Lama dah tak menulis sesuatu kat sini. Kalau ikutkan hati, memang banyak benda yang berlaku nak kongsi, tapi masa mengehadkan segalanya. Alhamdulillah, sekarang pregnancy dah masuk plus minus 35 minggu. Rasa macam sekejap je...padahal...bila pk macam2 dah berlaku masa musim pregnant ni, terasa lama jugaklah.
Setelah beberapa penyakit yang tak sepatutnya melekat kat aku ketika mengandung ni (dugaan mengandung), ada beberapa lagi kes yang bertambah..ooohhooi! Bila kandungan dah mula masuk 34 minggu hari tu, Dr dah mula suspek2 aku ada PP (Placenta Previa), atau bahasa kampungnya uri kat bawah. Tapi nasib baik la bila rujuk Pakar kat Hosp. Seberang Jaya, dorang kata PP Type 1 je. Uri tu tak menutup laluan keluar normal baby. (Wikipedia - Placenta praevia). Maknanya tahap ok-ok je la kot. Tapi, dalam ok-ok pun tak ok jugaklah..huhu..sebab? kena restricted movement..I hate it! Takleh nak merayau lebih2, nanti mesti Cik Pu sound..Oh hoi!
Lepas masalah PP tu, ada 1 masalah lain. Dr. nampak perut / baby aku kecik. Even dah 34 minggu, tapi perkembangan baby still macam 30-31 minggu. Berat baby just 1.7kg, which is patutnya normal dalam 2 kg ke atas dah. Bila scan, nampak hanya kepala dia je berkembang. Abdomen & tulang kaki (femur) dia tak membesar. Bila buat droppler test pun graf tak naik kat part abdomen & femur. Hai la..Kesian ini anak :( Disebabkan tu, Dr. plan aku kena preceed dengan beberapa benda ni :
1. Daily CTG kat Hosp. Kepala Batas (HKB)
Maknanya hari2 kena berulang alik ke HKB utk buat test CTG ni. Test ni basically nak monitor rate jantung baby..Nasib baik buat kat Wad 2 tu tak ramai patient. Damai la sikitkan kepala hotak yang serabut ni. Sambil buat CTG dalam 10-20 min tu, boleh la curik2 tido..keh keh keh
Mcm ni la rupanya mesin CTG tu..
Yang ni result dia..
2. Cucuk Dexamethasone 2X
Oh..yang ni yang paling aku tak boleh nak tolerate. Sampai menangis2 keluar air matalah dibuatnya. Nurse cucuk kat area buntut, belah2 tulang gitu. Nasib baik 2x je..kalau hari2, mahu rasa nak penampau je nurse yang cucuk tu..haha! Benda alah ni Dr. kata dia bagi sebab takut2 kalau baby nanti lahir pra-matang. Klu dah dia keluar pra-matang, takut peparu dia tak boleh nak survive lagi. So, taknak la lepas dia lahir kena masuk segala wayar kat peparu dia tu kan, so Dr. cucuk siap2 utk develope-kan peparu dia. huhu. (Kalau Dr. tu tipu aku, tipulah aku kat korang..haha!)
3. Weekly Droppler
Yang ni aku tak tahu lagi macam mana next perkembangan. Kena tunggu next appoinment kat Klinik Pakar 1 Hosp. seberang Jaya minggu depan la pulak. Tengok samada dia membesar ke tak. huhu. Setakat ni, aku dah bertekad nak makan eberet 2x sehari, makan buah2 atleast sehari sekali, nak lebihkan makan benda yang berdaging sikit. Sebab selama ni, aku skip makan vitamin bagai, skip jugak makan buah, pastu hari2 nak makan ikan je..budget, kalau anak asik makan ikan, otak dia akan pandai..huahuahau! Sayang, ibu mintak maaf ye kalau dah buat kamu jadi macam ni..huhu.. (-_-')
4. IOL at 37 weeks
Oh..mula2 aku tak paham jugak what IOL stand for? Walaupun Dr. dah jelaskan secara terperinci kat aku & Cik Pu. hehe..memang blur, sebab banyak sangat plan yang dia dah bagi kan..So, aku pun google la balik IOL tu. Rupanya Induction of Labour. Oh..maksudnya aku takkan tunggu sampai 39-40 weeks cukup utk bersalinkan this baby..huhu..Mungkin masa check-up yang ke 37 weeks nanti, aku akan dipaksa bersalin normal / scissor..huhu..hari tu aku dah tanya Dr. samada aku boleh bersalin normal atau tak, tp Dr. cakap, kita tengok pada masa tu. kalau PP u ok, that means u boleh lahirkan normal. If PP u still ada kat bawah & tak naik2, kita terpaksa scissor..ok, saya pasrah (T_T'). Harap2 lah normal Ya Allah..
Kawan-kawan, doakan supaya kesihatan kami baik2 saja ye kawan-kawan.
Kalau selama aku kenal korang, aku ada buat salah & silap, aku mintak maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki. Kadang2 aku tak bermaksud langsung nak buat hati sesiapa terluka.. (-_-')
1 comment:
patut la kepala besar..makan ian je..mmg berkembang la ota anak ko..ish3..dicup2...ak doakan ko and baby selamat..fighting kak dic!!!
Post a Comment