kerja gila

Pada suatu pagi isnin yang damai, ada seorang budak perempuan yang bersemangat hendak pergi ke tempat kerja. Dan pada masa yang sama, ada seorang budak lelaki berada di kampung halamannya.

Tiba-tiba..

Budak perempuan tersebut mendapat sms di telefon bimbitnya dari budak lelaki tadi yang berbunyi

"awak..hujan..saya tak boleh nak pergi kerja".


Kalau korang dapat sms macam tu, apa korang akan buat?


Dengan keadaan budak lelaki tu yang takde kemudahan nak pergi kerja dalam keadaan selesa?


Korang akan biarkan? 


Iskh..kalau budak lelaki tu kawan baik korang, even ahli keluarga korang, korang akan biarkan jugak ke?


Sampai ke hati?


Dengan bersifat kemanusian, penuh prihatin dan ikhlas , budak perempuan tadi tanpa berfikir panjang terus meminta kebenaran bos beliau untuk menjemput budak lelaki tersebut di kampung halamannya. Dalam perjalanan ke kampung halaman budak lelaki tersebut, budak perempuan itu perlu membawa kereta dengan laju kerana perjalanan ke kampung halaman budak lelaki tersebut mengambil masa dalam 3 jam setengah pergi dan balik.

Cubalah bayangkan..dah la hujan lebat yang teramat sangat, ditambah pula dengan membawa kereta dengan laju. Risiko kemalangan budak perempuan tersebut sangatlah tinggi. Itu semua dilakukan atas dasar prihatin dan ikhlas. Tapi, alhamdulillah. Akhirnya sampai juga budak perempuan itu ke destinasi yang hendak dituju, iaitu kampung halaman budak lelaki tersebut.

Apabila sampai di kampung halaman budak lelaki tersebut, budak perempuan tadi perlu berjumpa dengan keluarga budak lelaki tersebut. Dah namanya melayu ni penuh adab, makanya budak perempuan tadi pun dijamu makan oleh keluarga budak lelaki tersebut. Selepas berdehak bersendawa bagai, budak perempuan itu pun memberi isyarat kepada budak lelaki tersebut untuk pulang.

Selepas memberikan isyarat mata sehingga jula juling, bersalam salaman dengan ahli keluarga seperti hari raya, akhirnya mereka berdua pun pulang ke tempat asal, yakni tempat kerja mereka. Seperti mana perjalanan pergi tadi, budak perempuan tersebut sekali lagi terpaksa membawa kereta dengan selaju dan sepantas yang boleh. Ini kerana selain bersifat kemanusian, penuh prihatin dan ikhlas, budak perempuan itu juga mempunyai sikap yang bertanggungjawab dan jujur terhadap kerjanya. Budak perempuan tersebut tidak mahu sampai lewat di tempat kerja.
 
Ooh..lupa nak bagitahu. Semasa budak perempuan tersebut nak meninggalkan kampung halaman budak lelaki tadi, sempat juga keluarga budak lelaki tersebut memberikan cenderahati yang berbentuk sejenis buah yang bernama kundur kepada budak perempuan itu.

Oleh kerana budak perempuan tersebut berasa bersalah dan berterima kasih terhadap teman sekerja dan bos beliau kerana keluar dari kawasan kerja terlalu lama, budak perempuan tersebut memberikan hadiah cenderahati yang sangat comel kepada mereka berdua.
 


Yang menjadi persoalan besar sekarang ni.


Budak perempuan tersebut tidak tahu nak buat apa dengan buah kundur yang diterimanya itu. haisssh.


harapnya kalian dapat membantu budak perempuan tersebut.


notakaki:
cerita ini tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau yang telah meninggal dunia.
cerita ini hanyalah rekaan semata mata dan direka sekadar hiburan..hehehe...peace!

2 comments:

:: aJa :: said...

ehemmm2...
buahh kundurrrrrr...;p

missdicup said...

weheeee..tahu masak kah?

hahaha!