Orang baru



Satu malam tu mak telefon aku. Katanya nak tanya khabar dan borak-borak kosong. Aku tahu mak rindu sebenarnya. Sebab dah lama aku tak balik rawang, kampung halaman. Nak dekat empat bulan kot. Bukan aku taknak balik. Aku takde masa, sibok kejar kekayaan. Bila dah banyak hal kami borak, tiba-tiba mak tanya aku satu soklan. Soklan cepumas aku rasa. Berpeluh jugaklah kepala hotak nak kerah jawapan.

Kau dah ada orang baru ke? Erk...adoyai. Soalan jenis apakah ini? Soklan yang takde dadu nak gongcang. Takde senapang nak tembak. Takde objektif nak hitamkan. Terkedu dinasor kejap. Dengan perasaan ayam, selamba aku jawab. Belum lagi la mak. Takde masa nak cari. Susahlah.. Keh333. jawapan terbaik punya aku bagi. Tanya satu, aku jawab seribu. Bab bagi alasan serahkan padaku~ mak nak sedapkan hati aku, mak cakap.Takpelah. Banyak masa lagi.

Woohoo..orang baru dalam hidupku..? aku bukan taknak. Masalahnya aku memang belum bersedia lagi buat masa ni. Aku just nak tumpukan perhatian pada kerjaya hakiki. Sebab aku dah ada plan sendiri. Dalam tiga tahun ni aku nak kerja dulu, then lepas tu aku plan nak sambung belajar balik. Kalau aku dah terjebak dalam kancah percintaan ni sekali lagi nanti takut banyak komitmen lain pulak. Aku tahu umur bukan makin berkurang. Tapi aku pun bukannya tua sangat pun.hidup ni masih muda. Banyak lagi benda yang aku belum puas. Banyak lagi benda yang aku belum dapat.

Bulan lepas masa birthday aku. Mak cerita. Ada abang sebelah tanya pasal aku. Aku naik heran gak. Macammana mamat sebelah rumah boleh kenal. Padahal aku balik rumah sebelah tangan je dah boleh kira. setahun 4-5 kali. Mak cakap dia tanya ayah. aku dah ada orang ke belum. Cett suka suki je. Ayah aku apa lagi. dengan muka selamba kodok jawab. Yup dia dah berpunya. Kawan sama-sama belajar. ayah aku ni pun jenis terbaik punya orang. Bagus. Setelah disiasat, aku dah tahu. Penah sekali masa aku basuh kereta kat luar rumah. Mamat tu tegur. Basuh kereta ke? . Aku jawablah : taklah, beli ikan kat pasar. Tapi malangnya suara aku tak terkeluar masa tu. Lain yang nak cakap, lain yang keluar. Hati tak sama dengan kelakuan. aku jawab aah..-sepatah. Itu sahaja.

Bukan aku anti sosial. Aku cuma belum bersedia lagi. Mesti ada antara kawan-kawan aku nanti tak percaya. Kata aku dah berubah ke hapa. Suka hati korang la nak bagi gred berapa. Tapi ni lah realitinya. Hidup single mengajar aku kebebasan. Senang nak bergerak ke mana aku suka. Tak perlukan perhatian yang lebih. Tak perlu jaga hati sesiapa selain mak ayah aku. Tak perlu nak buat laporan hari-hari.Aku tak kata kalau hidup berdua terkongkong ataupun takde kebebasan. Seorang, berdua atau bertiga, ia terpulang pada individu tu sendiri macamana dia nak handle. Aku cuma kata, buat masa ni aku belum bersedia je lagi.itu sahaja dan sekian terima kasih.

++ Kakinota dari kawan aku ++
Single is simple,
double is trouble,
and...triple is...
..................
suami + isteri yang pregnant
haha C8

Comments

paraxixth said…
ko nie bukan multi tasker la....

bercinta tu sampingan jerk.x yah nak lebih2.relek sudah. aku bercinta dan berjaya gak
missdicup said…
cet..
nak riak r nih?
x baik woh..
Tuhan marah.
lalala~*
hmm..
bg aku, CHENTA akan menjadikan aku lebih kuat..
Namun, jika ia tiada, ia xkan menjadikan aku lemah..
xperlu CHENTA yg perfect utk menjadikan kita perfect kerana yg perfect adlh sesuatu yg xperfect..
faham? xfhm? kalo perfect, dh pyh buat ape2 lg utk jd perfect..
mesti bosan..
kalo xperfect, mesti kite buat mcm2 utk jd perfect.., bnyk jugalah jln yg kite lalui.., sekaligus akan meninggalkan kenangan2 dibelakangnye.. :)
Lionel Azry said…
bila mahu kahwin? :P
missdicup said…
wohoo..cam makcik2 aku dah ko nih..

hahaha
ElliE Nadia said…
heyyy :) jgn susah ati... kdang2 menda yg kita xkeja la makin dekat ..hehe