Rentetan surprise party cik pu

ok..semalam semalam aku bekerja sorang sorang menjayakan surprise party yang dibuat khas untuk cik pu ni..Ramai jugak yang datang. Antaranya aku, cik pu dan pemandu pemandu jalan raya yang lain..hahaha!


Terima kasih yang tak terhingga kepada kawan kawan yang sudi membantu merialisasikan majlis ni. Kawan kawan yang dimaksudkan adalah Gendut dan Hajar. Dorang tolong aku buat cupcake last minit. haha. Kalau nak harapkan aku sorang, memang tak siap siap la kek tu sampai esok gamaknya.

ok..sebenarnya aku tak plan pun nak buat surprise surprise ni..maklum je la. Aku kan bukan kalangan orang yang bernama Jiwang. Kalau setakat dalam hati ada taman tu, aku mengakulah jugak kan..hehe..lagi pun, kang buatnya cik pu tu ada sakit jantung ke, sapa yang susah? aku jugak! tak pasal pasal kena papah pergi hospital..dah jadik malam tragik pulak..hahaha..tak ke niaya anak orang! Tapi..sesekali berlakon Jiwang, apa salahnya kan? kan? kan?  lalala~

Ahad

10.45 pagi - pergi Sxxxxx xxxxxxxx sorang sorang, carik hadiah! walaupun dia kata kat aku, dia tak suka pilihan no.3 masa aku buat survey survey hadiah hari tu, aku beli jugak! ada aku kesah?  muehehe

.. Sesampainya kat Sxxxxx xxxxxxxx, aku terus masuk kedai yang aku dah aim hari tu..time aku shopping kasut dengan perempuan perempuan gagah tu.  (cerita yang ni). sampai abang yang jaga kat area kasut tu dah kenal dah....

abg tu : hmmm..ari tu abang suruh amik, kamu tak mau..
aku : eeerrrkkk..abg ni kenal aku? haiiiisshh... sebab aku pakai beg merah ni la kot..(semua ni dalam hati je)
aku :  bukan tak mau..tak tahu saiz..
pastu aku pun ukur saiz sandle tu mengunakan sejengkal tangan + jari telunjuk = saiz 6! sebab malam sebelum tu aku dah siap siap ukur kaki cik pu dah..bau kaki dia, jangan tanya la busuk tahap apa!

pastu pergi carik pembalut hadiah & greeting card..yang ni..yang murah murah sudah..ekeke.aku kalau bab cut cut budget ni, tak payah ajar..memang kepakaran!  haha

pergi tengok tengok kedai kek jugak..nak beli kek..setelah merayap lebih kurang 4-5 kedai kek, hampa. semua kedai kek jual kuih raya saja..haiiisssh!  kalau yang ada pun, macam nak expired je rupanya..tak mau! tak mau! kang tak pasal pasal berjimba kat dalam tandas pulak...haisssh!

Oleh itu, kena decide dengan Gendut, tanya dia ok tak kalau aku nak tempah kek kat dia.

Gendut : ko nak bila kek tu?
Aku : malam ni..
Gendut : weiii...aku banyak lagi kuih raya & kek nak buat la..ko buatlah..
Aku : errrrkkk....ok...   (terkedu!) petang ni aku datang umah!

3.00 petang - carik bahan bahan nak buat kek..tapi..apa la sangat..sebab semua bahan Gendut dah ada siap dah..dia kan tauke kek..haruslah ada semua! muehehe.

3.45 petang - datang umah Gendut & Hajar balik. mesti budak 2 ekor ni dah boring tengok muka aku..lantaklah! ada aku kesah? ekeke. Start dari sini, bermulalah perjalanan buat cupcake Carrot Cheese tu..susah jugak rupanya nak buat kek kek ni..Ingatkan senang macam makan kek..lepas ni, jom kita hargai kek kek yang ada!  muehehe.. time ni, korang tahu cik pu cakap aku tengah buat apa?  tido!  haisssh.

5.00 petang - balik rumah aku dulu..masak untuk berbuka..kang marah pulak housmate aku..sibuk buat kek je..hehe.

8.15 malam - balut hadiah cik pu yang aku beli siang tadi. balut simple simple sudah. kang kalau balut lawa lawa kang, aku tengok time dia bukak, aku jugak yang kecewa..muehehe.. ikhlas ni..ikhlas! hehe.

9.00 malam - pergi balik rumah Gendut & Hajar. Siapkan pulak topping atas cupcake..topping ni macam lapisan cream kat atas kek tu la..bagi nak menutup parut parut yang ada kat kek tu..hehe..kan ke remeh tu..nak kena buat base, pastu mekap mekap..aku ingatkan, perempuan sejati je yang mekap mekap ni. rupanya kek pun ada mekap mekap..haissssh! Then, dah siap topping, aku buat dekorasi sikit..

Cik pu komplain. Dia kata dekorasi kat tulisan kek aku tu serabut..aku rasa rugi pulak awal awal tadi tak bawak telur & tepung..kalau tak, mesti best kan..grrrrr...orang buat penat penat, dia komplain pulak...haiiisssh budak itu!

10.30 malam - balik rumah, mandi mandi dan bersiap siap. Padahal time ni kek tak siap lagi. Badam tak letak lagi. muehehe..Nasib baik Gendut ada. Dia tolong settle kan. Thanks again Dut..jasamu ku kenang!

11.05 malam - kalut kalut pergi rumah Gendut balik. Ambik kek. Letak hadiah & kek dalam bonet. Pergi carik lighter & air minum. kang tercekik pulak sebab takde sumber air. Sorokkan lighter dalam sweater. Botol botol air minuman sumbat dalam box kereta yang ada..sumbat jangan tak sumbat..taknak tinggalkan bukti langsung..haha!

11.15 malam - Culik cik pu. Ni pun satu hal jugak. Mula mula siang tadi aku kata nak jumpa malam ni pukul 11.00 malam, boleh dia kata " apa kata kita jumpa pukul 10.00 malam. Nanti boleh balik awal, pukul 11.00 malam dah sampai rumah. esok nak kerja". Dan dan je nak balik awal la apa la..selama ni..takde pun..haiiissh!  poya betul la mamat ni.  haha!  (poyo + koya = poya)

11.55 - 12.00 malam - sampai Pantai Bersih. Tapi kami tak pergi area yang gelap gelap tu. Kami pergi port yang ramai orang tu. Yang ada cahaya cahaya tu. Aku ajak dia duduk, then aku suruh dia ambikkan barang aku kat bonet. Dia dah sengeh sengeh dah. haisssh!  Tahu tahu je. Cubalah buat buat muka tak tahu sikit..hehe. Pastu aku biarkan dia kat bonet tu sorang sorang. Aku nak tengok reaksi dia dari jauh. Dia duduk diam je kat depan bonet tu. Apahal la lama sangat kat situ?  terkedu agaknya. haha!


Pastu, tengah tengah malamnya, time aku dah tidur, dapat 1 recording mesej dari cik pu.
Ada ayat berunsur jiwang campur terharu di situ. Ingatkan mimpi..hahaha!

Bangun pagi pagi esoknya, aku bukak mesej tu sampai 4-5 kali..asik tekan "play again" "play again". agaknya handset tu pun dah muak nak dengar..takpe, asalkan aku bahagia.....ada aku kesah?  muehehe.


kalau korang nak tempah kek ke, cupcake ke, mesej aku. nanti aku bagitahu Gendut

5 comments:

:: aJa :: said...

nape xde pom bait2x mesej cik pu 2 dicup?
leh i komen sket2x...
;p

*dicup..t tunang,buat sendiri kek,xyah harapkan kami lagik..nk kunci gate umah!!!;p

Anonymous said...

ehehehe....betui kata cik aja...mana ayat yg CIK PU mesej tu?...ihihhihi

missdicup said...

chooooi.

xleh xleh. rahsia kerajaan..hehe

Ren said...

Salam cik cokelathitam, Selamat Hari Raya!!! Maaf Zahir dan Batin!!!

missdicup said...

selamat hari raya Mr Janggel!

maaf zahir batin jugak!

selamat pulang ke kg halaman :)