Aku bukan penagih dadah. Waima bukan juga seorang yang suka kongsi jarum dadah. (jangan tanya aku waima tu apa, aku bukan kamus bergerak). Tajuk entry aku memang selalu ngeri. Itu stail aku. Baru rasa macam stailo. Rasa macam budak2 sekarang baru nak up.
Aku baru pulang dari menerima suntikan vaksin H1N1-HiNi. Nama aku paling last dalam senarai. Bukan takut, tapi lambat terima jemputan. Aku berani apa. Tak menangis macam budak-budak pun.- tu dah kira berani la tu kan.kan.kan.
Sebelum pergi tadi, banyak pulak pantang larang kawan-kawan bagi. Macam nak pergi ambil apa. Ada yang cakap, jangan keraskan tangan masa nurse suntik nanti. Ada yang cakap, lepas suntik kena terus buat senaman poco-poco supaya tak lengoh-lengoh. dah macam jumpa tok bomoh pun ada. Ni semua kerja Si Gendutlah ni. Tapi takpe, aku ikut saja. Tu semua cara-cara taknak bagi lenguh-lenguh tangan lepas kena suntik.
Alhamdulillah, lepas aku praktikkan apa yang diorang semua cakapkan tu, aku tak lenguh-lenguh tangan. Tapi masalahnya sekarang, pinggang sampai kaki aku pulak yang lengoh... Sapa mahu jawab?
2 comments:
mlm nie sure dicup demam...
hehehe..
cik gendut xckp 1 lg bnda..
lps suntik..
sile mkn paracetamol ASAP!!
;p
terlebih poco-poco kut...haha
Post a Comment