Projek 5S 2013


Start dari aku masuk keja hari tu, semua orang kat tempat keja aku start sibuk2 pasal 5S. Aku selaku salah sorang AJK yang tak bertauliah ni pun kenalah menyebokkan diri sekali kan. Padahal buat-buat sibuk. Haha.

So, dalam minggu lepas & minggu ni lab kami pun tak terkecuali. Untuk minggu pertama permulaan projek, lab kami dah berjaya buat satu improvement..yeay! Apa dia? Apa dia?

Inilah dia.....taraaa!


Compartment partition - Buat sendiri ni tau uols...amik masa setengah hari jugak la..huhu
nasib baik sample kat sini tak banyak sangat   :D



Sebelum projek atas tu, kitorang sempat jugak la p melawat Pejabat Perda kat Butterworth..Dapat la jugak inspirasi macam mana nak buat kan..Gambar yang atas ni gambar inspirasi. Tapi bukan untuk projek 5S, tapi untuk carik wall paper ni nak letak kat umah baru nanti....haha. (Berangan lebih, padahal lambat lagi :P )

Selain daripada tu, projek fail pun dah settle sikit demi sikit, tapi aku lupa nak amik gambar. Nanti aku upload lain ye!


Sunat Irdina & Amanjaya Mall




Alhamdulillah, semalam berjaya jugak kami menyunatkan Si Irdina zara. yeay! Rasa lega sket lepas dah tunaikan 1 tanggungjawab sebagai parents kat dia :) Kami buat kat Klinik Dr Husna. Klinik ni area Petronas Sungai Petani Utara. Kat bangunan area depan village mall & tesco lama tu. Harga dia RM35 / sorang. (Dr, sila bagi komisen..hehe!)


Menjalankan operasi...heeee~




Lepas Irdina settle sunat semua, tengok dia ok je. Tak nangis apa, so kitorang pun setuju p Amanjaya Mall yang baru bukak kat situ. Pusing punya pusing dalam mall tu, ingat nak jenjalan cuci mata je..last-last 'terbelanja' beberapa RM kat situ..hehe~ Tapi...aku sangat sangat suka...sebab harga baju2 kat situ sangat murah murah murah...tak percaya?


........Amanjaya Mall...


 Ya...percayalah!
Dari kiri, harga baju oren & hijau tu RM10 satu. Pastu 2 lagi sebelah tu RM 8 satu. Yang kanan sekali RM 4 satu..see..see..murah kan? I told u already maa...hehe~


Irdina...jangan over ok. Bagi chances kat ibu......Kaki je boleh..
Hahaha



Pastu, dah pakai baju cantik-cantik, haruslah isi minda dengan ilmu sikit...ye dak Irdina?


Dan hari ni, Abahnya dah menjalankan tanggungjawab sebagai pembaca buku setia Irdina..
Nanti hujung bulan mintak gaji kat Irdina....hehe


Teee-linnnn-ngaaaa...teee-linnn-ngaaaa...teee-linnn-ngaaa  :)



Resepi telur bungkus


Ingatkan malas dah nak masak petang ni..tapi disebabkan Pakcik Pu kelaparan dan cemus (bahasa kedah : cemuih) makan tomyam, aku pun terpaksa jugaklah masak nasik + lauk sikit. Lauk untuk petang ni adalah telur bungkus. First time buat uolsss..tapi, alhamdulillah berjaya total!

*clap clap clap!

Senang je resepi dia. Tak payah nak beresepi sangat pun takpe. Ikut naluri hati dan teknik campak-campak dalam kuali. hehe!

Ok, mula-mula sediakan bahan2 :

1. Telur - of cos la kan..nama pun telur bungkus..
2. Ayam dicincang kecik
3. Kerot, daun sederi, tomato dicincang dadu. (yang ni apa yang ada dalam esbox je aku amik)
4. Baby kailan (ni pun sama, dah ada dalam esbox)
5. Fish cat & fish ball (yang ni pun dah ada..haha)
6. Bahan2 utk blender : bawang besar, bawang merah, bawang putih, cili merah, cili api sikit. (kalau ada cili boh, boleh je letak sikit..ikut sesedap rasa).
7. Minyak masak
8. Bawang besar dihiris


Cara-cara dia :

1. Letak sikit minyak masak, letak bawang hiris, pastu tumis la bahan2 yang diblender tadi. Agak2 dah wangi, masukkan bahan-bahan ikut cepat-lambat keempukannya. Maksudnya, masukkan ayam dulu, pastu kerot, pastu daun sederi, tomato dan lain-lain. dan disinilah teknik campak-campak amat diperlukan..heeee~



2. Sambil-sambil masak bahan-bahan tadi, bolehlah lempengkan telur-telur anda..Ayat nya 'lempeng'...hehe. Masa ni aku guna 3 bijik telur. Tapi, bagi aku korang boleh je kurangkan kuantiti telur tu..sebab masa aku buat tu, telur dia tebal sangat..first timer la katakan....peace!




3. Pastu hamparkan bahan2 yang dah masak tadi atas lempengan telur korang..


4. Kata nak ala2 chef...oleh itu, taraaaaaaaaaaaaaaa..... 


Silalah menjamu selera! 

nyum nyum nyum


Weekend bertiga


Memandang budak comel tu tengah tidur dan bapak budak kecik tu tengah kemas bilik kat tingkat atas (? atau main game?), mari kita ambik sedikit masa untuk menaip di sini.


Hari ni cerita dia sama je macam semalam. Plan nak pergi sunat budak comel tu. Tapi, memandangkan semua orang dalam rumah ni pun bangun agak lambat tadi, plan itu ditunda ke petang jap lagi (Padahal dalam rumah ni 3 orang je..haha!). So, menu pagi ni panaskan menu semalam. Kalau rajin sikit, tengahari-tengahari kang aku masak lain. Sebabnya kuah tomyam tu banyak lagi.


Pakcik Pu kata tomyam aku kali ni tak berapa nak kaw sangat (pandai dah nak komplen2..haha). Maybe sebab aku buat seperiuk penuh kot, pastu pakai 2 peket je perisa tomyam tu. Ingat nak hantar kat akak sebelah sikit, tapi memandangkan aku malas nak tukar baju bagi sopan-sopan sikit, hajat tu dipendamkan. hehe Boleh pulak macam tu? Ok kak, lain kali saya buat lagi.

So, petang ni nak taknak kena jugak usahakan pergi klinik. Kalau tak, tak bersunat la anak aku nanti..heeee! Minggu ni bakal bizi dah. Family aku nak datang sini. InsyaAllah kalau jadi, nak jalan-jalan pergi Langkawi & Perlis...masa untuk Irdina jalan-jalan sebelum ibu exam bulan 6 ni...hoyeah!


Hectic Life of Me!


Dah lama dah tak menulis kat sini. Hidup aku kebelakangan ni macam hectic sikit. Lepas dapat result tahun 1 tahun lepas, aku rasa semacam. Rasa sikap aku terhadap pelajaran masa tahun lepas tak berapa nak ngam (rajin) sangat. So, aku rasakan tahun ni aku perlu perlu perlu bertindak lebih sikit (ayat perlu tu perlu ada banyak kali..haha). Wake up call kah ini?

Aceh. Padahal nak cakap result aku tak segempak macam result orang lain dan aku kena rajin sikit je pun..haha!

So, this weekend, yakni hari ni kami lakukan aktiviti bebas di rumah (terutamanya aku la). Mana taknya, sebelum ni, kalau tak ngadap assignment, mesti ngadap lab report. Melambak-lambak. Lagi-lagi pulak lepas balik Intensif pjj hari tu...lagilah. Kesian kat Irdina Zara & Cik Pu, macam diabaikan je. huhu. Dan dah berkali-kali jugak la aku dok buat ayat kecewa "abg, saya mintak maaf ye. Rumah berterabur sikit, hidup tak macam orang lain...bla bla bla". Semua ni dasarrr nak sedapkan hati sendiri sebenarnya. (-_-') HAHAHA.

Minggu ni, pagi tadi kemas-kemas kain baju yang teramat melambak-lambak dalam bilik stor tu. Fuh!! 3-4 batch jugak la. Ni pun petang ni ada 2 batch lagi yang tak terlipat. Pastu, rancang-rancang dengan Cik Pu nak jalankan projek sisih-susun 5S. HAHA. Last-last tak tersisih tersusun kitorang. Yang sempatnya asingkan mana baju yang taknak (tak boleh) guna. Tak boleh tu sebab perut Cik Pu dah ke depan, so tak nak la pakai baju yang nampak perut..hahaha. Aku pun ada beberapa baju nak di-release-kan kepada adik-adik. Hei uols..Lepas bersalin anak sorang ni, habis semua organ naik. Terutama tang perut la...HAHA

Pastu, ingatkan petang-petang ni nak pi klinik. Nak sunat Irdina Zara, tapi hujan pulak. Alhamdulillah la hujan. Kalau tak, berpanas lagi la kitorang nak tidur malam ni. Dah beberapa hari panas dah kat sini. Nak pasang ekon pk 10 kali. Kang pindah rumah baru kang nak kena ubah bagai pulak. Tu semua melibatkan kos tu..(Aku kan bini yang berkira berjimat-cermat...hehe). Apa yang kami buat, pasang 2 kipas serentak. Satu kipas atas, satu kipas bawah, settle masalah! Oh ya, berbalik pada kisah sunat Irdina Zara tadi, aku tak sure lagi bila pulak nak pegi klinik. Esok or malam sikit. tak sempat nak bermesyuarat. Si suami menghilangkan diri kat tingkat atas sekarang ni. Berkemungkinan besar sedang bermain game....cit!

Oh, bercakap pasal Irdina Zara, sekarang dia dah 4 bulan lebih..nak masuk 5 bulan. Sekarang ni dia dah pandai gelak mengekek-ngekek (ikut sape la ni?), buat-buat suara garau, tidur hisap ibu jari (haish!), pandai tengok-tengok jari dia (Abah dia kata tengah kira untung bisnes Abah..hehe) dan dah ada bunga-bunga nak meniarap. Sikit hari lagi meniarap & merangkak la Si Irdina tu. hehe

              


Lagi satu hal. Pasal Afiq. Oh adik lelaki sorang tu. Sekarang dia kat Sabah, kena bertugas katanya. Masa aku tepon tadi masih dengar lagi bunyi tembakan. Tak tahulah bunyi tembakan apa, bom ke peluru senapang ke, tak sempat nak tanya. Dia pun macam tak nak cakap banyak. Bila aku tanya dia kat area mana dalam Sabah tu, dia just kata dia tak boleh nak bagitahu spesifik tempat, yang boleh dia kata hanya kat Lahad Datu zon merah (-_-'). Pastu siap pesan...jangan bocorkan rahsia kat mak tau! Aku ni dah ibarat ditelan mati mak, diluah mati bapak la pulak. Dia tak kasi aku bagitahu yang dia tengah bertugas kat Sabah. Kalau Puan Emak tepon dia pun, dia cakap dia on duty kat Sarawak. Tapi, yang tak bestnya bila dia kata kahak & hidung kanan dia berdarah. lagilah tak best je rasa...huhu..Harap2nya semuanya baik belaka la ye :C


Ok, tu je cerita kali ni. Kalau sempat & ada masa lagi nanti aku kembali!