"Beliau"

Semenjak dua menjak ni stress je aku rasa time kerja

Tak tahu nak cakap macam mana tahap stressnya tu

Balik kerja, sampai rumah tahap mesti nak migraine

Hari-hari rasa taknak pergi kerja

Hari-hari rasa macam tak sihat

Atau mental depression mungkin?

Tapi......memang stress bila fikir ada 2-3 benda jadik kat aku lately

Hari tu baru je baca entry kak Di si blogger famous pasal buli di tempat kerja

(entry kak Di tu...klik kat sini)

Tup-tup tetiba "perkara buli" tu mengena kat aku

*huhuhu*

Tak disangka-sangka

(T_T)

.....


Tu pun lepas aku borak-borak dengan one of my colleagues

Then...bila dia dengar story aku tu..

memang dia kata ni one of the bullies yang selalu ada kat tempat  kerja weolss

Macam mana dia tahu?

Of course....sebab dia pun selalu kena.

Tapi, sekarang ni dia kata dia start belajar to fight for her right

Untuk aku...fight for the right sangatlahkan..

*huhuhu*


Dia kata mungkin sebab aku "terlalu baik" terima semua tugasan tanpa kata NO

Terlalu baik kau kata?

Kau tak tahu lagi mulut aku lahar macam mana tahap dia..

.......


Masalahnya bukan aku taknak kata NO

kalau aku kata pun...si beliau boleh buat apa eh?

Sebab apa aku kata "beliau bukannya boleh buat apa.."

Si beliau buat ni sebab pun untuk kepentingan diri dia sendirilah...

kan? 

Habis tu apa lagi?

Yes..aku ni memang kuli bawahan...

tapi kalau dah kata beliau tu "ketua"....patut ke buat macam tu?

Kenapa nak kena serah kerja kat orang lain?

Alasan? Sebab tak confident?

Best ke macam tu?

Kali ni dah masuk 3 kali beliau buat macam tu..

Takkan semua atas dasar tak confident?

Habis tu..bila yang nak confident-nya?

.......

Tak ke sakit hati?

sabor je la..

*huhuhu*

Baru-baru ni...rasa ok sikit bila nampak muka beliau tu

Tapi...sekarang ni dah datang balik rasa tak nak tengok muka beliau macam dolu-dolu

Entah..

Aku rasa tawar hati sangat-sangat

....


Tu tak masuk lagi dengan beliau-beliau yang lain..

*nangis*

......


Takpelah...kau buatlah macam mana pun beliau..

Kita kena ingat...Allah tu sentiasa ada..

Kalau tak kat sini, kat akhirat sana adalah tu bahagiannya..

peace!


Qalbun Salim


Alhamdulillah..

Isnin baru-baru ni aku bersama beberapa rakan sekerja yang lain diberi pelepasan menghadiri ceramah di usm pulau



Ceramah ni diadakan sempena Maulidur Rasul yang akan datang

Yang tambah istimewanya, penceramah jemputan adalah Ustaz Don Daniyal


Seronok rasanya bila dapat dengar ceramah depan-depan secara live

Selalu secara live jugak..tapi depan tv je kan..

*hehehe*




Banyak ilmu yang Ustaz Don kongsikan..

Beliau buatkan diri kami makin sayang sangat dengan Nabi Muhammad kita

Kata beliau..Nabi Muhammad kita ni rendah diri sangat..

Tak kira dengan manusia atau dengan Allah sekali pun..

Ya..dengan Allah pun Nabi kita sangat rendah diri

Tambah beliau..Bila Allah tanya siapa kau? kat Nabi Muhammad kita

Nabi jawab...Aku seorang miskin dan anak yatim piatu..

Ya Allah...padahal, Nabi kita boleh je cakap..aku nabi, utusanMu (macam nabi-nabi sebelumnya)

Tapi tak..Nabi Muhammad tak cakap macam tu.. 

Nabi sangat rendah diri..

.......

Selain tu, bila Allah tanya apa 3 'wishlist' Nabi Muhammad nak..

Antara satunya..Nabi mintak Allah tangguhkan semua azab umat-umat Nabi Muhammad sehingga hari kiamat..

kau bayangkan..

kalau kita semua dapat azab terus lepas buat dosa macam umat-umat nabi yang terdahulu..

Tak tahulah macam mana kita nak hadapi ye..

Allahu Akbar!

......


Tambah lagi..

Nabi Muhammad kita hatinya sentiasa berjiwa tenang dan redha

Walaupun orang buat Nabi kita sakit hati, Nabi tetap tenang & redha

Nilah yang dikatakan "Qalbun Salim" - jiwa & hati yang tenang & redha

Ustaz Don kata..

tips nak hati tenang macam Nabi kita, selalu amalkan jamu makanan kepada orang..

ataupun..bagi hadiah..

Buat hati orang lain bahagia, kita jugak akan bahagia..

Contohnya..kalau ada orang kat pasar malam datang kat kita mintak sedekah,

kalau kita nak bagi....silakan bagi..

Tangan yang memberi lebih baik daripada yang menerima..

Jangan pulak..kau taknak bagi sedekah kat dia, kau cakap macam-macam yang negative pasal dia..

Dahlah tak nak bagi, kau buat dosa pulak..

Bila kita dah bagi sedekah kat orang tu, kita berlapang dada je..

Kalau orang tu guna sedekah yang kita bagi tu ke jalan yang salah, tu 'kerja' dia dengan Allah..

Kita dah takde kena mengena dengan dia.

jangan plak kita p mengata dia..tak pasal-pasal dengan kita - dia - Allah kita tersangkut plak..

Dan jangan lupa..

kalau kita sayang Nabi Muhammad saw, perbanyakkan selawat ke atas Nabi kita..

:)

..............



Malamnya....

kita sambung tengok Ustaz Don lagi di tv Alhijrah

"30 minit Ustaz Don"




Keluar bermain


Rasanya....

dah terlalu lama kami tak bawak Irdina keluar jalan-jalan hirup udara segar

Nak dekat sebulan dua kot?

Semenjak cuaca berjerubu, panas & kering beberapa minggu ni..

Plus aku ke kursus intensif pjj sebulan hari tu..

Kesian kat Irdina..

Balik-balik kerja je, terus terperap dalam rumah

Main la mainan yang selalu-selalu dia main tu..


Walaupun bukan mainan sebenar yang dimainnya..

Sabar la wahai anak..

Nak buat macam mana kan..

Kesihatan nak kena jaga juga..

Rindu rasanya nak tengok Irdina main pasir kat tepi pantai..


Malahan...

Bukan Irdina je yang aku rindu nak tengok main pasir..


Bapaknya pun sama naik!

*wakakaka*

..........


Sambil santai-santai tengok pemandangan indah tepi laut...

Subhanallah..



Manakala...

ditemani oleh si ibu yang ......


errr....yang..................(describe sendiri)

*hahaha*

........


Bukan setakat tak ke pantai je..

akan tetapi...ke vision park juga dah lama tak pergi

*akan tetapi sangat ayat kau kan*



Kesian sangat Irdina..

*Huhuhu*

........


Makanya oleh sebab itu...

kami berpendapat eloklah membawa Irdina ke taman permainan yang berada di bawah bumbung

Yeay!

Ke McD la kita untuk bermain!!!





Walaupun terpaksa berebut sebab tempat tu terhad & agak kecik, tapi takpe..

Kami ok je..

*hikhikhik*

............



So, aku share sikit langkah-langkah penjagaan kesihatan masa jerebu ni :

# Banyakkan minum air masak, sekurang-kurangnya 8 gelas sehari.
# Kurangkan aktiviti di luar rumah.
# Gunakan penutup hidung dan mulut sekiranya terpaksa melakukan aktiviti di luar rumah.
# Cuci tangan dan muka selepas melakukan aktiviti di luar rumah.
# Digalakan untuk mandi dengan kerap.
# Jika memandu, gunakan pendingin hawa di dalam kenderaan.
# Pastikan pintu dan tingkap rumah sentiasa ditutup.


Semoga kita semua dilindungi dalam lindungan Allah ta'ala...amin.


Pembeli tegar

Bulan ni rasanya bukan bulan yang sangat bertuah dalam membeli online bagi aku la..

*ayat bertuah sangat kan..wakaka*

........


Nak beli barang tu, barang tu dah habis..

Nak beli barang tu, stok barang takde..

Nak beli barang tu, manufacterer defect plak..

Hadoi la..macam-macam..

Ni lah yang dikatakan bukan rezeki kita kan.. 

Sabo je lah...  :)




Pastu...rasanya bukan online je kot..

Sale yang dekat-dekat ni pun tak sempat nak grab

--->  Sale yang dibuka oleh tempat kerja aku.

Katanya Taleska nak ditutup..so barang-barang nak jual la kan..

Tepon punya tepon..dalam keadaan kalut dah tu..

Tak dan jugak..

Habis katanya.. 

(T_T)




Aku cadang nak la beli 4 - 5 barang kan..

sekali......nan hado.

Yang tinggal cuma peralatan 002 & Permainan 010 - tak memberansangkan betul..

haish!




Pastu...akhir bulan lepas, aku ada order barang mainan kat kak Aty - (Pink Garage)


Tunggu punya tunggu..last-last kat Aty kata barang tu ada manufacturer defect..

So, kena return kat supplier balik - makan masa jugak la kan..

Pastu..minggu ni aku tanya lagi..

kak Aty kata, kalau takde jugak..dia pulangkan duit balik

haish...sedih sungguh..

tak berjaya jugak aku nak membeli...

 (-_-')

.......


Pastu..satu lagi kes..minggu ni, aku berangan nak beli purse baru..

carik punya carik..ada la yang berkenan kat groupon ke gdeal ntah..

Last-last..klik punya klik..stok habis la pulak colour navy blue yang aku berkenan tu..

Sampai hati betullah..

(T_T)


Disebabkan frustrated & stressed punya pasal..

carik jugak la sesuatu untuk membaikpulih hati yang lara ni..

Nak jugak! nak jugak!

*perangai lebih Irdina Zara plak kau kan..hahaha*


Aku "terbeli" benda alah ni..

Padahal..takde dalam list pun..

ngehngehngeh


Disebabkan semalam beli online, aku terlupa nak bagitahu Cik Pu lagi..

matiklah...

(Hai abang, iols beli cadar baru...peace!)






Pray for them


Bersempena hari wanita sedunia ni..banyak pulak berita yang agak tak memberansangkan

*ayat kau sekarang..beransang sangat kan..*

................


Yes..memang sangat tak best bila dalam 1 hari kita dapat 2 berita kurang best sekaligus..

...huhuhu...

(T_T)


Satu berita - Pesawat MH370 hilang

Terkejut aku bila tetiba bukak NLKO pagi semalam keluar berita plane MAS hilang

macam tak percaya pun ada.

Disebabkan sangat sangat sangat terkejut, kami suami isteri melekat depan tv seharian semata-mata tengok channel yang semuanya berita

kejap-kejap Astro Awani 501, kejap-kejap TV1, kejap-kejap TV9, kejap-kejap TV3

Sementelah kami ni takde sedara mara pun dah rasa sedih sangat kan..

Apatah lagi kaum keluarga mangsa..

huhuhu

Pray for MH370

(sumber gambar : google)


Berita kedua - Wan Cik Pu sakit & dimasukkan ke hospital

(read : wan = datuk)

Ingatkan minggu ni tak balik Alor Star, bolehlah relax-relax skit kan..

(read : relax-relax = buat assignment / mini projek)

Tapi...takdir dah tertulis segalanya..

Family Cik Pu call petang semalam bagitahu Wan warded sebab asma + demam

So, kami terus shot ke Alor Star petang semalam jugak.

Tak balik kampung dah....terus ke hospital tengok Wan.

huhuhu


Semoga Wan cepat sembuh dan sihat sepenuhnya.


Dan,

aku doakan...semoga semuanya kembali baik-baik sahaja..

...amin...



Ampaian idaman


Wah..semenjak rumors kunci rumah nak dapat bulan 4 ni....bukan main lagi kau kan..

Asiklah tajuk  .......- idaman

lampu kipas idaman, langsir idaman, terbaru...ampaian idaman pulak

*Idaman sangat kan*

Takpe..idaman kan tak kena duit..

*urut dada*

.......


Ok..takpe..kali ni mari kita berimpian tentang ampaian baju

Hari tu sebelum Nurul si labmate aku ditukarkan ke lab genetik semula, kami ada borak-borak pasal ampaian baju ni

Mula-mula tu, aku plan macam nak tempah ampaian macam kat rumah rawang tu je..

jenis sangkut kat dinding tu

(sumber : google)



Jimat ruang pun jimat ruang..

Tapi...bila bincang balik dengan Cik Pu, Cik Pu tak berapa nak setuju sangat dengan idea ampaian ni

Dia takut baju yang "bakal" aku nak jemur nanti tak muat muatannya.

*cis*

Sabo jelah mak jemah

wakaka

........


Tapi..bila difikir-fikirkan kembali, betul jugak apa yang Cik Pu cakap tu

Kalau dinilai sekarang ni pun..memang tak muat.

..heh..  

*sengeh-sengeh*

Kami berdua kan sama-sama keluar bekerja..

Dan aku pun pjj kan..So, masa tu agak limit sikit la..

Makanya..weekend je la masa nak mendobi, menjemur dan melipat.

Hari lain sibuk tulis blog dengan kerja masing-masing

Aku dengan sibuk nak siapkan assignment & anak..

Manakala Cik Pu pulak kadang-kadang sibuk dengan kerja-kerja design di sebalik tadbir dia tu..

So..weekend je la ada kelapangan sikit.

.......


Berbalik pada cerita ampaian dengan alasan aku kat atas tu (hehehe), Cik Pu suggest supaya kami tempah ampaian yang multitasking sikit.

Contohnya macam ni :

(sumber : google)



Maksudnya..banyak sikit la tempat nak sangkut baju-bajan kami di hari weekend

.......

Hari tu, masa borak-borak dengan Nurul tu, dia kata jiran dia dah buat..

Harga dalam RM150 - RM 200

Tapi, aku servey dalam internet harga dalam RM 400 - RM 500

haih..takkan untuk tempah ampaian saja dah RM 500?

Besau bajetnya tu... :p

Dan pastinya Cik Pu takkan pertimbangkan plan nak tempah ampaian kalau macam ni harganya.

*huhu*

Takpe..takpe..nanti kita p servey sama-sama kat kedai Chong Wei belakang Lot 8 tu ye bang..

Pastu...kita plan nak buat macam mana..

Kalau mahal sangat, kita nangis sama-sama

*hahaha*



Baca lebih lanjut : Our New Home Journey


Langsir eyelet idaman


Setelah kita menservey lampu & kipas idaman (baca sini), marilah kita cuci mata untuk misi seterusnya...

-----> Langsir idaman...

Untuk part langsir, aku & Cik Pu berminat sangat dengan trend sekarang ni..

style eyelet

(sumber google)







Style kat atas ni, semua eyelet 1 layer

Cuma...yang bezanya corak @ warna langsir je lain..








Yang kat atas ni pulak jenis eyelet 2 layer

Kenapa dikatakan 2 layer?

Mula-mula hari tu, aku pun tak tahu..

ingatkan kalau 2 layer tu termasuk (sheer) day & night curtain   :p

rupanya mengikut kata tailor kak yus, 2 layer tu jahitan atas dan bawah langsir.

Ohh..nampak sangat tak pandai menjahit kan! 

wakaka

..............


So, setelah kami aku google style langsir2 idaman ni, aku mengajak Cik Pu ke Nagoya Sungai petani

Dah alang-alang ke sp untuk servey lampu & kipas hari tu, kita lajak sikit ke jam besar untuk ke nagoya

Ingatkan lepas nak pergi nagoya tu, bolehlah singgah sat ke Kamdar..tapi harremmm

Irdina dah buat perangai boring dia

Malahan, bukan Irdina je..bapak Irdina pun sama naik hantu

Adui..ni lah malas kalau p window shopping dengan kaum keluarga..

hasil tak memberangsangkan betul..

*hahaha*

So, dikesempatan kami ke nagoya sp hari tu, sempat jugaklah kami berangan nak langsir jenis yang mana..



kalau aku, aku ok je dengan kain corak belah kanan tu..

Asalkan tebal dan corak dia x serabut..


Kalau ikut Cik Pu, dia ok macam kat atas ni..

Dia pun sama macam aku..asalkan simple dah ok..tak serabut katanya..

Designer kan..of course la cerewet lebih kalau bab-bab corak & warna ni..

Aku ok saja.. :)

Pastu, naik tingkat atas...nampak kain semeter RM 5.00...wow!

Lagi murah...berkelip-kelip mata guwe

*hahaha*

Tapi, kau paham-paham la kan..kalau dah murah, pastinya kualiti dia kurang sikit 

- corak serabut & kain nipis

Tapi...aku ada ternampak kain yang memikat hati walaupun harganya RM 5.00

kain corak damask..not bad..Tapi, cik pu tak suka *buat muka hokeh!* 

Disebabkan dua orang budak ni dah muncung sedepa kebosanan, tak dapat aku nak bergambar dengan si kain langsir corak damask tu.. 

haish!

................


Selain kain langsir, mestilah kena ada rod & rail curtain jugak kan..

So, sambil menyelam marilah kita minum air..

Skodeng skali tang rod nya..





macam-macam jenis rod ada..

Kau cakap je nak jenis apa..metal? wooden? Aluminium?

Sediakan duit je la kan..hehe





Selain kain langsir & rod....roller blind pun ada..

Kalau-kalau teringin nak letak kat dapur ke kan :p

...........


So, langsir dah tahu dah nak bajet berapa....tinggal servey rod sikit lagi

rasanya kami akan servey ke kedai hardware pulak

Kita tengok berapa RM kena keluar...

*nanges*



Baca lebih lanjut : Our New Home Journey









Best ke belajar?


Setiap kali strangers tahu aku bekerja sambil belajar, mesti dorang macam kagum gila

*kagum sangat kan kaedahnya*

Soalannya....best ke bekerja sambil belajar ni?

...........


Student yang praktikal kat lab ni pun ramai yang tanya, "ok tak kak kerja sambil belajar?"

Aku selalu advise kat dorang..better belajar sampai phd dulu, baru carik kerja

kah kah kah

maksud phd tu, belajar sampai tahap kau nak dulu la..baru carik kerja

Kalau nak tunggu phd..jenuh nak mencari bakal husband 

keh keh keh

..............


Yes, best memang best jadik student semula..

Tapi, apabila hengkau dah kerja plus kawen plus dah jadi ibu, memang banyak sikit komitmentnya

Tapi, tak bermakna dengan adanya semua tu, kita tak boleh nak commit dengan belajar..

Dalam hal ni, komunikasi dengan husband & family sangat-sangat penting

Yang selalu menjadi perkara terbesar, sebab si husband terpaksa menjadi babysitter anak

Khususnya semasa kita berkursus intensif, masa ada kelas @ amali @ group work sabtu ahad.

Tak kira lagi kalau malam-malam terpaksa keluar jumpa groupmate - discuss kerja yang tak siap-siap kan..

...............


Tu belum lagi campur dengan kerenah kat tempat kerja..

Ada jugak yang tak paham dengan situasi cuti masa intensif sebulan kami

Padahal dorang tak tahu, yang kami bukan cuti saja-saja.

Kadang-kadang pukul 6.30 pagi - time orang berkeruh, kami dah keluar rumah nak ke usm

Kelas habis pukul 11.00 malam, pukul 12.30+ malam orang dah tidur baru sampai depan rumah.

- tu pun dikatanya kami syok cuti saja...

*huhuhu*

Nasib baik semua labmate & bos aku ok..alhamdulillah..

(hai bos......peace!)

*hahahaha*



Malah, bukan komunikasi je penting, dalam diri kita pun kena banyak sabar & tabah..

Kalau tak, jadilah macam aku masa sem 2 dulu..

*hahaha*

Aku nyaris-nyaris sem 2 dulu nak berhenti belajar pjj sebab masa tu tak berapa nak tinggi tabah dan sabarnya

Lebih-lebih lagi result sem 1 aku tak memberansangkan macam diploma dulu...

Dan dibandingkan dengan kengkawan yang lain..

*huhuhu*

memang down gila time tu..

Tapi, nasib baiklah ada kawan yang bagi moral support & dorongan untuk teruskan je

Dan....pk balik..

Time nak mintak belajar pjj mula-mula dulu....bukan senang..

Kena buat surat 2-3 salinan, hantar sana, hantar sini..kelulusan sana, kelulusan sini..

haish! Bukan senang...

So, aku teruskan dengan tema 'redah sajalah'

Alhamdulillah...tahun ni tahun @ sem ke-3 dah..

Dan bulan 9 ni, dah masuk last sem..

InshaAllah kalau takde pape, tahun depan dalam bulan 6 habislah pjj degree aku..

Sekarang tengah perlahan-lahan baik pulih cgpa yang telah drop disebabkan sem 1 dulu..

Hajat dihati nak dapat cgpa atleast 3 masa convo nanti

  Insha Allah...doakan ye kawan-kawan :)


..........



Dan yang paling best sekali apabila menjadi student ni adalah...............






Ya...bila dapat baucer buku RM250 dan kad diskaun siswa

*hehehe*

.........

Tapi...sampai ke hari ni, aku tak tahu nak beli apa lagi dengan baucer buku ni..

List dah ada..tapi semangat je belum sampai lagi
`

Lampu & Kipas Idaman


Semalam, lepas balik dari kelas tuisyen biostat aku terus ajak Cik Pu menservey apa yang patut untuk rumah baru kami

Disebabkan kebanyakan barang di Penang agak mahal, moh le kita ke Kedah..

Sungai Petani saja sudah.. :p

Nilah kelebihan orang duduk Kepala Batas..

Nak ke Penang turunlah kita ke tol selatan, nak ke kedah naiklah kita ke tol utara.

Hajat dihati nak ajak Cik Pu servey kipas & lampu.

Tapi, dah alang-alang keluar, kita servey la sekali batang rail & kain untuk langsir.

Tapi, bab langsir-langsir, kita cerita kemudian la ye kan.. 

:p

Sebenarnya sebelum ni pun aku dah p servey lampu & kipas ni..

Tapi bukan p dengan Cik Pu, tapi p dengan Nurul.

So, bila p kali ke 2 ni, aku dah ada sikit knowledge la pasal lampu & kipas ni kan..

Setakat ni...kedai yang kami jumpa paling murah & harga reasonable adalah...



Kedai Bright & Bright Enterprise ni la..

Kedai dia area Sungai petani utara. Dekat je dengan Tesco sp lama & Village Mall.

Keluar tol sungai petani utara, ambik kiri.

Kedai dia belakang Kedai kek Cinta Sayang sp tu.. :)

.................


Setakat ni, kami dah ada lampu yang berkenan di hati..

Tapi, masih boleh servey-servey lagi ni..

hik hik hik :)







Ya...untuk rumah baru ni, kami plan nak pasang lampu downlight.

Cik Pu kata kalau kita pakai downlight ni, style moden la sikit katanya..

Aku ok je..asalkan simple, moden & cantik..

kalau tak cantik, tak mau aku..haha

Padahal....yang utamanya jimat elektrik, tapi taknak diutamakan..apada!

(-_-')


Cik Pu minat design yang macam ni :





Not bad jugak design yang Cik Pu pilih...

Aku pun suka.. :)

Tapi, kalau nak murah...macam ni pun boleh :




Murah RM 0.50 kan...

Tapi, bila nak beli banyak-banyak, bukan ke jimat banyak jugak tu.. :)

huahuahua.

Tapi, kalau nak yang berkualiti sikit, standard steel, boleh la tukar fikiran beli yang macam ni :



Setakat yang aku servey ni, downlight ni hanya ada 2 saiz je - yakni 4" & 6".

So, bolehlah pilih mengikut kategori.

wakakaka.

..........................


Kalau dah kata nak pakai lampu downlight, of course la kena ada bulb-nya kan..

Sebelum ni, masa p servey dengan Nurul tu, banyak kedai yang suggest ambik Philip LED.

Tahan lama & jimat elektrik katanya..































Tapi, memandangkan 1 bulb 13watt pun dah harga RM40+, kau ingat...berapa RM yang kau nak kena keluarkan untuk satu rumah?

Kau pikirlah sendiri!

wahaha

Makanya, Cik Pu plan nak letak setengah bulb Philip LED, setengah bulb biasa 18watt

Dimana, tempat yang selalu akan lepak, cth : ruang tamu, ruang makan, mungkin akan pasang downlight saiz 6" dan bulb Philip LED.

Manakala, tempat yang tak lama sangat bukak lampu, cth : bilik tidur, bilik air, laluan depan bilik, kami akan pasang downlight saiz 4" dan bulb Philip biasa 18 watt.



Pape pun, kita tengoklah macam mana nanti....

:D


Next, kita tengok kipas pulak la..




Setakat ni, Cik Pu hanya nampak brand KDK

Dan kami dah plan..5 kipas akan dipasang setiap tempat kecuali dapur

Dapur dah kecik, kau nak letak kat mana? Atas kepala?

haha.

So, 2 bilik belakang mungkin KDK yang basic tu..

(Basic basic pun dah dalam RM140+ satu kan..)

Dan yang 3 selebihnya masih pending lagi..

takde idea

Ingat nanti bila balik rawang nak p servey kedai lampu House Lightings kat Puchong - kedai yang ramai blogger cakap murah tu..

Bila dah p nanti, aku cerita lain la ye!



Baca lebih lanjut : Our New Home Journey