Sakit mata

Teringat dahulu, sebelas tahun kebelakang. Ketika aku di tingkatan satu. Warden asrama hanya membenarkan kami pulang ke rumah sebulan sekali. Oleh itu, ramai kawan-kawanku sakit rumah telah mencipta formula baru. Termasuklah aku. Kami menggunakan taktik sabagai seorang dokter. Iaitu dengan cara - mengambil sampel air mata seorang kawan yang telah menghidap sakit mata dan mengkulturkan air mata tersebut ke mata masing-masing. Hasilnya memang lumayan. Kami dihantar ke klinik secara percuma dan pulang ke rumah beramai-ramai. Memang kerja gila. Tetapi itulah satu-satunya cara.

Kali ini bukan kerana aku malas bekerja, tetapi ini penyakit semulajadi. Dikatakan semulajadi itu kerana aku tidak meletakkan sesuatu ke dalam mataku seperti yang pernah aku lakukan dahulu. Ia terjadi kerana semulajadi. Bukan juga kerana meletakkan apa-apa cecair dan berjumpa doktor untuk meminta mc. Ia benar-benar semulajadi. Terasa seperti biji mata hendak terkeluar ketika rukuk dan sujud. Ia kelihatan sepet dari yang asal tetapi tetap dapat mengekalkan kecantikan diri. Tidak kelihatan kemerah-merahan. Malah ia mengeluarkan air mata yang berlebihan.

Keadaan ini sangat tidak selesa. Dan ia merimaskan. Apabila aku mengadukan hal ini kepada kawan-kawanku, terutama mereka yang bernama lelaki menuduh aku mengintai orang. Apakah maknanya? Aku mengintai siapa? Diri sendiri dikatakan mengintai jugakah? Aku tidak mengerti dan berambah sakit jiwa. Mungkin juga Allah hendak menghapuskan dosa-dosa yang telah banyak dilakukan.

Jika kamu semua terlihat aku di luar dan sedang mengenyit-ngenyitkan mata, itu bukanlah tanda aku mahu mengoda. Jangan pula kamu tergoda. Tetapi percayalah...sesungguhnya aku benar-benar sakit mata. Mataku sedang nazak di kala ini. huhuhu~~~*




perbezaan mata kami~~~*

4 Action comment:

jakg kwn sbelah terkene skali...=D


Seronok baca cerita anda..


delour : dia yg dekat2..klu dia kn org xbsalah..lalala~~~


apa kes mata yg sakit tp mulut yg ditutup (saya buat-buat naif hari ini.hehehe)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuan Tanah #CH

Tuan Tanah #CH
Missdicup - Wife & Mom cum Blogger since July 2008. Any inquiry(s), email me : missdicup_o7[at]yahoo.com.my

KEDAI ONLINE KAMI :)

KEDAI ONLINE KAMI  :)
ldabestprint.blogspot.com

Tarikh Penting Kami :)


Cik Pu : 6.9.XX
Missdicup : 8.6.XX
Mula Kenal : 26.3.10
Bertunang : 14.3.11
Nikah : 26.11.11
Kenduri Rawang : 27.11.11
Kenduri Alor Setar : 17.12.11
Irdina Zara : 21.10.12
Luth Zafran : 9.2.16

Klik Sini Kalau Mahu Kaya


Throwback