Perkembangan setakat ni

Assalamualaikum & salam sejahtera semua...

Hari ni tinggal sembilan hari lagi ke Projek 14 Mac 2011. Cuak weh cuak! Hantaran yang betul-betul siap baru satu yakni gubahan hantaran dadih. Ok baca betul-betul, baru SATU ok. Tu pun tak siap sepenuhnya lagi. Dadih tak masak lagi. heehee..Takkan nak masak awal-awal kan. Kang basi kang lain pulak ceritanya. Lain-lain hantaran ada macam-macam status. Ada yang kena KIV dulu, ada yang hanging mode, ada yang tak nampak bayang lagi dan ada yang masih di kedai - maknanya aku tak pergi beli lagi la..heehee-

Hantaran dadih tu pun siap sebab ada kakak - student master kat tempat kerja aku ni tolong buatkan. Nama kakak yang baih hati nak tolong tu kak Asmida. Mula-mula tu aku bagi-tak-bagi jugaklah kat dia nak gubah. Yelah dah dia kata dia pun pandai-tak-pandai sangat nak mengubah, aku ingatkan memang dia tak pandai betul-lah. Nasib baik aku bagi jugak bakul letak dadih tu kat dia. Konon-konon nak bagi test drive gubah dulu la. Dia siap boleh suruh aku bukak balik gubahan dia kalau aku rasa tak cantik. Kau ingat aku ni kejam sangat ke kak?  (-.-') Lepas siap satu tu, aku sangat-sangat-sangat berpuas hati. Gila punya cantik. Seribu kali cantik kot daripada yang aku buat sebelum ni. Then aku bagi lagi satu bakul buah & bunga rampai - heehee!

Ok, 3 hantaran almost done!

Tengahari tadi time aku tengah kalut-kalut nak pergi kenduri, adik lelaki aku telepon. Ye, Afiq yang ada kat Sarawak tu telepon. Dia tanya aku nak kek lapis warna apa. Gila punya happy aku. Mana taknya. Kan aku ada masalah nak isi tempat kosong bagi 1 lagi hantaran yang tak tahu nak bagi apa tu. So, bolehlah letak kek Sarawak kat situ. Aku request warna kuning + pink + biru..Amik sajalah Labu..Dah orang nak belikan. Rezeki jangan ditolak-kan? Tapi last-last Puan Emak cakap dia ntah balik ntah tidak ke Semenanjung..haissh budak ini! (-.-') Time-time macam ni takyah la ko nak wat surprise mengeprise ko tu. Aku cuak tahu? cuak! (-.-')

Ok, kek Sarawak statusnya hanging.

Baru kejap tadi Puan Emak call. Eh silap. Aku call Puan Emak. :p Dia mintak pendapat aku samada nak jemput qariah bacaan yassin ke tak. Tapi dia dah berat kepada nak jemput sebenarnya. Heh, dah ada keputusan lagi mau tanya aku. (-.-') Aku lagilah tak kisah. Asalkan dia bahagia, aku ok je. Lagipun benda baik kan, takkan nak larang. Lagipun memang dalam kepala hotak aku dah terfikir-fikir idea nak jemput orang baca yassin tu, cuma aku lupa nak utarakan kat Puan Emak je. Last-last Puan Emak yang tanya..Syukur Alhamdulillah Ya Allah, nasib baik ada Puan Emak tolong ingatkan. (Berapa kali lagipun daaa..?)

Dan lagi, Puan Emak suggest kat aku supaya dibina jugak mini pelamin. Aiyak! Puan Emak macam terlebih excited nampaknya daripada aku. Mula-mula tu aku ingat taknak buat mini pelamin. Just letak bantal yang selalu orang buat bantal nikah tu je, then masa disarungkan cincin aku duduk atas tu. Done! Takyah nak pening-pening kepala hotak nak pk pasal deko-deko bagai. Alih-alih Puan Emak kata biar dia yang uruskan pasal mini pelamin tu. Dia akan beli fresh flower kaler kuning & akan try deko. Bagus betul kalau ada Puan Emak yang agak up-to-date ni. Aku rasa aku pulak yang macam makcik-makcik (-.-'). Pape pun kita tengok jelah nanti ye.



Terima kasih Puan Emak atas segala pengorbananmu. muah muah muah! 

Syukur Ya Allah, Kau permudahkan segala urusanku..Alhamdulillah.



Status :
Sirih junjung - tunggu sirih (Ahad-13 Mac)
Bunga rampai - tunggu Kak Asmida (Isnin-7 Mac) & racik daun pandan (Isnin-14Mac)
Dadih - buat dadih (Isnin-14 Mac)
Buah - tunggu Kak Asmida (Isnin-7 Mac) & beli buah (Sabtu-12Mac)
Coklet - jumpa Ainun kt Giant Shah Alam (Sabtu-12 Mac)
Cupcake - Gendut bawak (Ahad-13 Mac)

MUA - amik barang & full payment (Sabtu-12Mac)
Homestay - call En. Azmi balik (Ahad-6 Mac)
Kasut - basuh (Ahad-6 Mac)



p/s : Korang..doakan semoga majlis aku berjalan dengan lancar eh!


No comments: