Selfie


Hari ni penat gila rasa bekerja..non stop

Almaklumlah 2 hari meng-el-kan diri..huhu

Dengan paginya run external qc, petangnya pulak menghadap microscope tengok slide tb

Ni semua gara-gara almost 30 sample sputum AFB dihantar ke lab kami la ni..

Fuh!


Kesudahannya, 

Balik rumah......terus collapse.

Irdina ke mana, Cik Pu ke mana, aku sorang-sorang terbongkang kepenatan (-_-')



Semalam kan Irdina demam, then off course la aku tak hantar ke pengasuh - kak Sofia

Then, pengasuh Irdina mai datang melawat kat rumah

nasib baik aku dah berkira-kira nak kemas rumah

(-nak kemas rumah pun nak berkira-kira ke? mihmihmih)

............


Lama borak-borak tu, masuk part gambar Irdina

Kak Sofia tunjuk kat aku melambak gambar Irdina dalam handset dia

hamboih ko Irdina..disayangi lagi dikasihi nampak..

Jelous mak kau nak!



Pastu, masuk plak part FB

Maklaumlah...orang pompuan..

Kalau bercerita dalam satu masa, banyak pulak topik hangat yang nak dibincangkan..

wakaka


Kak Sofia suggest aku add dia as a friend kat FB

Walaweh..cuak aku

(haha..takut ada ketidaksopanan kata-kata dalam FB tu sebenarnya)

Malas pk panjang-panjang, aku add je la

Bukan kena bayar pun kan?

Lepas add, terus kak sofia aktif post gambar kat timeline aku

Yang tak tahannya tu, pandai pulak kau menyelpiekan diri ye nak

(agaknya menurun dari siapalah tu?)

.......hahaha...

tersengeh-sengeh dapat main...


fefiling big bos kau kan..


Cekcinya anak dara ibu ni!



Nasib baik takde adegan angkat tangan tunjuk jari dua depan kamera..

Kalau tak....aku tahulah tu dari mana menurunnya..


mihmihmihmih





#menyelpiekan diri - selfie
#adegan angkat tangan tunjuk jari dua depan kamera - peace yo!

Demam 2 hari


Dah 2 hari budak Irdina demam panas..

Makanya ini beerti aku juga dah tak pergi kerja 2 hari..

(-_-')


Sebenarnya start malam semalam lagi.

Mula-mula tu..Cik Pu yang perasan tangan & kaki irdina panas.

Bila aku rasa...macam tak panas pun.

Then dengan aku-aku sekali Cik Pu kata panas.

Tapi aku kan manusia berdarah panas (agaknyalah?)....

of course la aku tak demam kan.



So, bila tiba malam nak tido tu, baru badan irdina aku rasa betul-betul panas.

Sekali, check-check suhu sampai 38.5C

mengelabah aku & Cik Pu. 

Terus mintak tolong Cik Pu p kedai beli kool fever



Keesokkannya tu, yakni semalam..terus ajak Cik Pu p Klinik 1 Malaysia 

Klinik yang paling dekat sekali dengan rumah kami.

Tapi, almalangnya kakak kaunter tu kata klinik 1 Malaysia tak terima budak-budak bawah 2 tahun.

Ok, fine...

Dengan hati yang resah dan pilu, kami ke Klinik yang biasa kami p tu- Klinik Putra di Bertam Indah

Bila check suhu, memang Dr kata suhu dia tinggi - 38.5C

(dah tentulah suhunya sama yang macam kami ukur..termometer yang Dr tu guna sama dengan termometer kami..wakaka)

Terpaksalah Irdina terima ubat sedas masuk ikut buntot malam tu.

huhuhu





Keesokkannya - yakni hari ni, aku ingatkan bila dah dapat ubat ikut buntot tu, dia akan ok la kan.

Macam selalu-selalu

Tapi tak pulak.

Tak ok ok jugak

Still panas, malah makin tinggi - 39C

Yang paling takutnya, dalam pukul 3-4 pagi tadi, Irdina mengigil-gigil.

Cuak gila kami.

Terus aku bawak budak Irdina turun bawah...gerlum seluruh badan dia dengan air.

Tak puas hati, aku bagi mandi terus dalam bilik air.

Lepas tu, panas badan dia macam ok tapi macam panas lagi.

Tidur pun kejap-kejap terperanjat-terperanjat.

Cuak punya pasal, terus bawak p HKB pagi tadi.





Setibanya di HKB, tak dapat no giliran lagi, terus dia bawak masuk check suhu

Seperti yang dijangka - 39.3C

Terus masuk dalam bilik rawatan - sumbat ubat + gerlum seluruh badan

Pastu, bila check semula, alhamdulillah suhu badan dia turun 37.6C

Tarik nafas legalah aku.

1- suhu dah turun, 2 - Irdina tak kena warded

Kalau tak, kesian ini budak..tak sampai sebulan, dah kena warded lagi kan.

Hari tu, baru je balik warded sebab cirit, ni sebab demam pulak..haish

Sungguh aku tak sanggup!



Balik HKB, nampak perubahan positive kat Irdina

Dia nak makan dah, minum susu pun banyak sikit dari semalam

Suhu still panas, tapi tak berapa nak tinggi.

Sukatan makan pun dah back to normal

Yang paling aku tahu kalau dia dah sihat, dia aktif semacam dan makan banyak

( ------->  macam Cik Pu...kehkehkeh)

Takdelah baring, isap jari + merap je

Syukur, Alhamdulillah


Like father, like daughter  =)




So, esok aku perlulah bersiap siaga ke tempat kerja ye?


Weekend Minggu ni


Kami baru je sampai dari Aloq Staq

Sampai-sampai rumah je, terus tengok perkembangan projek pokok aku.



Tak menyempat-nyempat nak hangkut barang ke dalam rumah..wakaka

Cik Pu jeling sambil perli......"sibuk dengan pokok dia..."

Ceit.

Of course la i'm busy dengan pokok iols abang oi...projek 3rd year ni..

kang tak siap, sape nak tanggung... 

(-_-')


...............................



Penat balik intensif hari tu & balik rawang minggu lepas tak habis lagi, minggu ni travel lagi la kita

Fuh!

Kalau ikutkan, minggu depan baru balik Aloq staq

Tapi disebabkan Wan Cik Pu (kalau belah aku, panggil aki) tak boleh bangun dari katil, kami terus shot ke Aloq staq petang semalam.

Pagi tadi bawak p klinik, Dr suspect mungkin gout & pape pun, tunggu keputusan darah.

Semoga Wan cepat sembuh...amin.




So, minggu depan, kita p servey menyevey la pulak kot?





Buku Perancangan kita

Assalamualaikum,

Setelah sebulan lamanya aku ke kursus intensif, kini tibalah rutin hari jumaat yang selalu kitorang buat.

Balik kerja zasss amek Irdina dan terus tengok perkembangan "rumah pinjam" kami.

Nampak gayanya macam bulan depan dah boleh masuk.

Semua dah siap. 

Cat luar dalam rumah dan rumput padang depan rumah sedang ditanam.

Aku macam takde perasaan je nak pindah masuk rumah baru.

Haih.

Mungkin terlalu penat kot.

Takde masa lagi nak belek-belek apa yang patut.

Mula-mula dulu, sebelum p intensif, beria la jugak aku + Cik Pu.

Siap ada buku nota bagai.


(Mukasurat depan tazkirah - bagi insap sikit...wakaka)


Lukisan pelan oleh orang bukan arkitek..ginilah gayanya!


Sekarang, buku nota tu....Irdina yang selalu rujuk. 

Cait.





Macam nampak-nampak sekarang ni..yang paling penting sekali bila nak masuk rumah adalah pasang grill.

Aku macam biasalah..

dah ada 1 folder khas dalam laptop + hardisk bertajuk "ruang idaman".




 - Ruang idaman sangat!

Dalam folder tu..mana-mana pemandangan dalam rumah yang "sejuk mata" memandang, aku masukkan dalam tu, buat simpanan.

Folder tu sangat berguna bila aku nak start buat assignment, buat kerja kat lab dsb - benda2 yang melibatkan mood rajin perlu datang dengan segera..

hahaha

entah hapa hapa!


Baca lebih lanjut : Our New Home Journey



Test, test, dan test


Alhamdulillah..

Selesai sudah 2 hari di mana test 2 kali sehari dijalankan dalam masa 1 hari..

semalam hari last dah berlalu episod tu.

And next ada 2 test lagi perlu dihadapi.

Dan minggu ni adalah minggu terakhir kami menjalani kursus intensif di usm

Next week dah boleh masuk kerja semula, InshaAllah.



Tapi sebelum masuk keja tu, cik pu ajak balik rawang dulu this weekend.

Makan kenduri sedara belah dia katanya..

 ehem..gembira bunga-bunga dalam hati iols.

"Terpaksalah" balik jumpa mak ayah kan.. (>.<)

hehe



Memandangkan esok adalah test yang 2nd last dan semua soklan dalam objektif, 

Dan memandangkan hari ni takde kelas dan test, 

aku jalankan rutin macam biasa.

Hantar anak ke pengasuh dan membawa diri ke library ippt.

Belajar sambil curik-curik masa tulis blog..heh!



Oh ya. 

semalam dua2 test yang aku jawab, rasanya tak begitu memberansangkan jawapannya..

huhu

Salah satunya subjek - Molecular Biology.

Killer paper, dimana kalau mengikut pengerusi rancangan Bio,

Subjek ni tahun lepas 80% daripada semua studentnya adalah gagal total.

Huhu..takutnya lahai.

Dah baca, dan dah spot soklan. tapi ntah la..

Jawapan yang bahagian subjektif tu macam spoiled je

Tak dapat nak bayangkan bendalah apa nucleosome tu..huhu

Dan-dan p lukis chromosome dan double helix DNA.

wahahaha  (T_T)


Rupanya...bentuk macaroon! cet.




Nilah gayanya bila orang tua p blajar...hahaha

Semoga aku semakin tabah dan kuat berusaha!


Dan semoga aku dapat habiskan degree ni tahun depan dengan jayanya, 

atleast graduate dalam tangan - pointer 3.0 ke atas, InshaAllah.



Husband dan kawan-kawan yang aku sayang, tolong doakan ye!



Apa-apa pun


Assalamualaikum wbt,

Dah 2 minggu kursus intensif pjj aku dah berlalu..

miggu ni masuk minggu ketiga. 

So, tinggal 1-2 minggu lagi nak habis.



Semalam berlangsungnya test biostat dengan jayanya.

Alhamdulillah, boleh buat.

Salah betul aku tak sure la plak... 

Apa-apa pun, "kondifen" level kena tinggi..hehe



So..2 hari ni dan esok aku takde kelas mahupun test.

makanya marilah kita menghantar anak ke pengasuh dan kita membawa diri ke library.

Di rumah tidak boleh study.

Stado mungkin ye. (-_-')



Lebih-lebih lagi malam tadi Irdina Zara tak tido.

Asik merenggek sepanjang malam.

Kalau nak dikatakan demam lagi, aku rasa dah tak panas dah.

Mungkin tak sedap badan kot.

Harap-harapnya malam ni dan malam esok dia baik-baik saja.

Sebab next 2 hari lagi aku bakal menghadapi 2 test dalam masa 1 hari.

Yakni pagi dan malam.



Apa-apa pun aku dah tak sabar sangat nak habis belajar ni

Next year inshaAllah nak kembali tumpu pada family

Kesian sangat dah aku tengok Cik Pu & Irdina terabai

Aku bizi dok buat assignment, amali report, kelas, exam, bla bla bla

Kadang-kadang tak bizi pun macam bizi. 

Tapi, tak tahulah buat apa...lol!



So, apa-apa pun dah tiba masanya aku sambung study prinsip kewangan.

Bye kawan-kawan yang aku sayang.

Ada masa kita jumpa lagi ye!