Spa


Hai semua,

Aku sebenarnya baru je balik dari buat rawatan badan & muka kat Spa Iris, Bertam Kepala Batas ni haa. 6 jam kau..Daripada pukul 9.30 pagi tadi sampailah 4.30 petang ni. Ohh..bukan 6 jam ye kawan-kawan. TAPI 7 jam. Perrgghh..Masa aku kat dalam Spa tu, tak perasan pulak lama sampai 7 jam..HAHAHA. Best gila kot, setelah lama tak memanjakan diri sendiri since last aku buat pun masa kat Bandung Bulan 3 dulu.

Kau nak apa? foot spa? infrared sauna? Body Scrub? Body mask? Mandi susu? Mandi bunga? Facial treatment? Semua aku buat..HAHAHA..Tamak sungguh la..Tak menyempat-nyempat nak tunggu bulan depan. HUAHUAHUA. Tapi bagus jugakkan aku pergi sekarang. Aku takut bulan depan sangat sangat bizi & tak sempat. Aku fikir, daripada tak buat langsung, lebih baik aku buat awal-awal. Tapi tu la..dah rasa best buat rawatan spa ni, rasa macam nak buat lagi sekali je sebelum kawen. Tapi kena tengok dulu bajet bulan depan macam mana...haih..Ke ada orang nak sponsor? (cc : Cik Pu) hehe

Tadi berapa aku habiskan? Ada la dalam RM220. Tu pun setelah diskaun. Kalau ikut harga sebenar dia, pakej pengantin RM185, facial treatment RM65. So, kat situ aku dah save beberapa puluh ringgit dah. Ni bagi akulah kan. Mungkin bagi orang lain, bajet aku ciput kot? Or bajet aku melebih-lebih? Terpulang pada hak masing-masing :) Asalkan kau bajet ikut kemampuan kau dan tak menyusahkan orang lain, takde sapa marah. Ye tak?

Masa dok dalam spa tadi, aduhai. Banyak kali Cik Pu call. Aku? Mestilah tak angkat..Fokus maa..fokus ber-spa. HAHAHA. Mana ada masa nak angkat call-call ni..HAHAHA. Lepas siap semua, aku call Cik Pu balik.

Aku : Ye, Napa abang call tadi?
Cik Pu : Saja je. Kamu pergi mana ni? Abang call banyak kali, kamu tak angkat.
Aku : Kan saya dah cakap, saya pergi spa.
Cik Pu : Aah la. kamu ada cakap. Abang terlupa.
Aku : Haih.
Cik Pu : Tak sabarnya nak balik Bertam. Nak jumpa kamu. Tengok perubahan.
Aku : ???????????????




Cet!


Dugaan kahwin


As salam & Hai semua,

Rasanya dah lama aku tak bercerita pasal PJJ & kerja. Asik-asik kahwin. Balik-balik kahwin. Ye tak? Mesti ada orang yang dah boring dengan topik kahwin aku kan? Tapi...................Ada aku kisah? HAHAHA. Ok, tak lawak. Serius, sekarang aku nak cerita pasal PJJ & kerja. Hal kahwin kita tolak tepi sekejap.

Ok. bagi sesiapa yang masih tak tahu, aku dah berjaya menjadik student Tahun Pertama PJJ di USM Pulau Pinang. Clap! Clap! Clap! Ye, Kau dah clap untuk 'kesibukan melampau' yang melanda aku. Terima kasih ye kawan-kawan. HAHAHA. Sibuk gila aku rasa semenjak menjadi student balik ni. Sabtu Ahad dah tak nampak macam weekend dah. Tetap rasa macam weekdays. Balik hari Isnin balik, dah layu longlai dah aku pergi kerja. Penat woo. Penat dia tak terungkap. Mana nak uruskan si Budak Kecik lagi. Nak uruskan hal kahwin diri sendiri lagi. Gantikan Big Bos 2 orang lagi. Hohoho. Macam badan nak kena kerat 3. Tak terkejar woo..

Bercerita pasal ganti 2 orang Big bos, petang tadi aku baru je habis berkursus ISO 9001 di Lot 45. Perrgh..dia punya kursus..tahap bos-bos punya level wa cakap sama lu. Nama pun penganti big bos kan, oleh itu bahan kursus pun mantap la..ye tak? Tak terfikir dek akal aku nak kena pergi kursus yang macam ni..Oh, lupa nak bagi tahu mana 2 orang Big bos aku pergi. Dr. Z kan aku dah cerita sebelum ni, beliau pergi German seminggu. En. ZXX pulak pergi Haji. Bulan 12 nanti baru balik. Maknanya time beliau balik tu, aku tengah bersuka ria selepas kahwin la kan..KIHKIHKIH. Bersuka ria-kah? Itu lepas kahwin kita bukak post lain.

Berbalik pada Kursus yang aku pergi semalam & tadi, actually banyak benda yang aku boleh belajar. Basically unsur-unsur 5S & ISO MS15189 tu dah ada dah. Cuma ISO yang ni lebih penekanan kepada pihak management & fail-fail. Teknikal kureng. Tapi mostly aku puas hatilah dengan kursus ni. Lagi-lagi kat Penceramah dia. Dia punya dress-up..perrgh..macam Dato' Siti siot..sejibik wa cakap sama lu. Tak terkelip mata memandang. Kau nak apa? Cantik, muda, solid. Tu baru aku yang cakap. Belum lagi lelaki cakap kan..Patutlah cepat je ilmu meresap ke otak..KIHKIHKIH. Kalau korang tak percaya, sekarang aku tepek gambar, korang tengok sendiri la ek kecantikan dia.....




Usha dulu dari jauh.



Ok, nak dekat close-up dah ni.



Sila tengok kanan tu.


Aku tengah dok merasa kerepek..KAHKAHKAH. kantoi!



Kusyuk dok tengok penceramah cun..KIHKIHKIH





Amacam? solid tak?


Agihan Kad Kahwin


As salam & Hai dunia,

Seperti yang dijanjikan. Aku dah open CH kepada dunia. Hai dunia! Lama tak jumpa. Rindu rasanya nak berblogging dan buat open post. Tapi rasa macam janggal pun ada. Selalu-selalu blogging hanya kawan-kawan yang aku sayang je baca, sekarang tak lagi. Semua lapisan masyarakat dah boleh baca. Nampaknya bahasa pun kena manis-manis sikit la kot? (kau ingat kau famous sangat ke sampai semua lapisan masyarakat kau nak mention..HUAHUAHUA).

Tapi setelah difikir-fikirkan, aku tetap akan bercerita macam biasa. Tak payah nak manis-manis sangatlah kan. Kang kalau manis kang, bersemut pulak CH ni..waHAHAHA. Biarlah apa orang nak kata, aku tetap akan buat blog CH ni macam dunia aku sendiri. Tempat aku luahkan baik & buruknya sesuatu. Hidup ni bukan semuanya baik je, ye dak?

ok ok. jom kita start cerita pasal edarkan kad pulak. Lebih senang aku bercerita ikut situasi la ye :)

Situasi 1 - Kaunter Pendaftaran

CTC adalah tempat pertama kami distributed kad. Area Kaunter Pendaftaran mula-mula sekali yang dapat kad tu. Lawak memang lawak. Cik Pu lepak kat kerusi menunggu, aku hulur kad kat kaunter, which is masa tu NXXXX yang terima. Muka semorang macam terkejut gila.

NXXXX : Hai, main sua-sua je..apa ni?
Aku : (Macam biasa, sengeh jelah!)
Akak kat kaunter : Betul ke ni? Korang berdua?


Situasi 2 - Klinik Pakar


Kak DXXXX : Naem...kau biar betul? Patutlah selama ni mintak buat poster, tak siap-siap, bizi je memandang..
Cik Pu : Haa la kak. Sibuk buat benda ni la..3 hari 3 malam dok fokus...lepas ni mesti poster boleh siap cepat..(gelak berdekah-dekah)

Cet!

Situasi 3 - Kaunter Farmasi

Kak HXXXXX : Siapa punya majlis ni?
Cik Pu : Jiran kami..kami tolong edarkan..

KAHKAHKAH

Situasi 4 - Dept Kecemasan

MA WXX : Hang ka nak kawen Naem?
Cik Pu : Taklah, jiran kami. kami tolong edar...
Kak LXXX : Waah..cantik kad. Ada kalender lagi. Nak 1 lagi boleh tak?
Aku : Boleh..boleh..

Situasi 5 - Klinik Daycare

Kak SXX : Eh, biar betul ko ni Naem.
Cik Pu : Betullah kak SXX
Staff Nurse lain : Siapa yang nak kawen sebenarnya Kak SXX?
Kak SXX : Laaa..depa dua ni la..
Staff Nurse lain : Oooh (muka terkesima)

HUAHUAHUA

Situasi 6 - Dept XRay

Semua berkumpul nak tahu apa dia yang kami nak umumkan. Tapi nampak macam ramai yang dah tahu, cuma tinggal nak tengok kad je kot? hehe

Staff XRAy : Wah..cantiknya kad..kau buat sendiri eh Naem?
Cik Pu : Haa la..mau taw la..(--> ayat macam biasa..HAHA..pastu tunjuk logo Seni Studio dia tanda iklan kat kad aku tu..ceh!). Jangan lupa add ye.
Staff XRay yang lain : wah..comelnya kad..ada riben-riben lagi. Siapa punya idea ni?
Cik Pu : Dia la.. (tunjuk kat aku)

HEHEHE..mau taw la!

Situasi 7 - Klinik Patient In Care

Kami edarkan kad. Tiba-tiba secara tak sengaja, seorang akak OT datang.

Akak OT : Akhirnyaaaa...
Aku : (Sengeh-sengeh)

__________________________________________________________________

Habis CTC, kami ke Lot 45. Bukan kami, aku sahaja. (Cik Pu memang kerja kat Lot 45)

Situasi 8 - Pejabat Pengarah

Kami masuk dalam. Takde orang kat depan.Semua staff sibuk kat belah dalam, kat partition masing-masing. Cik Pu buat-buat baca surat khabar. Aku sibuk tulis nama kat kad tu. Keluar seorang staff nama FXXXXX.

FXXXXX : Hang buat apa kat sini?
Cik Pu : Aku saja baca surat khabar..Ni ada budak baru nak hantar surat, aku tolong tunjukkan. (sambil tunjuk arah aku)
Aku : Budak baru? cet! (--> dalam hati)

Aku masuk dalam tanpa Cik Pu & FXXXXX tadi.

Cik WXX : Haaa..kad. Nak pakai Maskot ke?
Aku : Masa bila?
Cik WXX : Masa majlis lah.
Aku : Taknaklah. Saya nak pakai cantik-cantik masa majlis tu..

Semua gelak.
Aku keluar semula jumpa Cik Pu.

Cik Pu : (buat-buat sudah baca surat khabar). hang mailah majlis aku norrh..
FXXXXX : Termanggu-manggu kehairanan
Cik Pu : (gelak berdekah-dekah)
FXXXXX : Hampeh hang...hang pekena aku nooorh!




Tu yang aku post status FB macam ni tu :



Sebenarnya ada banyak lagi yang lucu-lucu, tapi biarlah kami berdua je tahu..(padahal ada yang aku dah lupa..HAHAHA!)




Bukak Rahsia




As salam & hai semua,

Minggu ni aku klasifikasikan sebagai minggu bukak rahsia. Kenapa? Rahsia apa? KAHKAHKAH Bajet macam takde siapa yang tahu kan..padahal? Semua orang dah agak-agak kot? Tapi, still jugaklah ada yang tak tahu hubungan kami sebagai tunang & bakal berkahwin.

Selesai sudah hari ni aku pas kad kahwin kat semua warga-warga Lab (ADL) & tak lupa jugak kepada kawan-kawan yang terdekat & seantero di sini. Kepada kawan-kawan yang tak dapat lagi, aku harap kalian bersabarlah ye. Akan tiba hari dimana anda akan dapat juga kad tersebut..KAHKAHKAH Bajet kad kau tu laku sangat ke Diyana? Ceh, pigidah!

Tak lupa jugak 1 kad kepada Dr. Z, iaitu my bos. Esok dia dah takde, akan berlepas ke German. Bagus betul hidup macam Dr. Kejap pergi France, kejap German, lepas ni mana negara pulak la ye? Bercakap pasal Dr, ada 1 benda yang agak melucukan yang berkenaan kad kahwin aku tu..Sebelum apa-apa, jom kita gelak ramai-ramai..KAHKAHKAH

Macam ni cerita dia. As usual, Dr Z akan pergi melawat lab kami, dimana dia akan tengok-tengok result patient yang kami dapat & sebagainya. Dah sementalah Dr dah datang lab tu, lagi pulak esok dia dah nak berangkat ke German, aku tak lepaskanlah peluang pas kad kahwin tu kat beliau. Beliau as usual, akan belek-belek dan komen-komen kad aku. Ok, dapat pujian. Pass la tu..heh! Then, part nama pengantin lelaki tu, dia tanya........

Dr : Muhd Naim Othman? Siapa ni? Orang mana? (sambil buat muka heran-heran, sengeh-sengeh tengok aku)
Aku : (sengeh-sengeh jugak sambil tengok Khairul & Dr)
Khairul : Bagi je la tahu..
Aku : Ye Dr, staff sini. Orang Grafik.
Dr : Grafik? Kat Grafik saya hanya kenal SXXXX je.
Aku : Hmmm..ye la tu..Anak buah SXXXX la tu.
Dr : Ooooh..ya ka (sambil gelak-gelak)

Ok fine. Ingat sampai situ je sesi pengenalan bakal suami aku dengan Dr..Rupa-rupanya..NAN HADO! Beliau turun bawah, terus tanya staf-staf Kejuruteraan. Semua dok terperanjat. Yelah, takde angin takde ribut kata Cik Pu nak kahwin, aleh-aleh Dr yang dapat kad dia dulu. Pastu diorang semua macam tak percaya apa yang Dr cakap. Siap nak tengok kad semua. Makanya diorang pun tataplah kad tu beramai-ramai...Balik-balik opis, kawan-kawan Cik Pu terus cerita & tanya dia bertubi-tubi. Siap perli-perli semua..Lawak betul.

Nak taknak, lunch tengahari tu Cik Pu terus amik pen tulis kad siap-siap kat rumah. Bajet lepas lunch terus boleh bagi kat kawan-kawan ofis dia. Time nak tulis tu baru kalut-kalut tanya, macam mana nak tulis, kena tulis En. ke tidak, & keluarga ke seisi keluarga...HAHAHA. apada!



Ok, hari ni baru 1st day pas kad..kita tengok esok macam mana pulak.


Pengalaman Karnival IPPT


As salam & hai semua,

Sebelum kita mulakan entry, mari kita nyanyi sebaris dua korus lagu tema kita weekend ni, pumped up kicks dari Foster the people :

All the other kids with the pumped up kicks, you'd better run, better run, outrun my gun.
All the other kids with the pumped up kicks, you'd better run, better run, faster than my bullet.



Hai hai dan hai semua kawan-kawan yang aku sayangi,

Hari ni adalah hari yang terpenat yang pernah aku ada dalam bulan ni. Rasanya tiap-tiap minggu pun aku mengadu penat jugak. waHAHA. Maafkanlah Hamba ya. Agaknya macam nilah dugaan orang nak kawen, penat tak mengira masa, waktu dan tenaga. chewaah! Macam tak percaya je aku ni dah nak kawen. pweeew! Perangai still macam kanak-kanak ribena lagi ni. haih!

Hari ni penat gila sebab jaga booth (kononnya), jadi maskot (kononnya), dengar ceramah2 (kononnya), main game tuju tin..Kenapa semua dalam braket "kononnya" tu? HAHAHA Memang konon-konon jelah kan. Padahal tak 100% pun. Macam booth pun just bertugas sebagai pengedar flyers je. Yang maskot tu pun satu hal. Last-last Cik Wan cakap diorang tak jadik nak buat gimik. So, maskot tak payah keluar..Cis! Dah la time tu aku dah pakai maskot tu half way..

(-_-') Redha sajalah.

Takpelah. Ada bagusnya jugak tak jadik pakai. Tak payah aku nak berpeluh-peluh dalam maskot tu. Orang yang PALING bahagia bila tak jadik pakai maskot? Haruslah jawapannya Cik Pu. waHAHA. Kalau dulu-dulu nak buat apa pun boleh. Sekarang? No! No! Tidak lagi ye kawan-kawan..kena mintak kebenaran husband to-be dulu ye. Kalau tak cakap kat dia nanti dia cakap "tak cakap apa-apa pun?" Haih, apa pun tak boleh. Tu pun sebelum nak pakai maskot tu, Cik Pu korang tu dah bagi syarat : Jangan terlompat-lompat sangat, jangan tergedik-gedik sangat..HUAHUAHUA..Cubalah korang bayangkan maskot yang sopan santun..ada ke?

Selain maskot, aku jugak masuk game tuju tin. Kami menang ye kawan-kawan..Menang dari belakang. Apa pun tak boleh. Lima kali balingan dia bagi chances, lima-lima kali aku tak kena kat tin tu..Yang ditujunya kereta kat tepi padang & urusetia..HAHAHA..Dahlah kereta tu bos yang punya..Kalau keta bos tu kemek ke apa, memang kes nak balas dendamlah kan. HAHAHA..Part yang PALING tak bestnya, Cik Pu & the gang masuk jugak game tu. Ceh! dahlah masuk last minit time-time penyertaan dibuka semula, tengok-tengok team diorang yang menang..Memang tak bestlah kan..(ok, ni kes jelous sebenarnya..waHAHA). Takpe-takpe, hadiah kita bahagi 2 kan?

Ohh..masa main tuju tin tu, ada kejadian yang tak diingini berlaku. Hmm..mungkin aku salah faham ke apa, tapi apa boleh buat? Mata dah nampak kan. Mesti hati nak berkata & terasa sesuatu. Ok, takpelah. Mungkin aku yang salah sangka. So, kes ni kita tutup ye. :)

What ells? ada lagi yang aku tertinggal?
Rasanya takde dah kot.

Ok, esok kita ulang lagi yang konon-konon tadi tu ye!



List Bulan 10


As salam & Hai semua,

Terima kasih ye kawan-kawan kerana masih melekat lagi kat Blog CH ni walaupun kadang-kadang isinya hampeh & langsung bukan ilmiah. waHAHAHA. Kalau nak baca bahan ilmiah totally bukan di sini ye kawan-kawan. Kawan-kawan boleh carik di perpustakaan. HAHA. Blog ni memang khas aku buat untuk merapu dan meraban. Kalau agak-agak masih boleh layan, silakan teruskan. Aku lagi suka. Selain tu, jangan lupa klik iklan ye kawan-kawan..(HAHA. ayat last ni yang penting sebenarnya..)


Ok. Kan aku dah cakap, totally merapu.

Cuak sebenarnya ni. Lagi 38 hari je lagi. phew! Tak lama dah, padahal ada macam-macam benda tak buat lagi. Ya Allah, permudahkanlah segala urusan dunia & akhirat kami..

Tanpa membuang masa lagi, mari kita semak-semak apa yang nak kena beli / buat lagi :

BELI
1. Baju Melayu Ayah & Afiq
2. Baju Nikah aku
3. Spa
4. Stem
5. Kek Kahwin
6. Bunga hidup
7. Aromaterapi
8. Hantaran sireh
9. Coklat sahaja - Hantaran
10. Barang-barang Coklat Homemade
11. Barang-barang Muffin
12. Gula-gula lolipop

DIY
1. Bantal
2. Cuci gambar 16 keping
3. Papan tanda Guestbook & take one
4. Centerpiece
5. Lipat2 kad kahwin


Ok, mari kita tengok Checklist untuk Cik Pu pulak. Biar dia berdebar-debar & berkobar-kobar nak padam list yang tak patut tinggal tu..HEHE

1. Beli Gelang
2. Sediakan Mas kahwin
3. Beli Al-Quran
4. Design Banner & Streamers
5. Design Guestbook
6. Kotak doorgift 150 pcs
7. Deko 7 hantaran
8. Amik Baju Nikah
9. Beli lens
10. Dan lain-lain yang aku tak dapat fikir buat masa sekarang ni..HEHE


Aku dah buat kira-kira dah. Perbelanjaan yang aku akan buat untuk gaji ni berkemungkinan besar akan melebihi ke tahap maksima petala ke lapan. Oleh itu, aku bercadang untuk menggunakan DANA KE2 untuk tampung mana2 perbelanjaan yang tak cukup. DANA KE2? Mana aku dapat?



Cik Pu





HUAHUAHUA..boleh kan abang?



Karnival IPPT


As salam & Hai semua,

Minggu sibuk dengan hari-hari yang sibuk. Semua orang pun sibuk termasuk aku, Cik Pu dan staff IPPT. Semua ni gara2 Hari Karnival IPPT yang akan dilangsungkan Sabtu, Ahad & Isnin ni. Untuk ADL (Advanced Diagnostic Lab.) sendiri, kami ada macam-macam benda nak buat. Cakap je apa? Semua ada.

Streamers? Poster? Brochure? Questionnaire? Doorgift? Video klip? Cakap je apa nak? semua ada. Aku pulak diberi tugas "berkomunikasi" dengan org Grafik. Cet! Kunun2 guna kabel la tu? HUAHUAHUA. Last-last aku yang tension dengar Cik Pu membebel. Dia kata dalam banyak2 customer IPPT, customer dari Lab la yg PALING CEREWET terutama aku. Cis! Cis!

Lagi-lagi time-time macam ni En. Zul takde. Pergi Haji. Lagilah bizi. Macam-macam kerja kena handle. HUAHUAHUA. Company lak dok ulang alik nak jumpa aku hantar quotation. Padahal alatan2 tu tak tentu lagi kewangan lepas ke tidak. HUAHUAHUA. Lantak korang la heh. Quotation korang aku lambakkan kat tepi dulu, nanti dah konfirm lulus, aku tengok..HAHAHA.

Lagi 1 al-kisah berkenaan Karnival IPPT ni, pasal MASKOT. Ye..anda tak salah baca. Betul, ini berkaitan MASKOT again and again. Sekali lagi aku "diundang" untuk pakai maskot masa hari karnival tersebut. Ye kawan-kawan...Cik Wan dah risik-risik aku untuk pakai maskot tu nanti. Maknanya aku akan berpanas sekali lagi. Dan mungkin sejarah MAC 2010 akan berulang..WAHAHA. Kali ni, sape pulak nak jatuh cinta dengan maskot selepas Cik Pu?







Ok. mari lempang aku sedas dua.



Borang Kebenaran Nikah (BKN)


As salam & Hai semua,

Untuk malam ni mari kita berbicara pasal Borang Kebenaran Nikah (BKN) ye kawan-kawan. Sebenarnya ada cerita tak diduga yang aku nak ceritakan tentang BKN ni ye kawan-kawan. So, untuk cerita yang tak diduga itu kawan-kawan, mari kita hold utk beberapa minit, dan kita semak dulu apa prosedur yang perlu dilakukan untuk nak siapkan BKN ni ye kawan-kawan.

(...berapa kali banyak kawan-kawan daaa...)

Untuk nak siapkan BKN ni bukan suka-suka hati je ye kawan-kawan. Ni kena melalui kategori korang sendiri. Tengok dulu korang kategori yg mana, then baru ikut flow by flow. Kategori-kategorinya adalah :

Kategori 1
Lelaki dan perempuan dari satu Negeri dan akan bernikah berkahwin di Negeri yang sama. (Contoh: Lelaki dan perempuan dari Kuala Lumpur dan akan bernikah di Kuala Lumpur)

Kategori 2
Lelaki dari Negeri berlainan dan akan bernikah di Negeri tempat perempuan.
(Contoh: Lelaki dari Alor Setar, perempuan dari Selangor dan akan bernikah di Selangor)

Kategori 3
Lelaki dan perempuan dari Negeri berlainan dan bernikah di Negeri yang lain.
(Contoh: Lelaki dari Kuala Lumpur, perempuan dari Negeri Sembilan dan akan bernikah di Selangor)

Kategori 4
Berkahwin dengan warga asing.


Ok. Setelah anda kenalpasti dimana kategori anda, kita tengok pulak apa prosedur yang kita kena buat. Kalau macam aku, offcross la kategori 2 kan. Takkan kategori 4 pulak..keh keh keh. (yang lain-lain kategori korang boleh tengok http://www.alshahir.com.my/wp-content/uploads/2011/01/Prosedur-Perkahwinan-Islam-di-Malaysia.pdf)

Kalau kes aku, prosedur dia macam ni:

1. Dapatkan borang kebenaran berkahwin di Pejabat Agama Negeri terdekat atau
berjumpa dengan Imam Jurunikah di Masjid berdekatan kariah anda. Satu borang
untuk setiap seorang lelaki dan perempuan.
2. Pihak lelaki mengisi borang tersebut.
3. Dapatkan pengesahan anak kariah / pengesahan bujang dari Imam di masjid kariah anda. (lelaki).
4. Hantarkan borang Permohonan lelaki ke Pejabat Agama Negeri dan mohon
‘Kebenaran Nikah Luar Negeri’.
5. Pihak perempuan akan mengisi borang.
6. Kenal pasti wali anda dan penuhkan ruang untuk wali di dalam borang.
7. Pastikan salinan dokumen yang dikehendaki cukup.
8. Lampirkan bersama borang dari pihak lelaki yang lengkap diisi.
9. Hantar borang ke Pejabat Agama.
10. Jika diluluskan, simpan Kebenaran Perkahwinan anda di tempat yang selamat. Imam Jurunikah akan menyemaknya sebelum upacara pernikahan anda.

Ok. Settle.




Tapi.....................................................................................

Bagi aku, lain pulak jadinya. Tulah yang dikatakan "Kita hanya merancang, Allah jualah yang menentukan" ye kawan-kawan.

Hari Jumaat Sabtu Ahad semalam-semalam ni, aku, Cik Pu, Budak Kecik & sepupu aku balik Rawang. Hajat kitorang balik nak settlekan apa yang patutlah. Benda PALING utama sekali adalah nak settlekan BKN belah aku. Memandangkan belah lelaki semua dah settle dengan jayanya, maka tinggallah part pompuan sahaja.

Sebelum terlupa, aku dok beria-beria ingatkan Cik Pu. Jangan lupa bawak BKN belah lelaki. Sampai hari nak gerak ke Rawang tu pun aku still ingatkan Cik Pu lagi. Takut jugak kalau-kalau dia terlupa. Benda macam ni mana boleh kira kan. Encik Ayah dah siap pesan awal-awal, kita akan jumpa Jurunikah/Tok Kadi Sabtu lepas Zohor. Siap dengan 2 orang saksi yg dia dah panggil sekali. Ok, no hal punya!

Alhamdulillah, kami sampai Rawang dalam pukul 12.30 malam Jumaat tu jugak. Malam tu, walaupun penat, taklah tidur awal sangat, asyik dok berborak dengan Puan Emak. Macam-macam kami borakkan. Semua bab kot? Termasuklah gossip-gossip panas..kih kih kih

Keesokkan paginya, Encik ayah ajak Cik Pu pergi pasar. Pergilah 2 orang tu ke pasar beli apa ntah? Ikan Udang Sayur kot? Aku tak amik kisah pun. HAHAHA. Time-time diorang pergi tu, aku bajet nak tengok-tengok balik BKN aku, nak semak-semak apa yang patutlah kan. Rasanya ada benda yang tak siap isi lagi ni. Ok, mari kita semak.

Masa nak pergi amik BKN tu, tiba-tiba dada aku berkoncang laju. Rasa macam nak pitam. Soklan pertama kat kepala hotak aku: Borang Nikah? Ada bawak ke?

Rasa macam nak menangis pun ada. Terus lari kat Puan Emak. Cerita kat dia semua2. Terbenti Puan Emak dari siang ayam. Terkejut dengan aku. Resah, gelisah, gelabah semua G ada. Hanya Allah je yang tahu perasaan aku masa tu. Lagi-lagi Encik Ayah yang SANGAT garang. Kang tak pasal-pasal ada yang kena maki ni kang. Aku tak tahu nak buat macam mana dah. Puan Emak suruh aku rehat-rehat, memandangkan muka aku dah pucat lesi tambah tak cukup rehat baru balik semalam kan.

Balik je Encik Ayah & Cik Pu dari pasar, terus aku masej Cik Pu. "Abg, Borang Nikah tertinggal..huhu..Jangan bising2, nanti Ayah marah". Pandai pulak ko suruh jangan bising2 kan. HAHAHA. Tetiba dapat idea pergi Masjid jumpa Tok Kadi jap. Nak bagitahu apa yang patutlah kununnya. Masa ni aku menipu dengan Encik Ayah, aku kata nak pergi kedai jap, beli barang. Dia siap pesan topup RM5 lagi. HUAHUAHUA

Dipendekkan cerita, pergi Masjid, memanglah Tok kadi takde, sebab Encik ayah dah buat appoinment. haih. Amik no. phone Tok Kadi tu then bagitahu hal sebenar. Dia kata ok, no worries. Kita settlekan mana yang ada dulu. Lepas Zohor tu just proceed sign saksi-saksi je dulu. Yang dokumen2 sokongan tu courier nanti. Alhamdulillah, nasib baik Tok Kadi tu faham & agak sporting & muda. So, masa tu hanya settlekan mana yang ada je dulu. Borang2 pun pakai yang Tok Kadi tu punya. Nasib baik dia ada lebih borang. Mana-mana yang tak cukup tu just topup BKN aku yg tertinggal tu. Haih!

Muka Encik Ayah? Tak payah cakaplah. All the times macam nak marah je. HUAHUAHUA. Tapi apa boleh buat? Benda nak jadi kan..

Bak kata Tok kadi tu, dugaaaaaan..

ngeh ngeh ngeh!


Overview Pre Wedding


As Salam & Hai semua,

Ye..seperti yang korang-korang semua tahu, aku dah boleh tarik nafas lega setelah sessi Pre-wedding yang "hot" tu telah selesai dengan jayanya..Hot? Panas? Oh..no! no! no! Bukan panas yang hot tu ye. Ni panas memang panas sebab aku kena pakai maskot. hehe. Apa punya ayat panas daa.. :P

Abg Nazri selaku OP Pre-Wedding kami pun dah upload gambar2 yang dah di-edit kat fb & blog dia. Masa dia upload gambar2 tu pun, ada cerita lain jugak. Masa hari yang dia kata nak upload tu, aku & Cik Pu dah usha2 fb Abg Nazri dah dari pagi hari tu. Yelah, takut-takut bila dia upload, ada orang yang kami kenal tertengok ke apa pulak kan. Hajatnya konon-konon nak berjaga-jagalah. Pasal tag2 ni dari awal lagi kami dah warning Abg Nazri tak payah tag. Biar kami tengok sendiri kat fb dia. haha.

Dan-dan lepas dia upload je gambar2 tu, ada lah pulak sorang Hamba Allah ni tetiba dengan pantasnya meng-share salah 1 gambar pre wedding kitorg kat wall IPPT. Dengan siap buat ucapan "tahniah ye Naem Othman & Yang Diyana, dalam diam-diam ye korang". Ceh, tak patut betul. Ok, aku faham, benda baik buat apa nak sorok. Benda baik patutnya share-share la. Ok, fine. Aku faham. Masalahnya Mamat tu sebelum ni dah tahu dah hubungan kami. So, what? Apa lagi niat mu? Lagi-lagi share kat IPPT. Tempat awam di mana semua staff akan bukak. Motif?

Sebenarnya kami bukan nak sangat menyorok-nyorok ni. Ingat best ke hidup macam ni? Macam biskut? Tak woo..Kadang-kadang stress jugak jadiknya. Selalu jugaklah gaduh sebab, kalau time keluar tu dok menyorok dari jumpa orang yang dikenali. Stress stress..Tapi nak buat macam mana. Kami dua2 dah pakat nak buat macam tu. Kami ada plan dengan benda tu. InsyaAllah, sampai masa yang sesuai nanti, kami hebohkanlah kat semua orang k. Jangan risau. So, boleh tak hormati keputusan kami wahai Mamat?

Haish. Kan dah terbabas. Berbalik pada cerita overview pre wedding hari tu, lihatlah kawan-kawan yang aku sayangi. Lihatlah gambar2 pre wedding daripada OP kami...












Ok, kalau korang nak tengok lagi besar, lagi banyak, lagi puas, boleh tengok kat sini :




Trip Cameron


Hai semua & selamat malam,

Ooh..tetiba adrenalin bergerak laju. Yeah, lagi 46 hari dari sekarang aku akan menjadi isteri kepada seorang lelaki yang bernama suami. Bersediakah aku? Ye, tu nanti kita jawab kemuadian. Sekarang ni mari kita fokus kepada cerita utama hari ini. Trip ADL ke Cameron Highland. (padahal cerita ni dah basi kot..hehe) Alhamdulillah akhirnya berjaya jugak trip yang dirancang selama ni. Kalau nak kira berbulan-bulan jugaklah perancangan diambil..hahaha!

Terima kasih kepada semua AJK Perlaksanaan yang dah dilantik. Korang buat kerja memang superb! Bravo habis! Diorang ni dah bagi 250% komitmen & semangat kat program ni. Tak kira dari start aktiviti, semasa dan sebelum aktiviti. Rasanya kalau takde diorang ni semua mungkin tak bergerak jugaklah ADL nak pergi Cameron kan.

Ok, malas nak cerita panjang lebar, jom kita tengok gambar.

Picture will tell u everything bebeh!




Ni masa kat MARDI Cameron


Kat Cactus Valley bermain duri


Punggah-punggah barang masuk homestay


Bakar-bakar ayam di Malam BBQ


Rombongan Cik Kiah



Belakang tu latar belakang homestay kami


melepak kat depan homestay


4 kanak-kanak yang join lawatan ni


Overview homestay - masa ni semua sibok masukkan barang






Suasana malam BBQ..syok woo!





Seperti yg korang tengok tadi, gambar-gambar kat atas ni tak teratur..so pandai-pandailah korang imagine mana satu datang dulu..hehe ;p

Yuran lawatan ni kami hanya amik RM 50/seorang saja ye! (termasuk transport, homestay 2 hari 1 malam, makan malam BBQ, sarapan pagi 2 hari, tiket masuk MARDI, games2, cabutan bertuah, thumbler sorang satu....hmmm apa lagi ye?). Kanak-kanak free. Berbaloi-baloi kan?

ADL, next time boleh buat lagi!


(sumpah, jadi Pengarah Projek sangat penat uoools!)

Kad kahwin (Exclusive)


Assalamualaikum wbt & hai semua,

Seperti yang semua tahu, bulan depan aku akan kahwin. Tak lama dah kan? Tak seperti orang lain, aku tak tempah kad kahwin kat kedai macam orang lain. Sebab? Tunang aku aka Cik Pu kan designer. Oleh itu, kita serahkan pada yang pakar. (kurang kerja, ok..hehe). Dan disebabkan kenduri kami tak lama lagi, kad tu Cik Pu dah mula design & printing. Sebenarnya dah lama dah dia design, tapi bak kata dia hari-hari mesti ada idea baru bercambah-cambah. haha. Semangat betul alasan dia.

Setelah berbincang2 dengan kedua-dua family, kami decide akan print 2000 keping kad. Belah aku 1200 keping, belah lelaki 800 keping. Rasa macam banyak gila la pulak. Tapi tulah permintaan Puan Emak. Dia mungkin ramai kawan kot..hehe. Ada sekali dia cakap kat aku, bagilah 1000 keping kat mak, kau amik 200 keping". Woo woo sape yang nak kahwin sebenarnya ni? haha.

Dalam pembikinan kad kahwin ni, aku serahkan 97% kat Cik Pu. Yang selebihnya aku just komen2 mana yang patut. hehe. Sonang kojo eden kan. hehe

Depan


Belakang



Eden kan student..haruslah kena kurangkan kojo..hehe


(Tajuk Exclusive : Selain aku & Cik Pu, hanya orang yg boleh baca blog ni je yang dah tengok design kad ni)