Nasi ambang

Bagi orang orang Johor aku pasti kalian kalian semua mesti dah tak heran kalau cerita pasal makan nasi ambang nasi ambang ni kan..?

Tapi tidak bagi aku yang first time makan!

Dia punya feel...tak boleh nak cakap..maveloussss!

Bukan saja resepi dia yang best..tapi, cara duduk ramai ramai tu yang unik tu..

Kenapa?

Tak percaya ke?

Jom enjoy tengok picture2 ni. Picture can described many than words!





Malam Berinai cousin - Ekin & Bakri

kan semalam semalam semalam aku ada cakap nak tengok orang kawen kan. CERITA INI

Ni sebahagian hasil tangkapan pemburuan aku tempoh hari..

Gambar tak cantik, mintak maaf.

Aku penembak amatur yang tak dibayar gaji.  heh heh heh!

semoga berbahagia engkorang! cepat cepat sikit bagi anak buah kat aku..haha


pelamin + hantaran

pakej : pelamin + hantaran + fotografer profesional..  eh, betul ke aku eja ni?

zoom in hantaran

sepupu + anak buah

sepupu sepapat


anak anak jin di malam berinai..sapa la yang ajar tu...?   heh heh heh

dari sudut yang berlainan - tangga kejayaan!






nak tengok lagi?

ok.

kalau kerajinan bertambah lagi, aku upload picture makan nasik ambang dengan persandingan pulak.



Extended cuti

semalam aku extended cuti sehari lagi.

terpaksa ambik EL.

terketak ketak jugak nak telefon bos pagi semalam.

Tapi, Alhamdulillah bos bagi lampu hijau.

Kalau tak, takkan aku sampai penang pagi ni..ye dak?





kalau aku rajin esok esok, aku masukkan gambar cousin aku kawen.

Ala..yang kat Johor tu la..    BACA INI

dan lagi..

kalau rajin rajin, esok esok aku cerita kenapa aku extended cuti.





tapi..

tu semua kalau aku "rajin"   "rajin"  la ye.

heh heh heh


jumlah cuti 2010

























baki tahun ni ada 19 hari lagi...jom cuti beramai ramai start esok.

kita ronda ronda negeri Johor ke.

tengok tengok orang kahwin.

Selasa next week kita kerja balik..

amacam?    ada berani?




~heh heh heh~        jangan jelous!

kerja kosong

pernah tak korang rasa satu masa tu, korang macam dah tak semangat nak kerja?

pernah tak korang rasa nak berenti kerja, then buat benda lain?

benda lain tu macam..belajar full time ke, kerja tempat lain yang lebih selesa ke..bukak bisnes ke..

korang pernah tak rasa macam tu? pernah tak?  huhuhu.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Di satu hari selasa yang damai, aman, nyaman lagi tenang,
Kami, sekumpulan pekerja yang selama ini bekerja dengan ikhlasnya, bekerja seperti biasa dalam lab.
Buat buat ada kerja walaupun kadang kadang hakikatnya tiada.

Tiba-tiba...

Persekitaran bekerja kami terpaksa bertukar ke wajah baru. (baru tak semestinya cantik).
Daripada mood happy bekerja, semangat itu hilang langsung.
Rasa mahu berhenti serta merta 24 jam tanpa notis.

Macamana nak bekerja kalau lab kami dikelilingi partition / cubical meja meja bos?
Tiba tiba mood bekerja ikhlas kerana Allah yang aku ada selama ni dah jadi takde.
Dan semangat berkobar kobar datang ke tempat kerja pada setiap hari merundum serta merta.
Tak tahu hilang ke mana.
Daripada aku seorang yang "agak" rajin, bertukar menjadi malas serta merta.
kenapa mereka mereka macam tak percaya kami?


xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

korang ada kerja kosong tak kat luar sana?

aku nak apply.

jadik suri rumah tangga sepenuh masa pun takpe..aku sanggup!

muehehe.

SI DIA balik beraya

Ingatkan SI DIA tak balik beraya tahun ni.
Sebab si dia telefon mak bagitahu tak dapat pelepasan balik raya.
Sedih rasanya kalau ahli keluarga tak cukup bila tiba pagi raya ni.
Last last dia balik buat surprise.
Mak dengan ayah aku melompat lompat terkejut kegembiraan keterujaan..
Nasib baik dorang takde sakit jantung..haissh budak itu!

Ni first time dia balik rumah setelah dia tak balik balik dari bulan Mac aritu.
Dan ni first time jugaklah aku tengok dia balik jadik orang. (selama ni dia sekutu syetooon..haha!)
Time dia cuti tu, banyak cerita pengalaman dia duduk dalam kem terbongkar.
Dari 800+ orang pada awalnya jadi 100+ orang sekarang.
Ada jugak yang disahkan gila dan dihantar balik..dan macam macam lagi.

Dan..
kami sekeluarga tak sabar sabar nak tunggu sampai 9 Oktober ni.
Time tu aku nak tengok dia betul betul keluar jadi orang..yeaaaaahu!





Alololo..ini budak budget sangat macho..padahal langsung tak!

Dan.......ini budak paling sopan di dunia...

hahaha!

(rasa macam nak pancung diri sendiri)


selera sudah hilang

Masa time aku balik raya hari tu. semua  orang kampung tegur.

eh eh..ko nampak kurus la...

lor..balik sebelum ni rasanya berisi sikit.

berat berapa ni? bmi cukup ke?

makan sikit sangat ke? kurus je nampak.

kat sana tak cukup makan ke? 

Mak aku pun ada komplain jugak.

Mak masak penat penat, kau bukan nak makan sangat.

Anak orang lain tu mak tengok, mak dorang masak, suka je makan makan.

Kau macam ni, mak nak masak pun jadi lemah.

kalau komplain kat aku sorang je takpe..boleh terima lagi.

Ni siap mengadu kat jiran jiran tetangga..haissh!

kepoci jugak mak aku ni...sebijik macam anak dia..hahaha!

Tak lupa jugak, kat Teah (hosmet aku) pun mak aku mengadu.

Ish..acik masak masak, dia bukan nak makan.

Malas acik nak masak beria sangat.

Yang si Teah pun mengiakan.

Aah la cik..dulu dia sama je selera dengan saya, makan banyak.

Sekarang ni dah tak dah. Dia makan sikit je.

Ait..sama sama naik dengan mak aku nampak..haisssh!

Yang sebenarnya aku sendiri pun tak tahulah..ke mana selera itu hilang.
Kalau masa belajar dulu, siapa tak kenal missdicup?
Budak pompuan muka brutal makan banyak.
kalau beli nasik, nak banyak banyak. kalau lauk pun, nak banyak banyak jugak.
Senang cerita, perkataan banyak tu tak pernah lekang kat mulut aku.
Tak cukup nasik se-polistrin, boleh aci cedok nasik kat polistrin orang sebelah.
Orang sebelah pun dah tak kisah. Sebab dorang dah biasa.

Nak kata ada banyak masalah, takde pulak.
nak kata gaduh dengan pakwe, aku dengan cik pu ok je.
nak kata aku banyak berfikir..apa yang aku fikir?
ke..ni memang simptom simptom orang nak jadi kaya?


hahaha!

penyebok oh penyebok

grrrrrrr..geram geram geram http://www.smileycodes.info
Nasib baik kerajaan dah tetapkan bagi sesiapa yang membunuh, hukuman gantung akan dikenakan...Kalau tak..dah lama dah masuk surat khabar ada satu mayat lelaki kat depan lab aku ni..haissh! geram!

cerita dia macam ni.

Untuk pengetahuan semua, minggu ni ada sekumpulan student mrsm form 4 dan cikgunya datang tumpang lab buat projek eksperimen dorang. Next month dorang ada pertandingan. Buat perbandingan apa ntah. kejap kejap kumuh kumuh pakai sireh, kejap kejap kumuh pakai bunga cengkih, macam macam la..pastu culture atas agar (kalau nak cerita kang, panjang sangat). Kitorang sebagai KAKITANGAN lab ni, seharusnya dipertugaskan untuk bantu membantu mana yang patut. Tengok menengok apa yang perlu...Ok, fine. Kerja dorang berjalan lancar. Kerja kami yang tengok tengok ni pun berjalan lancar.

Tapi....yang jadi tak lancarnya, apabila...

Ada la sorang mamat yang bukan KAKITANGAN lab ni yang dah memang selalu selalu datang lab ni. Aku tak nak cerita dia tu siapa dan dia selalu buat apa kat sini, tu biarlah hanya Allah dan orang orang tertentu je yang tahu. Dia ni..tiba tiba je cakap, mengeluarkan arahan, meng-argue macam dialah lecturer. Pung pang pung pang macam dialah bos besar kami. Padahal, dia tak tahu ke yang cikgu dan budak budak tu dah pernah meeting dengan bos besar kami (lecturer) banyak kali? Dia tak tahu ke yang procedure procedure tu pun, bos kami yang syorkan. Dan mamat ni hanya bercakap berdasarkan pengalaman dia..Eeee..tak malu ke?

Ok, yang bab bab argue meng-argue tu, aku dah bengang dah. pastu..tambah pulak bab demo mendemo ni. Aku tak kisah je kalau kau nak tunjuk kau teror ke, kau cuba nak jadi dominant ke kan. Tapi, bila dah masuk bab nak kondem kondem dan jatuhkan orang lain ni..ni yang aku tak berapa suka ni. Padahal kau buat streaking pun fail! Cakap je lebih!

Dan...

Sampai time rehat pukul 2pm tadi, bos yang sorang lagi datang kat aku. Mengadu benda yang sama..huhu..Aku ingatkan aku sorang je yang terasa macam tu..Rupanya ada jugak yang terasa tempias..Dunia oh dunia! Tolonglah bawak mamat penyebok tu ke tempat lain sebelum aku gantung dia kat pokok luar sana tu!

eh..apsal sampai time balik pun, mamat penyebok tu still ada kat lab aku ni?  memang nak kena la ni!
http://www.smileycodes.info grrrrrrr!


sms tak tersilap

agak-agak korang, boleh tak kita hantar sms kat bf kita sms yang berunsur tersilap tersilap hantar tapi sebenarnya tak silap lansung..boleh tak? boleh tak? macam psycho ke? huhu.


xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx



Pada satu hari yang boring tahap cipan yang gaban, aku dah tak tahu nak buat apa.
Lalu, aku tergatal-gatal tangan membuat satu sms palsu.



Missdicup : xkot..i rasa i dah xblh jmpe u lg mcm dlu2..sowi..

Cik Pu : http://www.smileycodes.info (emoticon terkejut..haha!)


pastu...aku balas.


Missdicup : Haiissh..sowi2.silap..huhu

Cik Pu : kamu nak hantar mesej kat sapa ni? http://www.smileycodes.info (emoticon marah)

Missdicup : takde sapa2..nak hantar kat member..huhu.


xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx




aku harap dia tak marah..
sumpah...aku tengah boring time tu!  takde langsung unsur unsur nak curang..

kesian dia terpaksa layan kerenah giler aku!
mintaf maaf, selamat hari raya! muehehe


kad ucapan raya 2010

Assalamualaikum....dan salam sejahtera.



ok tak kad raya macam ni?

Jangan tanya kenapa. ni aku senaraikan beberapa faktor utama :

1. budget tahun ni paras paras hidung.
2. aku malas nak pergi pejabat pos.
3. aku malas nak tampal stem guna air liur.
4. kad ni free je...muehehe!

Kepada semua kawan kawan, pembaca setia, tak setia-baca sesekali je, tukang klik iklan nuffnang, silent reader, stalker, mahupun sesiapa..dikesempatan ni aku dengan rasa rendah dirinya ingin memohon seribu kemaafan andai selama aku berblog, aku ada menyentapkan perasaan korang, ada yang terasa cili bohnya, terkena pedasnya, aku mintak maaf. Maklumlah, aku insan biasa yang kadang kadang suka hati je tekan keyboard tanpa berfikir.

Dikesempatan ni, aku mendoakan supaya pemandu dan pembonceng di Malaysia selamat pulang ke kampung halaman / pergi ke tempat yang dituju. Makan ketupat rendang ayam daging, jangan lupa jaga kesihatan sama. Nanti ada jugak yang kena ambik gambar "sebelum" dan "selepas"...hahaha!

Rasanya ni entry last sebelum raya. kalau ada entry lagi lepas ni, anggaplah macam takde. haha! seminggu lepas raya, kita jumpa lagi dengan cerita lain pulak ye...papai!


Selamat Hari Raya Aidilfitri semua...i luv u!

Langkah pertama

hari ini mata sedikit layu dan kuyu.
tiada projek membuat kuih raya mahupun menjahit baju raya.
mungkin faktor feeling raya dah sampai, tapi masih perlu bekerja..
ditinggalkan keseorangan di tempat kerja.haisssh!
sebenarnya semalam aku ke Utara. Rumah cik pu.
sila jangan buat buat terkejut.
tambah lagi. dia tertinggal kunci di Utara. terpaksa patah balik.
dan kami pulang lewat ke rumah..

sekali lagi. Aku ingatkan mimpi..haha!
tapi bila bangun pagi tadi, tengok atas meja ada kuih raya yang adik dia buat,
aku rasa ini bukan mimpi.

Ya Allah ya Tuhanku,
Jika dia adalah jodohku, Kau dekatkanlah hatinya dengan hatiku.
Jika dia bukan milikku, Kau berikanlah dia penganti yang lebih baik dari aku.
dan Kau berikanlah aku insan yang boleh membimbingku ke jalanMu Ya Allah.



sekian.

Aktiviti kecut perut (sebelum)

Tinggal lagi 2 hari untuk ke aktiviti kecut perut. Dari isnin hari tu aku dok membilang hari. Siap masuk entry lagi. kenapa, tak percaya...? sila lihat siaran ulangan ini. Eh, silap. bukan dari isnin aku kira. Rabu minggu lepas lagi. aku lupa. (masalah orang-orang tua..uhuk.)

Makin dikira, makin diingat, makin dibayangkan, makin aku sakit perut jadinya. Tiba-tiba kepala tak serabut, jadi serabut. Perut yang buncit, dah jadi kecut. Hati yang tenang, bertukar menjadi tegang. Ni gara-gara nak tolong kawan punya pasallah ni. hadoyai. Ingatkan dia cakap main-main je. Rupanya betul-betul pulak.

Benda ni terjadi macam ni. kan dulu masa TOT tu aku pernah jadi maskot kan. Korang tak baca entry tu? haish..sila ke cerita maskot ulangan ni. Aku mintalah kat Alang semua gambar yang berkaitan dengan maskot tu. Saja sebab aku nak buat koleksi. (padahal nak menyusahkan Alang..hahaha). Last-last dengan aku-aku sekali dah tersusah. Dia send gambar maskot tu dengan meseg susah dia ni :

alang nak minta jadi model leh tak?
untuk alang buat fotpolia photographer alang ..
 
Aiyoooo mak. Tolonglah. Sekarang ni aku tengah kecut perutlah ni. macam mana nak kena posing?
 
 
dengan muncung panjang kah?
 
 
dengan lenggok ala-ala tarian sumazau kah?
(sila abaikan latar belakang gambar ni. semua tu bukan aku punya)


kena buat muka macam teddy bear kah?
 
 
Ishk..yang ni tak boleh..tak berapa nak sopan..


ke kena buat ala-ala mak datin ke?


kalau macam ni boleh tak?


kalau posing macam ni, kena bawa banyak beg la gamaknya..
(sila jangan pandang mata saya - masa ni tengah usha mamat mana ntah..hahaha)


macam ni kah?
kalau ni, kena pergi pulau la pulak..

ishk..ishk..yang ni pun kurang sopan..
nanti tak pasal-pasal kena reject dengan mak mertua..


hmmm..kalau macam ni, ok tak?


kalau susah-susah sangat..macam ni je la terus..senang sikit.
orang tak nampak la aku tengah tahan malu..hahaha


Rentetan surprise party cik pu

ok..semalam semalam aku bekerja sorang sorang menjayakan surprise party yang dibuat khas untuk cik pu ni..Ramai jugak yang datang. Antaranya aku, cik pu dan pemandu pemandu jalan raya yang lain..hahaha!

off jumaat & ahad

lupa nak bagitahu hari tu.
aku amik off jumaat & sabtu.

sebab utama?   oooh..banyak..
antaranya :

1. nak regain energy yang hilang minggu lepas - shopping sampai lebam tu.
2. tiba tiba aku terasa macam malas nak pergi kerja. muehehe..
3. sekali sekali nak rasa jugak gaya hidup suri rumah sepenuh masa macamana kan..
4. nak simpan tenaga nak shopping kat penang pulak - hari sabtu lepas.
5. off & cuti aku ada melambak lambak lagi. sapa nak beli? angkat tangan!
6. nak bagi officemate & bos rindu kat aku - alasan terbaik!
7. nak kena buat preparation mental & fizikal untuk surprise bessday party cik pu.
8. kena pergi beli hadiah cik pu sorang sorang - time ni dia kata aku tido! hahaha!
9. nak kena masak kek bessday cik pu..haisssh!  1st time ni.
(nanti aku cerita dalam entry lain. cara cara nak buat kek carrot cheese dengan penuh kasih sayang..hahaha!)
10. nak amik feeling mood raya.


ok tak alasan aku?
10 dah cukup la tu kan..nak lagi?


pk sendiri!

survey survey hadiah

agak agak korang..
kalau lelaki punya bessday patut bagi apa ek?
lelaki yang jenis lelaki melayu sejati ni..? bukan gay ke apa..
runsing aku memikirkannya..bessday nak nak dekat..hadiah yilek lagi..huhu

yang dalam kepala hotak ni cuma ada benda ni je..

bunga api

kisah ni berlaku lebih kurang dalam 20 tahun yang lalu.
kisah ni mak yang cerita balik kat aku. nenek yang cerita kat dia.
ada satu malam raya ni. masa tu umur aku 3-4 tahun. budak hingusan lagi.
pergi mana mana pun bantal busuk tak tinggal.

shopping sampai lebam

yeah..dik non dik non..semalam kan cuti deknon deknon..
orang merdeka, kita pun merdeka jugak.
tapi merdeka aku nya kat shopping complex lagi..ngehehe.
hari tu dengan perempuan perempuan gagah.
tapi semalam dengan lelaki tak berapa nak gagah, cik pu..ngehehe.
ye..kenapa aku kata beliau tak gagah?
kerana.....hari ni dia dah jatuh sakit!   
pergi kerja stoking warnanya lain sebelah hari ini....hahaha..
eh, tak baik gelakkan orang sakit...  kah kah kah