Pergi klinik lagi

Assalamualaikum & salam sejahtera semua..

Hari ni aku pergi klinik lagi amik darah. Kali ni bukan nak buat full medical check-up macam hari tu. Result full medical check-up tu aku dah settle review kawkaw dengan Dokter dah minggu lepas. (aku review dengan Dokter tu..keh keh keh). Result dia semuanya ok ok saja. Takdelah yang kronik-kronik. Cuma aku punya Cholesterol ada tinggi sikit. Tu kes biasa-biasa bagi orang kurus macam aku ni. Kalau LDL naik, tu yang jadik kes luar biasa tu. Tapi, alhamdulillah aku punya normal.

Result full medical check-up aku ok ok. Semua ok - LFT (Liver Function Test) ok. RFT (Renal Function Test) ok. Buat FBS (Fasting Blood Sugar) pun ok. Takde yang tinggi-tinggi mahupun yang rendah-rendah. Malahan check Thyroid Function Test pun ok - normal. Tapi berat still turun tanpa segan silu tak hingat dunia jugak. Dokter pun dah takde idea nak buat apa dengan aku. Ni kes rare berlaku kat Malaysia kot?

Lepas tu, Dokter tanya samada aku stress ke tak? Boleh aku jawab "Stress tu apa Dokter?". Kuhang hasam punya budak. Nak taknak Dokter tu terpaksa jugak la melayan aku. "Stress tu...(tarik nafas)...tak lalu makan, hilang minat kat benda yang selalu kita buat...". "Hilang minat tu macam mana?". "Yelah..hilang minat..Contohnya macam...(tarik nafas lagi)...kamu suka tengok tv, tapi lately dah tak suka. Ada tak macam tu?". "Hah? Takde pun. Ok je."  - Apa punya budaklah! Belajar bukan main tinggi (tinggi ke?). Boleh review result sama-sama dengan Dokter lagi. Stress pun ko tak tahu..Ya ampun! Stress Dokter tu melayan aku..heehee..peace!

Dah settle soal siasat Dokter kat aku, dia pun request untuk aku datang klinik amik darah lagi (yakni pada hari ni). Dia suggest aku buat Tumour maker & FBP (Full Bood Picture). Dia siap cakap lagi - "Saya rasa negative ni, tapi kita try la screening je". Aku sengeh jelah. Aku tak kisah pun Dokter nak amik darah ke hapa. Yang penting kita ikhtiar tengok. Tapi harap-harap takde pape-lah kan. InsyaAllah.

Yang penting sekarang ni, aku gumbira. Berat aku dah naik sekilo dari minggu lepas. Hip hip hooray! Walaupun naik sekilo je pun aku tetap bersyukur. Atleast takdelah nampak kurus sangat time nak bertunang nanti kan. heehee. So, jadiklah 44.3kg. Yang pasti bukan berat taik ke berat infiniti ke hapa ek. Sebelum timbang tu aku dah melabur kat Amanah Saham dulu dah..hahaha!



Comments