Bulan Ramadhan datang lagi

Esok dah kena puasa. malam ni dah boleh pergi teraweh.
agak agaknya..ada tak orang yang akan buat buat lupa puasa esok? 
pastu terus pergi ajak breakfast. takpun makan tengahari.
ada tak ek?   ngeh ngeh ngeh

rasanya..cepat je masa berlalu..
rasanya..macam baru je lagi raya tahun lepas
main main mercun dengan sepupu sepapat kat kampung
tahu tahu esok dah nak puasa.

nasib baik sejak kebelakangan ni aku tak makan banyak sangat
kunun kunun macam diet la ni.
kalau x, dah biasa makan banyak banyak banyak macam dulu..
habis la aku..haisssh!

aku tak sabar sebenarnya nak puasa.
nak sahur sama sama dengan teah.
dengan air liur basi meleleh leleh
nak buat kerja rajin rajin rajin
nak buat muka letih penat depan officemate dan bos : nanti boleh balik awal
tengahari tak payah balik makan
nak buka puasa dengan makanan yang lazat lazat banyak banyak
pastu nak pergi surau skodeng mamat handsome solat teraweh berjemaah
nak pakai telekung cantik cantik,
nak menghadap Yang Maha Pencipta kita semua.

bila dah masuk bulan puasa ni..
dia macam hari jumaat jugaklah.
kena buat benda benda yang baik je.
benda yang gatal gatal, jahat jahat, kena buat buat tak kenal.
sebab setan pun dah kena ikat kan.
kalau nak jugak buat jahat, nampak sangatlah diri sendiri yang setan. kan. hehe

Apa apa pun,
di sini aku nak mintak maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki.
selama aku menulis merepek merepek di blog ni.
ada yang terasa. ada yang tak suka. ada yang terkena. aku mintak maaf.
tak lupa jugak kat cik Pu khasnya,
sebab dia pernah jd bahan aku menulis blog ni. kes 1, kes 2, kes 3 keh keh keh
walaupun kadang kadang sebenarnya dia tak bersalah pun,
dan kadang kadang, dia tak tahu pun benda tu..haha!

haiiiish..dah macam raya la pulak!

ok..esok nak puasa kan..?
aku berhenti merepek sekarang.
adios!



Comments

nizamsani said…
selamat berpuasa.
missdicup said…
oooh..selamat selamat...terima kasih!

~lalu terharu..he he he