Aku baru pulang dari menerima suntikan vaksin H1N1-HiNi. Nama aku paling last dalam senarai. Bukan takut, tapi lambat terima jemputan. Aku berani apa. Tak menangis macam budak-budak pun.- tu dah kira berani la tu kan.kan.kan.
Sebelum pergi tadi, banyak pulak pantang larang kawan-kawan bagi. Macam nak pergi ambil apa. Ada yang cakap, jangan keraskan tangan masa nurse suntik nanti. Ada yang cakap, lepas suntik kena terus buat senaman poco-poco supaya tak lengoh-lengoh. dah macam jumpa tok bomoh pun ada. Ni semua kerja Si Gendutlah ni. Tapi takpe, aku ikut saja. Tu semua cara-cara taknak bagi lenguh-lenguh tangan lepas kena suntik.
Alhamdulillah, lepas aku praktikkan apa yang diorang semua cakapkan tu, aku tak lenguh-lenguh tangan. Tapi masalahnya sekarang, pinggang sampai kaki aku pulak yang lengoh... Sapa mahu jawab?
2 comments:
mlm nie sure dicup demam...
hehehe..
cik gendut xckp 1 lg bnda..
lps suntik..
sile mkn paracetamol ASAP!!
;p
terlebih poco-poco kut...haha
Post a Comment