka mungkin terbawa-bawa. Atau mungkin juga imanku tak sekuat nama. Maklumlah aku hanya hamba yang kerdil lagi hina. Sekian~

Amaran keras



Tidak tahu meletakkan kereta atau tiada budi bahasa. Dua-dua adalah perkara biasa. Tapi persoalannya mana lagi kurang ilmu.itu anda fikir sendiri. Kejadian ini membuka mata aku betapa pentingnya ilmu meletakkan kereta dengan betul.

Pada malam minggu itu aku pergi ke rumah Gendut. Aku mahu melepak kerana ketiadaan Fateha di rumah. Dia ke kelantan selama dua minggu. Aku memandu binatang kesayanganku, semangat pesona. Sebelum masuk ke rumah Gendut, aku perlu meninggalkan semangat pesona di luar. Tempat meletak kereta di hadapan rumah Gendut adalah terhad. Ini adalah kerana semua ahli rumahnya mampu memiliki kereta seorang satu. Lalu, aku tanpa berfikir panjang, meletakkan semangat pesona di antara rumah Gendut dan jiran sebelah rumahnya.

Lalu kami bergerak ke rumah pelajar praktikal untuk membawa mereka makan di luar. Selesai makan, kami pulang. Apabila sampai di rumah Gendut, aku dan Gendut terperanjat beruk. Kami terlihat secebis kertas putih yang ditulis dengan pen penanda terselit di pengelap cermin hadapan semangat pesona. Tulisan agak besar. Tanda protes dan marah agaknya.

Mungkin aku yang kurang ilmu, aku mohon maaf. Tapi, manakah budi bahasa rakyat Malaysia yang diiklan-iklankan di kaca televisyen macam selalu. Aku pun tidak tahu. Mungkin juga kekurangan ilmu menegur secara sopan. Nasib baik jiran aku tidak begitu. Jika inilah yang dijadikan contoh pada generasi muda, jangan salahkan mereka.

Aku, BTN dan langkawi.

Habis juga akhirnya. Pulang ke rumah dengan perasaan sengih sampai ke cuping telinga. Tanda puas hati. Tarikh 6 hingga 10 Ogos 2009 adalah peristiwa. Seminggu sudah berlalu. Banyak benda dapat dialami dan dipelajari sendiri. Kesedaran tiba-tiba datang berduyun-duyun. BTN mengajar aku erti pentingnya politik dalam Malaysia. haha.sangat poyo~ Dari mula-mula surat sampai kat tangan aku, akulah orang yang paling berkobar-kobar nak pergi BTN. Berlainan dengan orang lain. Aku sangat excited. Tidak tahu kenapa. Mungkin diadakan di langkawi. Boleh cuci mata. Atau mungkin juga aku teruja nak melakukan aktiviti-aktiviti lasak seperti shoping.

Kami tunggu bas pukul 8.10pagi depan ippt. seperti yang dinyatakan dalam surat, tapi biasalah mungkin kerana karenah birokrasi. Bas bergerak agak lambat, pukul 9.30pagi aku rasa. kami berhenti di kawasan rehat dan rawat Gurun. Kemudian sampai di Kuala Perlis, pada pukul 12.30 tengahari. Menunggu bot tak kunjung tiba. Kami sempat mengadakan sesi tembak menembak sambil memakai topeng hidung dan mulut. Gayanya macam tak pernah pakai. Ditambah pula dengan aksi-aksi orang tidak pernah pergi Langkawi. Sungguh kasihan~

Sejam telah berlalu. Sampai di jeti langkawi dengan bergalas beg kuning yang lebih besar dari orang. Terasa nak putus semua urat yang ada. Aku dan Fateha mendahului peserta-peserta lain dalam berjalan kaki ke tempat bas. Terasa macam dalam explorace pula. Berjalan ikut suka padahal urusetia tertinggal di belakang. Confident itu penting kata Fateha. Aku hanya menurut.

Hari pertama berada di kem latihan. Aku tersungkur di depan tandas. Dengan hanya berbaju tshirt dan bertuala kalut nak keluar. Terasa macam nangka busuk. Nasib baik masa tu aku keluar ikut pintu menghadap dorm perempuan. Kalau tidak, jatuh saham. Apabila disiasat, aku memang tidak boleh salahkan keadaan lantai yang licin. Selipar jamban pujaanku habis bunga di tapaknya. Kesalahan sendiri. Sakit pinggang, kaki, tangan dan lain-lain. Tapi tidak mengapa. aku masih mampu tersenyum. Kerana teruja berada di langkawi barangkali. Hari pertama jugalah kami [iaitu aku dan Fateha] mendapat kawan baru. Siti Khadijah Ahmad Bakhri. Dari school of physics usm, jawatan pegawai penyelidik, belum berpunya. Sangat baik dan kepala gila-gila juga. Boleh isi borang. Tp kena tanya tuan punya badan.

Sesi ceramah selesai dengan jayanya. Aku berjaya membuka mataku tanpa bantuan pencungkil gigi sebagai penahan di mata. Konsentrasi itu penting. Hari kedua adalah hari pembahagian kumpulan. Aku berdoa dengan semahu-mahunya. Agar mendapat Fasilitator dan ahli kumpulan yang baik hati lagi sporting. Tidak lupa juga handsome dan budiman. Haha. Allah makbulkan doaku. Alhamdulillah. Namaku tersenarai dalam kumpulan sebelas. Berada dalam kumpulan itu membuatkan aku berasa sangat selesa mengeluarkan pendapat mengikut acuan kepala hotakku berfikir. Walaupun kadang-kadang ada kesalahan. Tidak mengapa.mendapat banyak ilmu dan kesedaran.

Perkara yang paling aku suka sekali masa sesi LDK adalah bermain binggo. Kumpulan kami menang berturut-turut sehingga empat kali pusingan. Dan terpaksa memikirkan denda yang perlu dijalani oleh pihak lawan apabila mereka kalah. Cium tiang batu di tengah panas, lakukan aksi gelak orang kaya, senyuman paling manis yang anda ada, menyanyikan lagu patriotik dengan penuh perasaan di depan dewan. Sangat kelakar. Mereka sangat sporting. Semua idea denda dikeluarkan oleh Incik Khai aka chikai. Salah seorang dari ahli kumpulan aku. Idea aku? Sangat tidak boleh pakai. Mereka kata aku sangat kejam. Aku pun tidak tahu mengapa~

Ujian kecergasan. Aku buat dalam keadaan tidak serius. Main-main dan banyak gelak. Bayangkanlah masa ujian menahan nafas selama beberapa minit. Aku menghadap berpuluh-puluh orang yang manahan nafas sambil hidung dicucuk oleh jari pasangannya. Apalagi. Gelak berdekah-dekahlah aku. Kasihan sama Fateha. Oleh kerana tidak tahan melihat aku ketawa keseorangan, dia sertai aku. Keputusannya, kami kantoi dengan jurulatih dan dia gagal dalam menahan pernafasan. Hanya mendapat 5markah. Aku? Lagilah pula. Kosong markah terus! Langsung tidak boleh tahan. Tidak boleh berhenti ketawa.

Larian marathon sejauh 2km. Sambil menuruni dan mendaki bukit yang curam. Akulah juaranya bagi kategori perempuan. Dengan catatan 4minit 33 saat. Dapat mengatasi tiga per empat dari catatan kaum lelaki pada masa itu. Berlumba bersama kaum lelaki adalah aktiviti sangat bahaya. Perlu stamina yang kuat. Mereka sangat besar dan kasar. Tersentuh mereka, sendiri terasa sakit. Selesai tamat larian aku rasa macam nak pengsan. Beriya berhempas pulas. Balik dorm, ada yang bertanya rahsia kejayaan. Fateha tolong jawabkan. Buang appendiks, nanti lari laju. Aku hanya mengiayakan. Teori mana yang dia pakai pun aku tak tahu~

Permainan mencari batu yang sama saiz dan warna. Permainan ni aku tak pernah main pun sebenarnya. Tapi aku dah dengar erita dari Estro dan Halil. Aku cepat tangkap orangnya. Oleh itu, aku dah dapat agak permainan ni macamana. Tapi mungkin silap aku. Jenis yang cepat bertindak tapi tak mendengar arahan. Arahan mula belum diberi, aku yang kabur-kabur ayam tak dengar. Terus ambil batu dari kumpulan aku dan bangun dengan hajat nak pergi tukar batu dengan kumpulan sebelah. Tiba-tiba lengan bajuku ditarik oleh Fasilitator aku sendiri ke bahagian pentas. Dengan harapan Fasilitator nak bagi klue biru. Sangkaanku melesat. Aku ditangkap kerana tidak mendengar arahan. Digari dengan tali dan mulutku disalofontap-putih-kan. Akulah banduan yang paling awal di dalam penjara itu. Setelah beberapa minit berlalu, ramai yang menyertai. Walaupun mulut ditutup, aku masih boleh bergelak ketawa seorang diri. Ini adalah kerana aku terlihat ahli-ahli baru penjara adalah terdiri dari budak-budak dorm aku sendiri. Itu membuktikan kami memang kecoh dan kepoh. Memang padan kerana ditangkap. Selesai permainan, aku terpanggil untuk berdiri di hadapan semua peserta, jurulatih, fasi, kerusi, batu-batu dinding untuk menceritakan pengalaman dan perasaan aku menjadi banduan.Ucapan atau repekan aku sudah tidak dapat membezakan. Lantak.

Peperiksaan. Dengar ceramah sudah, jalankan ldk sudah, baca buku ala kadar pun sudah. sekarang adalah masa untuk bermain dadu. Jika tiada, boleh juga mengunakan senapang. Itu terpulang. Asalkan lulus peperiksaan. Kalau tidak? Sila datang lagi lima hari empat malam untuk mengulang. Masa diberi dari pukul 8.30 pagi sehingga 10.30 pagi. Kira sendiri berapa lama. Itu masa yang tertulis dan diberitahu. Tapi masa tamat sebenar adalah pukul 10.00 pagi. Akulah peserta yang paling akhir sekali yang menghantar kertas soalan dan jawapan. Tidak sempat membuat semakan. Jurulatih sudah duduk disebelah dan mengatakan ‘dah betul dah tu’. Haisyoo. Mesti kes malas nak tunggu aku sorang dalam dewan. Aku yang agak tak berpuas hati dengan jawapan aku, menghantar dengan redha dan dengan harapan lulus! Fuh, selesai~

Setelah selesai semua benda yang dikatagorikan sebagai btn, kami pulang ke tempat asal. Sebelum balik, warga-warga usm dibawa ke dua kawasan, iaitu kilang membuat minyak gamat dan kedai Haji Ismail – tempat membeli cokelat. Akulah orang yang paling bahagia. Syurga~ selesai membeli belah, kami pulang dengan jayanya. Sekarang adalah masa untuk berdoa. Supaya tiga bulan akan datang keputusan yang akan keluar tertulis :

Anda LULUS dengan cemerlang, gemilang, terbilangnya. Anda sangat BAGUS sekali~
*ayat yang lain adalah sekadar penambah rasa sahaja. Yang penting –lulus~

Ada orang kata dia tak suka pergi. Ada orang lain pula kata suka. Walau apa pun mereka rasa, aku tidak peduli. Yang penting aku sangat suka pergi btn pada kali ini. Mendapat kawan-kawan yang sama kepala, buat aku lupa pada semua masalah yang ada. Kat sini jugalah terbentuknya geng kepit, geng bas sekolah dan macam-macam lagi nama gang. Jika diberi skala kosong hingga sepuluh, aku bagi lapan point lima markah. Kredit pada semua~

pictures show alots~

sesudah mendarat di Langkawi :)




aktiviti kembara - x sampai 1/2 jam.hihi










geng bas sekolah :)






jangan tiru aksi ini di rumah :)



mengapa perlu pulang?





sekian sahaja laporan dari saya.

Yang Menurut Perintah,
hihihihi~

ex-boyfriend

Aku tak tahu nak mengarut dan mencarut ape sebenarnya ni. Tiba-tiba terasa kehilangan idea. Kalau dia terbaca entry kali ni, aku mintak maaf banyak-banyak-banyak. Bukan nak mengekspoitasikan cerita. aku just nak kongsi perasaan je. Sembilan haribulan lapan ni adalah tarikh birthday ex-boyfriend. Sama dengan tarikh kemerdekaan singapura. Aku harap dia bahagia dengan hidup dia sekarang. Sebab kami dah agak lama tak berhubung. So, aku dah tak tahu menahu langsung pasal dia. jangan dilanda todak sudah.

Sorang kawan pernah nasihat kat aku, pompuan ni kelakar. bila tengah bercinta semua kenal. semua tahu. Tapi bila putus, tiba-tiba jadi tak kenal. jadi tak tahu. Padahal dah lama kawan. Apalah salahnya kalau teruskan berkawan. Bla..bla..bla..bla..
[*ada manyak lg la dia bebel..aku da tak hingat~*]

Bila aku pikir balik apa yang dia kata, ada betulnya jugak. Memang mula-mula dulu masing-masing kata nak jadi kawan baik bagai. Tapi bagi aku, kalau antara kami belum bsedia, lebih baik tak payah. Buat sakit jiwa dan sakit hati. Kalau aku, aku memang jenis tak kisah. Kalau hari ni orang buat salah, esoknya aku dah lupa dah. Kalau ada kisah pun mungkin dalam tiga per sepuluh je kot. Aku cuma nak kejujuran dan keikhlasan dalam persahabatan. Tak banyak. Kalau tak mampu nak bagi, tak apa. Aku memang betul-betul tak kisah. Aku cuma tak boleh terima bila apa yang aku dengar tak sama dengan apa yang aku nampak.

Soooo, sempena birthday dia ni, aku taknak membebel banyak. aku just nak wish :
+ happy 23th birthday.
+ Smoga pjg umo n murah rezeki.
+ Hopefully he has a nice day with someone.
+ Thanks for all moments that we had build and share together.
+ sila pulangkan dua bijik novel saya yang berada dalam bungkusan itu. Sekian terima kasih. lalalala~~*


Sowi aku tak dapat wish through d phone. Pada hari ini aku mungkin masih di langkawi. diharap tiada siapa yang terguris.

dipost-entrykan:
5 Ogos 2009
Rabu
1.25 pm

pesanan penaja

6 - 10 Ogos 2009
mulai saat ini.
aku takde kat depan pc.
pergi BTN di Langkawi.
untuk mengrekrutkan diri sendiri.

11 Ogos 2009
ingin mengambil 'off'
kerana telah merancang untuk membasuh baju secara manual.
siapa yang baik hati, boleh menawarkan diri.
tiada upah perlu diberi.

oleh itu,
sesiapa yang ingin menghubungi
sila hantar pesanan anda kat email aku.
lepas balik nanti, aku reply.
sebarang benda mengarut tidak akan dilayan.
telefon ditutup buat masa ni.
sila jaga diri anda.
sayangilah diri anda sebelum orang lain menyayanginya.

sekian terima kasih.

yang baik hati lagi bijaksana,budiman,berwibawa dan banyak lagi,


haha C8
poyo~

Orang baru



Satu malam tu mak telefon aku. Katanya nak tanya khabar dan borak-borak kosong. Aku tahu mak rindu sebenarnya. Sebab dah lama aku tak balik rawang, kampung halaman. Nak dekat empat bulan kot. Bukan aku taknak balik. Aku takde masa, sibok kejar kekayaan. Bila dah banyak hal kami borak, tiba-tiba mak tanya aku satu soklan. Soklan cepumas aku rasa. Berpeluh jugaklah kepala hotak nak kerah jawapan.

Kau dah ada orang baru ke? Erk...adoyai. Soalan jenis apakah ini? Soklan yang takde dadu nak gongcang. Takde senapang nak tembak. Takde objektif nak hitamkan. Terkedu dinasor kejap. Dengan perasaan ayam, selamba aku jawab. Belum lagi la mak. Takde masa nak cari. Susahlah.. Keh333. jawapan terbaik punya aku bagi. Tanya satu, aku jawab seribu. Bab bagi alasan serahkan padaku~ mak nak sedapkan hati aku, mak cakap.Takpelah. Banyak masa lagi.

Woohoo..orang baru dalam hidupku..? aku bukan taknak. Masalahnya aku memang belum bersedia lagi buat masa ni. Aku just nak tumpukan perhatian pada kerjaya hakiki. Sebab aku dah ada plan sendiri. Dalam tiga tahun ni aku nak kerja dulu, then lepas tu aku plan nak sambung belajar balik. Kalau aku dah terjebak dalam kancah percintaan ni sekali lagi nanti takut banyak komitmen lain pulak. Aku tahu umur bukan makin berkurang. Tapi aku pun bukannya tua sangat pun.hidup ni masih muda. Banyak lagi benda yang aku belum puas. Banyak lagi benda yang aku belum dapat.

Bulan lepas masa birthday aku. Mak cerita. Ada abang sebelah tanya pasal aku. Aku naik heran gak. Macammana mamat sebelah rumah boleh kenal. Padahal aku balik rumah sebelah tangan je dah boleh kira. setahun 4-5 kali. Mak cakap dia tanya ayah. aku dah ada orang ke belum. Cett suka suki je. Ayah aku apa lagi. dengan muka selamba kodok jawab. Yup dia dah berpunya. Kawan sama-sama belajar. ayah aku ni pun jenis terbaik punya orang. Bagus. Setelah disiasat, aku dah tahu. Penah sekali masa aku basuh kereta kat luar rumah. Mamat tu tegur. Basuh kereta ke? . Aku jawablah : taklah, beli ikan kat pasar. Tapi malangnya suara aku tak terkeluar masa tu. Lain yang nak cakap, lain yang keluar. Hati tak sama dengan kelakuan. aku jawab aah..-sepatah. Itu sahaja.

Bukan aku anti sosial. Aku cuma belum bersedia lagi. Mesti ada antara kawan-kawan aku nanti tak percaya. Kata aku dah berubah ke hapa. Suka hati korang la nak bagi gred berapa. Tapi ni lah realitinya. Hidup single mengajar aku kebebasan. Senang nak bergerak ke mana aku suka. Tak perlukan perhatian yang lebih. Tak perlu jaga hati sesiapa selain mak ayah aku. Tak perlu nak buat laporan hari-hari.Aku tak kata kalau hidup berdua terkongkong ataupun takde kebebasan. Seorang, berdua atau bertiga, ia terpulang pada individu tu sendiri macamana dia nak handle. Aku cuma kata, buat masa ni aku belum bersedia je lagi.itu sahaja dan sekian terima kasih.

++ Kakinota dari kawan aku ++
Single is simple,
double is trouble,
and...triple is...
..................
suami + isteri yang pregnant
haha C8

benda nih

petang sabtu yang lepas. aku tanpa rela hati terpaksa duduk di rumah. Berada dalam keadaan mode oncall. Menunggu panggilan Troponin I. Manakala Si Fateha satu-satunya housemate aku, dengan senang hatinya berfoya-foya bersama budak-budak junior ke Queensbay. Di rumah, aktiviti wajib adalah tidur dan tengok tibi.

tiba-tiba. satu sms masuk.

dicup, ko da buka lom luggage ko?
1 August 2009
6.44pm
From: IPPT Gendut

ermm..erk..? bukak luggage? apakah?
disebabkan aku curious gler nak taw..aku cepat2 g kat stor.
carik luggage. (cet..padahal xyah carik pon..haha~~*)


then..aku bukak la kan..da Dut tanya da bukak ke blom..


bukak2..ternampak makhluk halus lagi asing..
plastik S+J...apakah..?
dup dap..dup dap..


dalam plastik ada plastik..
dup dap..dup dap lagi..


sekali bukak punya bukak...
taraaaaaa~~*



wah..sangat terharu meh..
kalau lah aku ada kawan sejuta macam Dut..
bayangkan..
mesti da sesak umah aku dengan hadiah..ekeke
tp xlupa jugak klu ada kawan cam Si Teah n Estro,
mesti gemok lg comey aku nanti..asik blanje makan jew..euuw!
eheh~

bagi korg yang x puas nak tgk adiah yang Dut kasik tuh,sila scrool di bawah..
korg xyah la wish bezday kat aku.
coz bezday aku da sebulan pon berlalu..
soo, aku tak tahu Dut bagi hadiah nih sempena ape sebenarnya.
hahaha C8

[pandangan sisi]


[menutup aurat]


[tanpa tutup aurat. euuwww..seksi lor~]


aku tak tahu nak namakan ape. so..panggil dia 'benda nih' je dulu..kehhhh23x~
thanks Dut..benda nih + selendang + daun kering yg ko kasik tuh
terharu meh ++++

Friendship day




Dah bertahun sebenarnya aku dengar 1 Ogos ni dikatakan hari kawankapal. Tapi aku tak tahu betul ke tidak. Sebab bagi aku hari-hari pun hari kawan sedunia. Tanpa kawan, tak hiduplah aku. Tanpa kawan mati kutulah aku. Tanpa kawan hidup tidak segembira sekarang.

Kenapa tanpa kawan, tidak hiduplah aku?
Emak juga aku anggap sebagai kawan. Malah dialah sahabat sejati yang pernah aku ada dalam dunia ni. Sederhaka, sesetan, sedegil dan senakal mana pun aku, dia tetap dengar rintihan hati kawan dia ni. Dialah sahabat yang paling memahami. Aku sangaaat sayang dia.

Hari ni, aku nak wish kat semua kawan yang pernah aku kenal, tak kesahlah sapa nama kau, sahabat, kawang, rakan taulan, member atau apa-apa pun, tak kesah la dari umur mana pun aku kenal kau, terima kasih coz dah jadikan aku macam aku yang sekarang ni. Tanpa korang semua, sapelah aku. Aku nak mintak maaf kalau aku ada buat salah dan silap.

Untuk semua kawang-kawang
+ Tadika Anakku Sayang Taman Cahaya
+ Sekolah Kebangsaan Taman Nirwana, Ampang (SKTN)
+ Sekolah Agama Al-Watan Kampung Pandan / Sekolah Agama Lorong L-5
+ Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Kikir (SMKBK) + hostel
+ UiTM Kuala Pilah
+ UiTM Jalan Othman, Petaling Jaya
+ Sekolah Memandu P. Samy
+ Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT) Kepala Batas
aku windu korang sume..klu la boleh aku undur masa~~*

xlupa jugak buat kawan-kawan kat skolah2 Antarabangsa yang x btauliah:
+ mukabuku
+ kawan-ster
+ blogspot

++ kakinota ++
Dan dikala aku tulis entry ini, Si Fateha sedang berjalan-jalan mencuci mata di Queensbay bersama budak-budak junior dan aku diperlukan untuk berkerja lebih masa. Cisssss*