Jemput datang

Assalamualaikum & salam sejahtera semua...

Lagi 11 hari je lagi nak sampai ke Projek 14 Mac 2011 aku. Wow wow wow! Perasaan? Cuak ada. Suka ada. Takut pun ada. Semua ada. Cuak & takut tu bukan sebab apa. Takut nanti ramai sangat orang tengok aku akan disarungkan cincin & takut kalau time tu orang nampak aku kalut & gelabah. Takmau takmau! (Ego ni aku belajar daripada Cik Pu..hahaha!). Suka pulak sebab nanti dah jadik tunang Cik Pu & ada dua cincin..heehee! peace!

Oleh yang demikian, kami (yakni aku & Cik Pu) dengan ini mewakili mak & ayah aku nak jemput korang-korang semua menghadiri Majlis Ikatan Kasih Pertunangan kami yang akan diadakan kat umah aku. Jemputlah datang semua ye kawan-kawan & sedara-mara. Bawak sekali anak-anak yang ada kat umah tu. Semoga dengan kedatangan kalian dapat memeriahkan majlis kami.




Datang nanti jangan lupa pakai baju kaler pink hokey!





p/s : Ada kejadian disebalik nak hasilkan kad ni..nanti aku cerita lain ye..


Comments