Demam 2 hari


Dah 2 hari budak Irdina demam panas..

Makanya ini beerti aku juga dah tak pergi kerja 2 hari..

(-_-')


Sebenarnya start malam semalam lagi.

Mula-mula tu..Cik Pu yang perasan tangan & kaki irdina panas.

Bila aku rasa...macam tak panas pun.

Then dengan aku-aku sekali Cik Pu kata panas.

Tapi aku kan manusia berdarah panas (agaknyalah?)....

of course la aku tak demam kan.



So, bila tiba malam nak tido tu, baru badan irdina aku rasa betul-betul panas.

Sekali, check-check suhu sampai 38.5C

mengelabah aku & Cik Pu. 

Terus mintak tolong Cik Pu p kedai beli kool fever



Keesokkannya tu, yakni semalam..terus ajak Cik Pu p Klinik 1 Malaysia 

Klinik yang paling dekat sekali dengan rumah kami.

Tapi, almalangnya kakak kaunter tu kata klinik 1 Malaysia tak terima budak-budak bawah 2 tahun.

Ok, fine...

Dengan hati yang resah dan pilu, kami ke Klinik yang biasa kami p tu- Klinik Putra di Bertam Indah

Bila check suhu, memang Dr kata suhu dia tinggi - 38.5C

(dah tentulah suhunya sama yang macam kami ukur..termometer yang Dr tu guna sama dengan termometer kami..wakaka)

Terpaksalah Irdina terima ubat sedas masuk ikut buntot malam tu.

huhuhu





Keesokkannya - yakni hari ni, aku ingatkan bila dah dapat ubat ikut buntot tu, dia akan ok la kan.

Macam selalu-selalu

Tapi tak pulak.

Tak ok ok jugak

Still panas, malah makin tinggi - 39C

Yang paling takutnya, dalam pukul 3-4 pagi tadi, Irdina mengigil-gigil.

Cuak gila kami.

Terus aku bawak budak Irdina turun bawah...gerlum seluruh badan dia dengan air.

Tak puas hati, aku bagi mandi terus dalam bilik air.

Lepas tu, panas badan dia macam ok tapi macam panas lagi.

Tidur pun kejap-kejap terperanjat-terperanjat.

Cuak punya pasal, terus bawak p HKB pagi tadi.





Setibanya di HKB, tak dapat no giliran lagi, terus dia bawak masuk check suhu

Seperti yang dijangka - 39.3C

Terus masuk dalam bilik rawatan - sumbat ubat + gerlum seluruh badan

Pastu, bila check semula, alhamdulillah suhu badan dia turun 37.6C

Tarik nafas legalah aku.

1- suhu dah turun, 2 - Irdina tak kena warded

Kalau tak, kesian ini budak..tak sampai sebulan, dah kena warded lagi kan.

Hari tu, baru je balik warded sebab cirit, ni sebab demam pulak..haish

Sungguh aku tak sanggup!



Balik HKB, nampak perubahan positive kat Irdina

Dia nak makan dah, minum susu pun banyak sikit dari semalam

Suhu still panas, tapi tak berapa nak tinggi.

Sukatan makan pun dah back to normal

Yang paling aku tahu kalau dia dah sihat, dia aktif semacam dan makan banyak

( ------->  macam Cik Pu...kehkehkeh)

Takdelah baring, isap jari + merap je

Syukur, Alhamdulillah


Like father, like daughter  =)




So, esok aku perlulah bersiap siaga ke tempat kerja ye?


Comments