Hari sedih sedunia

Assalamualaikum & salam sejahtera semua..

Hari ni dan semalam aku klasifikasikan sebagai hari sedih sedunia. Aku tak tahulah orang lain macam mana. Tapi aku memang rasa sedih semacam. Air mata pun mudah je menitis ke bumi (cecece..menitis ke bumi tu ayat aku). Tak tahulah angkara hormon ataupun faktor lain?

Semalam time malam dok menangis dengan Cik Pu. Padahal aku tak tahu pun sebab apa. Takde punca..heehee..Tiba-tiba rasa sedih pastu terus menangis teresak-esak. Agaknya apalah perasaan Cik Pu. Tiba-tiba je aku menangis. Gila ke apa budak ni? hahaha! Tapi kan tapi kan. Cik Pu tu layankan je aku. (-.-')

Petang-petang tadi pun sama. Aku sekarang ni dah minat giler babi dan jatuh hati lentok bagai sama itu Encik Hafiz. Haip haip haip. Cik Pu sila jangan jelous ye. Encik Hafiz yang nyanyi lagu Awan Nano tu ye. Encik Hafiz AF. Petang tadi time takde kerja tu la. Aku bukak youtube tengok klip video Awan Nano. Meleleh jugak tangkap lentok. Encik hafiz ni pun satu. Kalau nak nyanyi pun, nyanyi la lagu yang gumbira hooray hooray. Ni tak. Asik sedih je. Asik pasal mati je. Kali ni Awan Nano pasal ayah pulak..Haish! Aku ni dah la tak boleh bila cerita-cerita sedih pasal mak ayah ni. Memang sadis habis la. Korang tengok sini kalau nak nangis jugak ye..  T_T

Dan petang sebelum balik kerja tadi ada satu lagi kes. Si Sharon Anne, kawan aku tu. Dia dah nak berhenti kerja. Hari ni dia last-day kat sini. Datang jumpa kami kat lab peluk cium ucap selamat tinggal. Tiba-tiba aku rasa kehilangan sorang kawan yang super gila baik. Lepas ni takde sape la yang aku boleh peluk-peluk time jalan pergi makan. Takde sape la yang aku boleh pegang-pegang tangan sambil jalan-jalan. Sambil kena phewit-phewit dengan abang jalanan. Takde sape la. Sedihnya...  T_T

Dan kemudian malamnya pulak. Sorang member aku ditimpa berbagai-bagai masalah. Kesian dia. Aku sebagai kawan haruslah menjadi pendengar yang setia. Yelah, benda lain dah tak boleh nak tolong. Hal peribadi orang kan. Kira tu pun jadilah. Harap-harap dengan melepaskan semua perasaan bercerita dia kat aku tu, dapatlah dia melapangkan sikit dada. (erk?). Apa yang aku dapat tolong, aku tolong, InsyaAllah. Sekarang ni buat sementara waktu dia tumpang umah aku dalam tempoh 2 minggu maybe? Ok jugak. Ada la teman housemate merangkap roommate kan..heehee..Boleh borak-borak. Taklah sunyi sangat.  :-')

Harap-harap lepas ni takdelah hari sedih sedunia macam ni lagi ye. (-.-'). Kalau ada pun, kita anggaplah semua tu ujian & dugaan daripada Allah swt kepada hambaNya. Dan anggaplah mungkin akan datang hari bahagia selepas hari duka ni..

Hochaik! hochaik!




Akibat pakai mouth guard

Assalamualaikum & salam sejahtera semua..

Entry kali ni aku nak cerita pasal akibat pakai mouth guard. Akibat tu tak la akibat sangat. Tapi lebih kepada perasaan & emosi semata-mata..First time la katakan..hehe! (-.-') . Hari ni masuk malam kedua dah aku pakai mouth guard ni.

Haish. Susahlah nak membebel dalam bentuk karangan. Aku list-kan satu-satu la ye.. :-')

1) Masa malam pertama pakai gigi plastik tu (mouth guard), masa mula-mula aku nak pakai tu ada la lebih kurang tiga empat kali jugak la aku termuntah-muntah. Rasa tak biasa sangat. Rasa macam kena jadi pelakon dalam cerita Halimah Jonggang. Tiba-tiba rasa memiliki gigi besar rumah.. T_T

2) Mula-mula tu tak dapat tidur. Mulut tak dapat tutup dengan sempurna. haih!

3) Disebabkan mulut tak dapat ditutup dengan sempurna, aku rasa masa tidur tu mesti banyak peta akan dihasilkan. Air liur meleleh-leleh keluar dari mulut tanpa disedari -tu aku rasa la kan..haha! (mintak-mintaklah tak). Kalau ye, malulah aku dengan bakal suami.. (keh keh keh).

4) Kalau kebiasaannya, sebelum tidur aku akan bercakap dengan Cik Pu dalam telipon. Tak Cik Pu telipon aku, aku akan telepon Cik Pu. Dah nama pun bercakap sebelum tidur kan. Of course la tutup lampu bagai disulami feeling-feeling nak tidur. Dan semenjak dah pakai gigi plastik ni, aku gagahkan jugak bercakap dengan kadar sempurna. LOL. Kalau tak gagahkan, aku rasa aku bercakap macam budak tadika. Pelat! Korang bayangkan macam pakai gigi plastik hantu 20sen tu je la..macam mana?  Tak selesa kan?

5) Puan Emak pernah tanya aku. Pakai gigi plastik masa tidur ni tak tertelan ke nanti? T_T Aku ketawa berdekah-dekah sampai nak mati. LOL. Hai Puan Emak, kalau ye pun jangan la menakutkan aku sampai macam tu sekali. LOL. Ada ke sampai tertelan? Takdelah! Mouth guard tu betul-betul ikut acuan gigi kitalah..mana boleh tertelan..Kalau tertelan jugak, sendiri carik nahas la tu..hahaha!

6) Walaupun susah nak tidur atas sebab gangguan pemakaian mouth guard ni, aku tabahkan jugak hati. Malam-malam sebelum nak tidur tu, aku bisik pada hati - ni semua untuk kebaikan diri sendiri, untuk kesihatan aku. Then semua jadik macam biasa. Aku percaya - apa yang kepala hotak kau dah programkan, tentulah anggota lain akan ikut. Aku positive-kan diri!

7) Pada siapa-siapa yang bakal pakai mouth guard tu, buat relax je..jangan takut tak selesa. Mula-mula tu memanglah tak selesa. Tapi bila dah lama-lama tu, ok je..Rasa macam seronok pulak bila pakai. kalau tak pakai, rasa macam tak best..LOL (dah terbalik dari normal)..hahaha!


Eh eh, Halimah Jonggang tu pakai apa ek? Mouth guard jugak ke? 


Kenapa Isnin?

Assalamualaikum & salam sejahtera semua...

Wow wow wow. Lagi 17 hari ok. Dup dap dup dap jantung aku. Hari nak dekat dah. Kurang 20 hari je lagi. Mak pulak boleh dikatakan hari-hari mesej & tepon tanya hantaran dah siap ke belum. Adik pun selalu je mesej aku. Tanya macam mana projek 14 Mac aku. ok ke tak, ok ke tak. Hantaran dok belonggok kat ruang tamu rumah sewa tu. Hari-hari dok tengok. Tu yang aku rasa makan tak kenyang, mandi tak basah tu kot (erk?).

Kad undangan sampai hari ni aku tak bagi-bagi lagi. Si labmate dah tanya-tanya dah. Mana kad mana kad. Aku terpaksa kata sekarang ni bz. Tak sempat lagi nak siapkan. (eh eh..memang betul pun Cik Pu bz). Dia pun satu. Tak menyempat-nyempat haih nak kad. Nanti-nanti la. Banyak hari lagi. Bukan ko nak pergi esok pun kan. (kalau dia tahu aku kutuk dia ni, mampus la aku! heh!)

Pasal hari pun satu hal jugak ni. Napa ramai sangat yang tanya. Kenapa buat hari Isnin?

kenapa? salah ke kami buat hari Isnin? Tak kan..? Lagi pun time tu minggu pertama cuti sekolah la. Bolehlah datang ramai-ramai bawak anak makan-makan free. Kami memang saja buat hari Isnin. Nak bersedekah kat anak-anak. (eh?). tipu tipu. Kami terpaksa buat hari Isnin sebab pakcik Pu korang bz sabtu & ahad sebelumnya tu. Dia kena amik gambar wedding orang. Tapi ok apa. Aku baca ada 1 majalah pengantin tu, dia kata kalau ikut adat melayu, hari-hari yang baik pergi merisik termasuk hari Isnin - Isnin, Khamis, Jumaat.

So, ok la kan? No big deal. Jom datang ramai-ramai ye. Jangan lupa bawak anak-anak sekali. Tapi kepada yang aku tak jemput & tak bagitahu tu. Aku mintak maaf banyak-banyak. Bukan tak nak jemput. Bukan tak nak bagitahu. Aku terpaksa jaga hati semua orang. Lagipun ni just risik & tunang je. Bukan kawen pun. InsyaAllah kawen nanti aku jemput semua ye. Baru surprise kan? 



Arts

Assalamualaikum & hai semua...

Adalah satu hari ni kan. Aku dah bosan giler. Kerja semua dah siap dan tak tahu dah nak buat apa. Aku try la bukak beberapa laman web pasal arts ni. Tengok-tengok hasil seni karya orang.  Terkagum aku dengan keindahan setiap karya. Boleh buat duit lagi. Tulah orang kata, kalau dah kreatif tu, buat apa je mesti menjadi. Ada je orang nak bayar hasil karya tersebut. I'm adored it!




 Doodles hasil karya Azreen chan. Orang Malaysia kita!




Aku tak tahu dari mana. Baru nak siasat, web dia kena blocked..haih!




Amigurumi doll hasil karya giggle stuff dari Canada.



kiut-kiut je kan..

Sudah dapat mouth guard

Assalamualaikum & salam sejahtera semua...

Hari ni secara drastiknya aku terus pergi klinik gigi setelah kakak nurse gigi cantik telefon aku semalam.
Sangat-sangat excited & sangat-sangat teruja (eh, bukan sama ke?) bila dapat tahu yang mouth guard tu akan jadik milik aku sepenuhnya hari ni.
Seorang ahli tinju / ragbi wanita cantik akan dilahirkan.
Oh yeah!  (_I_)


Mouth guard transparent


Rasa macam pakai gigi taring 20sen masa zaman kecik-kecik dulu.

Atleast start malam ni takde siapa boleh komplen aku tido bbunyik lagi.
Kalau bbunyik skali pun, bukan dari aku la ye.
kui kui kui


Dah dah dah..Tak payah la korang tenung lama-lama..
Aku tahulah buruk. malu weh..malu!  (-.-')



Theme Tunang

Assalamualaikum & salam sejahtera semua..

Utk tema tunang, sebenarnya aku nak buat colour ala-ala pink.
Tapi disebabkan Wan (panggilan utk nenek aku) dah sediakan alas warna kuning ala-ala di Raja, haruslah pakaikan saje.
Tak payah ko nak demanding sangat.
Lagi pun aku pk tunang je kan.
Bukan kawen pun. Save budget sikit.
Cuma keluarkan tenaga utk carik kain alas tu dalam almari & campak masuk dalam bag dan bawak ke Rawang. Done!
Tak susah.
Ko bayangkanlah dari pink ke kuning.
Macam mana tu?

Tapi takpe weh.
Aku punya dress ada kaler ala-ala kuning krim. So, in la kan dengan tema. (nak sedapkan hati punya pasal)


sangat teruja ok   >.<

kasut dia...awsem! meleleh air liur.  (-.-')

 sila jangan tengok lama-lama

Takkan nak suruh Encik Ayah tukar atap rumah pulak?

fokus pada kek...nyum nyum nyum..lapar!  T_T

Tunang je kan?

tambah hitam pun ok.

Pengapit kaler kuning?
wowowow..macam best je..apa kata kita try nak?  heeee (*_*)


Nanti kita sambung lagi ye!



Projek 14 Mac 2011

Assalamualaikum & salam sejahtera..

Aku tak tahu nak start dari mana.
korang layankan jelah ye.

Masuk tahun baru hari tu, aku & cik Pu buat one step forward dalam perhubungan kami.
Dia bercadang nak bawak family dia jumpa family aku.
Mula-mula tu, kalau ikut cadangan aku, aku just suruh cik Pu datang merisik je.
Tak payah bertunang-bertunang ni.
Jimat cost pun jimat. Mudah pun mudah.

Memandangkan ayah aku bercadang nak ikut adat jugak, aku pun terpaksa akur.
Cik Pu? Dia tu jenis tak kisah.
Bertunang pun bagus. Tak bertunang pun takpe.
Pendek kata, dia serahkan pada pihak aku.
Memandangkan aku akan dirisik & ditunangkan, ayah request 2 cincin.
Merisik satu. Bertunang satu.
Haissh..demand jugak Encik Ayah ni.

Sebenarnya orang pertama aku bagitahu benda ni adalah bff aku.
Niena Shalim nama dia.
Dia ni bff aku dari tingkatan 2 lagi.
Dan kalau korang nak tahu, dia jugaklah pakar motivasi aku.
Dia bagitahu aku macam mana nak slow talk dengan si buah hati yang jenis "cool" ni.
Amik course kaunseling kat upsi-lah katakan...mestilah teror..ye tak?


To be continued..

Tarik nafas & pause

Assalamualaikum & salam sejahtera

Memandangkan atas beberapa faktor yang tak dapat nak dielakkan, aku dengan ini nak bagitahu kat korang semua..pembaca-pembaca & stalker-stalker (kalau ada la..hehe), Coklet Hitam akan di-private-kan buat sementara waktu start esok (mungkin?). Kiranya ni last entry sebelum aku private-lah. Aku mintak maaf banyak-banyak atas segala kesulitan yang berlaku.

Selain faktor skill menulis di blog dah makin berkurang, tak dinafikan faktor - bukan semua benda boleh diceritakan di sini buat masa ni - jugak memainkan peranan penting. Biarlah semuanya selesai dengan jayanya dulu, kemudian aku akan bercerita satu persatu dengan hati terbuka dan bukak balik untuk bacaan public. Tu pun kalau korang nak baca la..huk huk huk!

Sebenarnya banyak benda yang aku nak share. Banyak benda yang aku nak kongsi. Tapi kadang-kadang situasi & keadaan yang tak mengizinkan demi menjaga hati-hati di luar sana. Sensitiviti pihak lain pun kita kena jaga jugak kan. Adatlah hidup bermasyarakat. Dunia blog sekarang bukan macam dunia blog dulu-dulu dah. Tu yang kadang-kadang membuatkan aku feed-up untuk bercerita & berkongsi dengan semua.

Sementara aku bukak ni, korang bolehlah review mana-mana entry yang korang suka. Tak pun kalau nak bahan aku ke, sila komen secara laju kat entry ni. (segala pujukan dan rayuan takkan membuatkan aku cair untuk tak menekan button private-kan blog ye..hehe)..Sekali lagi aku mintak maaf atas segala kesulitan. Kalau ada jodoh nanti, kita jumpa lagi ye..I will miss u guys...!  papai!


Yang ikhlas menulis sejak 20/7/2008,


Acuan mouth guard

Assalamualaikum & salam sejahtera semua.

Seperti yang korang tahu, hari ni aku ke klinik gigi pulak. Macam yang dah di-appointment-kan oleh kakak Nurse gigi yang cantik-cantik tu. :p Tiba-tiba rasa gementar pulak bila membayangkan start malam ni aku dah kena pakai mouth guard. Macam manalah rupanya nanti. Cantik-kah? Lawa-kah? ataupun hodoh-kah? 

Woi..tido pun nak cantik ke?

sorry sorry. Aku merapu. Next!

Ingatkan hari ni dah dapat Mouth guard pujaan hati tu. Rupa-rupanya sebelum mouth guard tu jadi hak milik kita, kita kena ukur dulu. Kira kena buat macam acuan dulu la..mengikut gigi kita. (takkan nak ikut gigi kakak nurse tu pulak, ye tak?). Tak sangka pulak benda tu boleh buat aku nangis & rasa nak muntah.

Korang x rasa apa yang aku rasa..bolehlah gelakkan..ceit!

Ok ok..nak rasa jugak? Jom!

Cuma korang boleh bayangkan jelah kan.. (-.-')

Tutup mata semua..tarik nafas..amik aura fealing-fealing masuk klinik gigi yang sejuk tu.

Pastu tibe-tibe kakak nurse gigi cantik tu panggil nama korang.

Joyah Johari!   (bukan nama sebenar)

Masuk bilik No. 3 & baring atas kerusi gigi tu.

Dokter datang. Bukak mulut besar-besar. Dokter masukkan "benda" berwarna unggu dalam mulut.


"Benda" tu lebih kurang macam ni

Tapi "benda" tu ada pemegang kat depan.

Sebelum Dokter masukkan "benda" tu tadi, sorang kakak nurse cantik yang lain tolong fill in-kan sesuatu kat "benda" tu.

Filling dia macam ni tapi penuh-sepenuh-penuhnya.

Lepas tu Dokter tekap kat semua gigi bawah diikuti dengan semua gigi atas. Then tunggu sampai filling tu keras ikut susunan gigi aku. Rasa macam chewing gum pun ada..nasib baik x tertelan...hahaha!  :D

Masa turn gigi bawah tu relax lagi. Dokter tanya rasa nak muntah x? Aku riak jawab tak!

Masa gigi yang atas tu..perggh..menangis..nak muntah..semua ada. naik semua tangan-tangan, kaki-kaki aku nak tepis Dokter tu. Rasa macam tekak kena godok..kau bayangkanlah!  T_T

Dokter terpaksa buat 2x utk dapatkan tekap-an yang betul & cantik. (-.-')


Bentuk filling tu lebih kurang macam ni la jadinya bila dah keras.
Cuma kaler filling tu sebelum masuk mulut aku nampak macam pale purple.
Keluar dari mulut jadi kaler putih pulak.
Ke aku yang salah tengok?  (korang consider la aku pesakit bruxism weh..hahaha!)

Setelah keluar air mata dara, peluh jantan mak, air liur meleleh-leleh & semua air yang ada, siaplah proses membuat acuan mouth guard tu.

Scalling x dapat dijalankan hari ni. Terpaksa tangguh ke hari lain. Hari dimana mouth guard tu akan di-issued-kan kat aku... T_T  Nampaknya gigi masih x brapa nak bersih laa.. :p

Aku ingatkan senang je nak pakai mouth guard ni..pergi klinik gigi hari ni, then kita pilih nak saiz S (sempit) ke, M (muat) ke, L (lebar) ke takpun saiz XL (gigi besar rumah ke...hahaha!)..Rupa-rupanya kena ukur separuh nyawa dulu, then baru dapat..owh..begitu kah? Appointment seterusnya kakak gigi cantik akan bagitahu lain. Bukan senang nak bergigi cantik ye rupanya.. (-.-')


Nampaknya malam ni berbunyi lagi la gamaknya.. T_T


kisah ni bersiri dari cerita ni : gigi berbunyi masa tidur (bruxism)

candles box / bag








pashmak




Turun lagi

Assalamualaikum & salam sejahtera semua..

Hari ni macam yang dah dijadualkan Dokter hari tu. Aku kena pergi klinik amik darah. Kes nak buat full medical check up tu la. Pagi-pagi lepas punch card terus aku terpacak depan klinik. (punch card kitorang still tulis nama kat buku lagi..huahua!). Tengok-tengok klinik xbukak lagi..bukak pukul 8.30am sharp..wallawei..semangat betul aku.. (-.-') Terpaksa balik lab dulu, lepak-lepak kat lab.

Punch 8.40am aku terus jalan kaki p klinik. Suasana klinik ok. Tak ramai orang. Makanya x payah la nak tunggu-tunggu turn nama kena panggilkan. Nurse amik darah pun macam biasa, ikut procedure biasa, amik darah aku empat tube untuk semua test. Lepas amik darah, tunggu kejap, sebab aku komplain nama aku ejaan dia salah - pantang weh!  Ohh..kat sini takde pape yang menarik untuk diceritakan.

Yang menariknya di sini. Tarik nafas.

Sebelum keluar klinik tu aku request nak timbang berat. Yelah. selera dah ada. Semalam asik rasa lapar je (ni yang normal). Mesti berat aku naik dari minggu lepas. Aku dah makan banyak. Malam tadi siap makan telur dadar segala bagai lepas makan nasik..yeah, i'm back to normal!

Ku sangkakan panas hingga ke petang rupanya hujan di tengahari. Ukur punya ukur..Berat jadi 43.3kg..waaarrgghh! Seminggu turun 1 kg..Semua akak-akak kat klinik tu kata best la..berat turun.



Ehem...Best?

Aku stress tahu..stress bila berat turun lagi. Tak naik-naik. Stress bila semua orang tegur aku nampak kurus sangat. Stress bila orang kata muka aku nampak pucat & x bermaya. Stress bila abang pasar malam hat yang jual ikan kata aku kurus sebab putus cinta. Stress bila orang kata aku diet & cut makan. Stress bila mak kata aku tak cukup duit nak makan. Stress bila orang keliling kata aku kurus sebab sibuk pk nak kawen. Mulalah semua spekulasi kenapa aku kurus menjelma. Kesimpulannya...aku stress...tahu?




p/s : cik pu pun sakit jugak..bp naik mendadak..huahuahua! (T_T) -sakit orang tua.

Pengapit

Assalamualaikum & salam sejahtera semua..

Tahun ni aku boleh klasifikasikan sebagai tahun semua orang nak kawin. Daripada kawan-kawan, sedara-mara dan tak lupa jugak adik-beradik. (adik beradik tu aku tipu sebab aku yang sulung..keh keh keh). Makanya banyaklah duit, masa, idea dan tenaga dikeluarkan utk nak mempersiapkan diri dalam majlis kahwin tu nanti.

Tak lupa jugak persiapan mencarik pengapit. Dalam tak sampai bulan Februari ni je dah 3 orang merisik aku jadik pengapit. Kalaulah dalam dunia ni pengapit dijadikan part time job, kayo dah makcik..

heh..errrk  (-.-')

Ok.siapa-siapa nak book I untuk jadik pengapit u ols, silakan sementara I free..

cet, gedik! :p

kalau korang nak improve skill jadik pengapit yang berjaya, korang baca kat sini.

Dan x lupa jugak Tahniah Ally Iskandar. Dia dah bertunang. (aku baca kat sini).



p/s : mood masih dalam keadaan x larat  :(


Aku, kurus dan penyakit

Assalamualaikum wbt & salam sejahtera semua.

Disebabkan sembilan ribu sembilan ratus sembilan puluh sembilan orang tegur aku sangat ketara nampak kurus, semalam jugak aku pergi klinik kat tempat aku kerja ni. Masa jumpa Dokter semua ok. Keadaan dia sama jugak macam orang lain jumpa Dokter.

Dokter tanya ada masalah apa. Aku jawab semua orang dok tegur saya nampak kurus..bla bla bla. (versi mengadu kat Dokter). Dan macam biasa, Dokter siasat latar blakang penyakit family aku bla bla bla. Dokter kata maybe aku tengah stress. Stress? Ye lah kot T_T . Mahunya dia tak kata stress. Berat aku turun 10kg tak sampai 3-4 bulan. Turun sampai 44.4kg! Patut la semua orang kata aku berpenyakit..cait!

So, dengan pemergian aku jumpa Dokter tu makanya aku terpaksa berulang balik ke klinik next week untuk amik darah, buat full medical check up termasuk check hormon thyroid. Agak sibuk jugak ya. Next week kena pergi 2 klinik la nampaknya..haissh! Yelah. 1 klinik ni, lagi 1 yang masalah gigi berbunyi tu appointment dia hari Khamis depan la pulak. (padahal dekat je pun kliniknya.tak sampai beberapa langkah...kui kui kui)

Susah jugak ye kalau ada banyak penyakit ni..tu baru ada penyakit poyo-poyo je. Belum teruk-teruk macam kencing manis ke, sakit jantung ke. Mintak-mintak pada Allah, jauhkanlah aku dari semua penyakit-penyakit kronik tu...Amin.