SP Height Part 2

Rentetan daripada cerita SP Height. klik sini untuk baca

Kan hari tu aku ada cerita pasal rumah lelong yang "murah" gila babi macam nak mampus tu kan.

Hmmm..aku dah decide samada nak beli atau tak rumah tu.

Korang rasa aku beli tak rumah tu?

Kalau korang, korang beli tak?

haip.....jawablah dulu baru scroll mouse ke bawah!



Sebelum nak beli sesuatu rumah, kita mestilah selidik latar belakang satu satu rumah tersebut. Contohnya macam nak kenal seseorang la..selidik dulu latar belakang seseorang tu. macam tu jugaklah dengan rumah ni. Lagi lagi kalau korang nak beli rumah lelong...so, apa lagi? Jomlah kita selidik..hik hik hik

1) Pemandangan luar rumah


Ok...dari luar, rumah "agak" besar..boleh duduk 50 ahli keluarga. (50 ahli keluarga semut  :p)


2) Pemandangan kawasan depan rumah (belah kanan)


Bagus..Banyak tanah yang boleh diusahakan.. (macam nak jadi broker tanah la pulak..kui kui kui)


3) Jiran tetangga (sebelah rumah)


Hmm..sebelah rumah tu ada orang duduk. Tapi, yang menjadi maslahnya..andainya 100 penduduk kat situ, hanya 20 orang je kot yang menetap kat situ. Yang lain lain aku tak pasti diorang kat mana..dan daripada 20 orang tu, aku rasa hanya 1 orang je kot yang melayu..(dari perangkaan aku je la..hehe)

haisssh..camana nak buat kenduri kurban kalau macam ni? 


4) Pemandangan kawasan depan rumah (belah kiri)


Aiyoo..tiba tiba ternampak satu bengkel kereta yang tak bertauliah kat situ..buatnya kang hilang tayar kereta kang, tak pasal pasal je..takkan nak tuduh jiran yang buat pulak..x best la kan..huhu  (TT)


5) Keadaan dalam rumah



Ye..aku terus cancel!  Tadi nampak dari luar macam cantik je kan..sekali tengok..semua dah hilang..pintu ke mana, tingkap pun ntah ke mana..huahuahua..cancel cancel cancel. terus tak jadik beli! (TT)



Tu la..

Kadang kadang harga rumah lelong ni memang la murah gila babi, tapi kondisi dalam dan luarnya sangatlah tak memuaskan. Tapi tak semualah rumah lelong macam tu. Kalau kena pada tempat, keadaan dan masa, korang boleh dapat rumah lelong ni dengan harga murah, rumah besar pun besar dan sangat puas hati...tapi diulangi..kalau kena pada tempat, keadaan dan masa...dan tambah lagi..kalau murah rezeki jugak..


So, kalau korang, korang beli tak rumah ni?   kenapa ye?   >.<



12 comments:

pizet said...

sp height tu bukan macam terpencil gak ker? byk gak rumah macam kosong kat ctu...not really recommended kalau nak beli

missdicup said...

pizet..SP Height ni bukan kat area tesco lama tu..dia kat kawasan dalam dalam dalam lagi..huhu

puas kami mencari.

Anonymous said...

aku n adik baru je servay seluruh kwsn tu. bg aku wajar beli kalau mampu. sp height jauh? pedalaman? sory le...tmn kelisa ria lebih jauh tp tetap penuh penduduknya. kedai pun tarak.aku dah bersembang dgn salah seorg penduduk melayu d sp height dan katanya komuniti melayu dah wujudkan persatuan. aktif plak tu. malah beliau mula selesa duduk kat situ. secutity guard telah mula diwujudkan dgn memasing membuat collection bulanan.(so sepakat le tu). jalan baru akan dibuat antara sp height ke econsave(dekat jpj). sp height akan jadi laluan baru. antara lain ialah pemaju baru sedang buat beberapa unit semi D di kwsn tu (bleh terima ke kwsn tu bukan tumpuan?). antara sebab sp height byk rumah dilelong kerana pemaju lama bankrup dan kerap berpindah tangan pemaju.bukan sebab masalah sp height tu jauh.rumah yg ditinggalkan aku lihat mmg berkualiti. plaster siling tak da bocor pun walau dah ditinggalkan hampir 10 tahun.
rumah mmg mcm kena tsunami tp dianggarkan kita perlu modal lagi 2ok utk renovate, tp kita msh untung besar. ada rumah dah mula dibeli terus drp bank dan mula dihuni.
bagi kita dah beli tp nak menyewa, x payah le sbbnya kwsn tu masih lg 'berhantu' pd pemikiran m'kat situ.
kesimpulannya, , kami sekeluarga bersetuju pendpt adik utk masuk bida salah satu rumah tersebut (no rmh adalah rahsia) untuk value jangka masa pjg. disebabkan 'berhantunya' kwsn tu maka sedar x sedar kami juga yg beruntung kerana akan mendapat rumah separuh harga. lg pun org yg ckp 'berhantu' tu bukannya ada duit nak beli pun.kena ingat, latar belakang penduduk sp yg majoriti berpendapatan rendah dan hanya mampu menyewa dan membeli rumah kos rendah shj. kesilapan pemaju2 di sini ialah berlumba membina rumah mewah (rm100k ke atas) dan byk yg masih belum dpt d jual.
so,mana nak dpt rmh 130k dijual 60k jerr!!!pegi le cari seluruh sp!

Anonymous said...

...tambah sikit.kwn adik dah duduk rmh di kwsn tu.dibeli drp owner.harga hnya 60k bla bla bla...kontranya kwsn tu ialah:
-sunyi sikit.
-jiran x ramai.
-melayu ramai tp bersepah.(maklum le, bank x da masa nak atur bangsa2 nih, janji rmh terjual).silap ari bulan dpt jiran bukan sebangsa. kena hati2 pilih.
-jarak kedai runcit sekitar 5 km.

missdicup said...

Yang benda2 ni semua saya tak tahu pulak.

Tp yang sy pasti, rumah ni still takde orang nak beli lagi..tak percaya? nak bukti?

ok, silakan pergi http://www.tancorp.com.my/property/12813387244073

tengok sendiri harga dia turun berapa..see?

RM 6500 kan?

tak tahu pulak kalau saya tengah berdiskusi dengan tuan empunya rumah ni..ngeee~

Anonymous said...

aku baru smlm p tgk umah kat sini...aik napa umah 568 ni akan d lelong semula?
http://www.tancorp.com.my/property/12813387244073
bukan dah lelong ke dlm entry ko sebelum ni??
ada kawan aku beli 65k...sebulan byr 300++ jek....pelaburan jangka panjang...aku pon rs nak beli la.....^_~

missdicup said...

hmm..tu la..harga yang latest pun dah turun..

turun sampai RM59200..kalo nak, g la beli..


hehe :)

Anonymous said...

hello bro.tumpang tanya, walaupun thread ni dh lma.area sp height ni rsa2nya ada x lgi rmah lot mcm ni yg tgh dok lelong?

Anonymous said...

Salam sejahtera semua.. sory baru terbaca n baru nk terkomen... sp height.. mmg msa tuan tanah post ni kawasan rumah ni sunyi n berhantu bagai bak kata org la kn... hehhee.. biasa la taman baru naik... klu rajin ronda2 la blik kawasan ni.. n tgk bapa byk umah yg timbul... sy antara pembeli fasa terakhir sp height (fasa8).. dan majoriti yg beli fasa2 yg baru timbul ni adalah melayu(islam).. klu nk tahu market kawasan sp height skang adalah rm190k++ .. rasanya rugi klu tuan tanah x beli waktu dahulu.. sepatutnya waktu dahulu tuan tanah kena fikir nilai tanah yg semakin naik.. sory sebab menyibuk ckit.. heheh salam

Anonymous said...

Salam sejahtera semua.. sory baru terbaca n baru nk terkomen... sp height.. mmg msa tuan tanah post ni kawasan rumah ni sunyi n berhantu bagai bak kata org la kn... hehhee.. biasa la taman baru naik... klu rajin ronda2 la blik kawasan ni.. n tgk bapa byk umah yg timbul... sy antara pembeli fasa terakhir sp height (fasa8).. dan majoriti yg beli fasa2 yg baru timbul ni adalah melayu(islam).. klu nk tahu market kawasan sp height skang adalah rm190k++ .. rasanya rugi klu tuan tanah x beli waktu dahulu.. sepatutnya waktu dahulu tuan tanah kena fikir nilai tanah yg semakin naik.. sory sebab menyibuk ckit.. heheh salam

Anonymous said...

betul ker sp height selalu ada masalah bekalan air ? sya bercadang utk beli

Anonymous said...

cuba review skit pasal rumah n area sp height buat masa skrg, tgh survey2 nk jual rumah kt kL, nk balik duk kt keDAH,DEKAT SKIT DGN RUMAH FAMILY DKT CINTA SAYANG TU