window shopping

Aku tak tahu orang lain faham maksud window shopping tu macam mana. Tapi setahu aku, window shopping tu, jalan-jalan tengok barang. Dah tengok-tengok barang, lepas tu jalan lagi, tanpa keluarkan duit. Macam tu la kan..? Kiranya dah 2 kali jugak la bulan ni aku jalan-jalan window shopping kat Jusco Bandar Perda tu. Yang menjadi masalah besarnya kat sini...mata, hati, minda dan tangan (termasuk badan) aku tak boleh nak terima perkataan window kat depan ayat tu..shopping, shopping, shopping je boleh..haisssh! camana nak buat tu..?

Hari tu baru je lagi dengan Si Hajar Aswad, minggu lepas kot. Konon nak pergi pasar malam. Bila tiba-tiba si budak Hajar Aswad tu kata kedai Bodyshop ada buat sale besar-besaran, aku terus kata...jom pergi! Last-last bila sampai kat kedai Bodyshop yang terhegeh-hegeh nak pergi tu..baru kitorang dapat kesan. Rupa-rupanya kedai tu nak habiskan stok lama je, haisssh..apadaa..kesian si Hajar Aswad kena tipu dengan kedai tu..hahaha..dengan aku-aku skali tertipu. Dah alang-alang sampai Jusco, kitorang window shopping je la..

tiba-tiba terjumpa sweater yang memenuhi ciri-ciri sweater idaman :)
puas aku berkelahi dengan hati dan perasaan..
nak lepaskan ke..tak mahu..letak balik ke..tak mahu..
last-last.......beli!

Semalam-semalam masa cuti wesak pun sama..aku dan Si Fateah (masih ingat dia? housemate aku yang masih single lagi tu.) ingat nak jalan-jalan window shopping je..Last-last window ke mana shopping ntah ke mana..terbeli pulak satu beg selempang ni..haisssh...memang dah lama aku simpan hajat nak beli 1 hari nanti.tapi tak sangka pulak ia secepat ini..hahaha..alasan.

ni jenama BUM..nampak macam sporty sangat..
macam tak berapa nak sesuai pulak dengan aku yang malas nak bersukan ni..
buat kuat lentang aku rajinlah..hahaha

beg ni berjenama ELLE..
nampak macam poyo-poyo je kan..
tapi harga dia boleh buat aku tak makan 5 hari wooo..uhuk..uhuk!
(adik kat belakang tu pun naik hairan)


hmm..nak pilih kaler merah ke hitam..merah ke hitam..


hmmm..setelah beberapa jam ke hulu ke hilir menge-test beg ni..
akhirnya..aku beli kaler merah!
amacam..?
cantik tak?
stailo kan? kan. kan. kan.
cepatlah cakap cantik..cepatlah cakap stailo..
duit aku dah melayang kat Jusco dah ni. ni semua gara-gara window shoppinglah ni..
lepas ni makan maggie goreng dengan air suam je lah nampaknya..hahaha!


kepercayaan

Entry kali ini aku bukan nak cerita tentang rukun negara ke hapa. Rukun tetangga juga mungkin bukan. Tiada kena mengena dengan hal-hal patriotik. Hal negara adalah hal yang sulit dan rumit. Biarlah menteri-menteri yang uruskan. Cerita ni menyentuh bab hati dan perasaan. (sila jangan buat-buat terperanjat. aku masih bukan dalam golongan jiwang.hahaha..). Ye, aku nak bercerita tentang hati dan perasaan. sila buka hati dan minda.

Persoalan aku senang saja. Nak macam soalan matematik pun ada. Berapa peratus kita patut letak kepercayaan pada seseorang yang kita sayang? Maksud orang yang kita sayang tu macam suami ke, kekasih ke, perempuan dengan kekasih perempuannya ke, lelaki dengan kekasih lelakinya ke ataupun apa-apalah yang melibatkan hubungan cinta 2 orang. Mak dan ayah tidak dikira. Cucu dan tok wan juga begitu. Persoalan ni lebih menjurus kepada perhubungan cinta...hmmm..berapa ye?

100% - perlukah sebanyak ini?

50% - nanti pasangan kata kita macam tak percaya dia pula  c(8

0% - kalau dah sikit macam ni, kenapa perlu adakan perhubungan cinta tu?

hmm..apa-apa pun, terserahlah pada individu..kalau ditanya kat aku, sure aku tak tahu nak jawab apa. Kenapa? sebab aku jenis yang cemburu kot..

kenapa? tak percaya?

tengok keninglah wei..nak bercantum dah ni..

adoyai~


Ikan siakap masak stim

Sila jangan tukar blog atau buat-buat hairan dengan entry aku kali ni. Tidak perlu juga buat sapu-sapu mata atau buat-buat terkejut. Ini masih blog coklethitam yang dulu. Bukan blog mak-mak orang waima bukan juga blog resepi-resepi masakan. Blog kepunyaan chef wan juga bukan. Aku masih budak perempuan yang dulu. (ayat takde kena mengena langsung..hahaha)

Semalam semalam aku tiba-tiba teringin nak buat ikan siakap masak stim. Oleh itu, aku dengan rela hatinya cuba buat kali pertama menjalankan eksperimen ke atas ikan siakap tersebut. Perlu diingatkan, cara masakan aku masakan anak dara. Oleh itu, faham-fahamlah mana yang terkurang dan terlebih tu adalah normal. (ayat membela diri). Sila beri tunjuk ajarku sifu. Komen dan tunjuk ajar anda sangat berharga.  :)

Ok..tanpa membuang masa, jom layan aku nak try jadik macam chef wan kat dalam tv tu. (chef wan, tulun jangan saman saya, gaji saya ciput je..)

1) Ok dek non...Mula-mula, sediakan semua bahan-bahan seperti di bawah :

+ halia
+ bawang putih
+ cili api
+ daun sup
+ carrot
+ tomato
+ limau nipis
+ bawang besar
+ serai  --> oooh..lupa!
+ daun limau purut --> lupa jugak!
hahaha..nampaknya banyak benda lupa ni..haissssh

2) kemudian, lumurkan ikan siakap tadi dengan garam secukup rasa.
maknanya, kalau korang nak kurang masin (jaga kesihatan), silalah letak garam sedikit saja...dan jika korang nak masin (cepat dapat darah tinggi), silalah letak banyak sikit garam..

(sebelum tu..silalah basuh ikan tu bersih-bersih dulu..tapi, kalau tak mahu basuh pun takpe..aku tak kisah..hahaha)
(Ikan ni terpaksa dibelah dua sebab kekurangan ruang dan kapasiti)
3) dan kemudian, taburkan saja semua bahan-bahan tadi kat atas Encik ikan tu..dan kukuskan Encik ikan tadi sampai masak..dalam setengah jam dah ok kot........taraaaaaa
(sila perhatikan lampu merah tu. tu tandanya tengah masak..)

4) disebabkan aku buat 2x makan, satu lagi aku simpan dalam peti azimat.


5) Kalau korang macam tak yakin je dengan resepi ikan masak stim aku ni, korang silalah ke resepi ikan siakap masak stim ini. Nak lagi mantap? sila compare-kan dengan resepi ikan siakap masak stim ini..hahaha. kan aku dah bagitahu awal-awal tadi..ni kan masakan anak-anak dara..banyaklah yang kurangnya..kan kan kan kan.

Pape pun, kredit pada ketua chef aku : mak!
(Tiba-tiba rasa nak balik kampung..rindu masakan mak..haduyaiiii...)

Aktiviti kecut perut Part 3 (Photoshoot)

Perut yang hari tu kecut dah pun buncit semula. Tunggu Alang punyalah lama sampai jadi cacing kepanasan pun sudah. Sekarang cerita pasal photoshoot pulak. Pertama sekali, aku nak ucapkan jutaan terima kasih kepada semua penembak-penembak tepat pada hari Ahad hari tu. Termasuklah Abang Izan, Abang Amir, Alang, Kak Farah dan Naem. Terima kasih semua kerana bagi tunjuk ajarku sifu dan pengalaman pertama jadi model photoshoot. (ayat dah macam artis menang anugerah la pulak ni..hahaha).

Apa-apa pun, gambar lebih menceritakan segalanya. Oleh itu, jom kita scrool ke bawah :

ni gambar krew-krew yang terlibat masa outing hari tu



Ni gambar-gambar yang telah di edit oleh pendesign :
(tapi aku tambah watermark blog sendiri..ngeh ngeh ngeh)








Bukan aku seorang saja yang jadi model ye...
Si comel cantik Linda lebih bagus jadi model  :)

Ni model tambahan untuk hari tu..
nak signnnnnnnn..hahaha

Ni pulak gambar-gambar dibelakang takbir :







Ni pulak gambar-gambar sebelum "bertukar" :
kami dalam kereta Alang.
(sila jangan pandang baju biru di belakang tu.Aku yang sumbat kat situ.keh keh keh)

Aku, baju persalinan dan jaring bakar ikan.


Aku dan seliper jamban.

errrrrkk...?

Last sekali...
nak ucapkan terima kasih tak terhingga kepada Siti Hajar Aswad kerana sudi temankan aku.
ni Si Hajar Aswad dan reflector-nya. (kerja baru Hajar..hahaha)

kredit perlu diberikan RM100 kepada penembak-penembak dan pendesign-pendesign gambar.
kerana mereka, aku dapat curik semua gambar-gambar ni  :)

Aktiviti kecut perut Part 2 (semasa)

Tiada lagi kes aktiviti kecut perut dilaporkan selepas semalam. Semuanya telah selesai dengan jayanya. Berjayakah? Aku pun tak tahu. Tu kena tanya tukang-tukang penembak tepat. Yang penting semuanya tamat untuk acara semalam. Untuk yang akan datang? aku kena fikir dulu. (ceh,ada hati nak jadi model..hahaha). Nanti ada jugak yang masuk hospital sebab sakit mata tak tahan tengok lemak aku sana sini.

Semalam, masa hari aktiviti kecut perut tu, aku bangun awal sebab nak bersiap-siap. Sebab malam sebelumnya aku memang tak sempat nak packing barang. Aku pergi dating. (sila jangan tanya aku dating dengan siapa). bangun awal yang aku maksudkan tu pada pukul 6.15 pagi. tepat dan awal aku kira. siap-siap gosok baju sampai side tepi nampak tajam, sumbat semua barang dalam bag, aku terus mandi. tengok punya tengok, aku dah lambat jemput si Hajar Aswad. Mesti budak tu membebel tak henti-henti. Tapi takpe, aku tak dengar. Jam dah pukul 7.00 pagi. Terpaksa mintak masa kecederaan 10 minit kat Alang. Kalau tak, aku jugak yang kena tinggal.

Lepas ambil Hajar Aswad, kitorang tunggu kat rumah aku. Tunggu punya tunggu. Manalah pulak si Alang ni. Rasa aku, aku mintak masa tambahan 10 minit je. Ni dah pukul 7 lebih, dah nak dekat pukul 8.00 dah ni. Aku dah tak senang duduk. Bak kata Hajar Aswad, aku dah macam cacing kepananasan. Tolong sikit ye. Badan aku lagi berkeping-keping dari cacing tu. Sesampainya Alang kat rumah aku, Baru aku tahu kenapa dia lambat. Buat rambut pacak-pacak rupanya. Kat mana dia buat, aku tak sempat pulak nak tanya. Itu anda kena tanya sendiri.


(pose begini tidak dibenarkan sama sekali semasa photoshoot yang sebenar)

okeeeh..ni aku baru upload satu gambar. Aku tak sempat nak cerita panjang lebar lagi. aku kena masuk bilik bengkel sekarang. Aku kan pekerja yang berdedikasi dan cemerlang. kan kan kan. nanti-nanti aku sambung part 3, part 4 dan seterusnya. Entah-entah sampai part 10. Siapa tahu kan..hahaha. semangat!

kalau nak tahu cerita si Hajar Aswad, sila klik sini
(aku siap promote blog ni. harus ada komisyen)

badminton oh badminton

Malam tadi aku tengok perlawanan badminton. Jangan pandang badan aku sebelah mata. Walaupun ada banyak lemak, tapi masih boleh menyahut seruan kerajaan. Majulah sukan untuk Negara.

Cerita ni bukan pasal hero semalam, si kacak Hafiz Hashim mahupun Dato' Lee Chong Wei. (aku tulis 2 orang ni sebab tu je pun yang aku kenal). Pasal perlawanan semalam tu mesti semua orang dah tengok. Aku malas nak jadi pengulas sukan. Nanti kesian Encik Tabah kena pecat.

Yang aku nak cerita ni pasal penyokong paling semangat di sekeliling aku. Kalau ada piala emas, sudah aku berikan kepada si Fateah. Siapa lagi kalau bukan rakan serumah. Sekejap baring, sekejap duduk. Semangatnya macam dia pula yang main. Tiada suara selain kata-kata 'chaiyok2'. Lepas tu, siap berdoa sambil tiup fuh fuh fuh. Kelakar pun ada. Siap kata kalau Malaysia menang, ahad ni nak turun stadium. Bunyinya macam stadium Bukit Jalil sebelah rumah.Tapi yang paling teruk bila semangat menyokong dia tu berjangkit kat aku. Last-last aku pulak yang terlebih semangat dari dia. Haisssh~



suntik jarum

Aku bukan penagih dadah. Waima bukan juga seorang yang suka kongsi jarum dadah. (jangan tanya aku waima tu apa, aku bukan kamus bergerak). Tajuk entry aku memang selalu ngeri. Itu stail aku. Baru rasa macam stailo. Rasa macam budak2 sekarang baru nak up.

Aku baru pulang dari menerima suntikan vaksin H1N1-HiNi. Nama aku paling last dalam senarai. Bukan takut, tapi lambat terima jemputan. Aku berani apa. Tak menangis macam budak-budak pun.- tu dah kira berani la tu kan.kan.kan.

Sebelum pergi tadi, banyak pulak pantang larang kawan-kawan bagi. Macam nak pergi ambil apa. Ada yang cakap, jangan keraskan tangan masa nurse suntik nanti. Ada yang cakap, lepas suntik kena terus buat senaman poco-poco supaya tak lengoh-lengoh. dah macam jumpa tok bomoh pun ada. Ni semua kerja Si Gendutlah ni. Tapi takpe, aku ikut saja. Tu semua cara-cara taknak bagi lenguh-lenguh tangan lepas kena suntik.

Alhamdulillah, lepas aku praktikkan apa yang diorang semua cakapkan tu, aku tak lenguh-lenguh tangan. Tapi masalahnya sekarang, pinggang sampai kaki aku pulak yang lengoh... Sapa mahu jawab?


sararisa-craft giveaway (sticky mode)

Hari ini aku mengular di tempat kerja. Semalam pun sama. Kelmarin dulu pun. Bos, sila tolong jangan potong gaji saya. Saya tak bersalah. Dalam pada aku mengular-ngular depan pc ni, aku tersesat kat blog cik Sara

Tengok punya tengok. Baca punya baca. Telek punya telek. Macam best je kan kalau dapat hadiah free ni. Lagi-lagi kalau dapat framed quilling pattern tu..hoiii..boleh letak gambar boipren, cik PU..hahaha..(mesti cik PU tersengih-sengih baca entry ni).haish..Kalau tudung bawal tu,aku tak harap sangat.sebab koleksi tudung aku pun dah tak muat almari.(ceh..padahal tak pun..hahaha).Ohh..lupa pulak nak cerita..cik Sara ni nk buat giveaway.

Ok..pada engkorang-engkorang yang rasa-rasa nak join jugak macam aku ni, engkorang semua silalah pergi sendiri ke blog yang aku bagitahu tadi. Tapi sila minta hadiah lain, jangan sama dengan aku, ok?

Antara hadiah-hadiah yang korang boleh mimpi dapat:


+ 1 helai tudung bawal korea
+ 1 pek DIY felt (card holder)
+ 1 pc felt hp strap
+ fridge magnet - london
+ 12pc novelty button
+ 20pc button
+ 6pc crystall heart shape
+ 4pc crochet flower
+ 20pc pearl flatback heart
+ 3pc emblishment flower

*(1 framed quilling pattern)- telah ku padamkan dari senarai..hahaha

Giveaway yang dibuat oleh Cik Sara ni dengar-dengarnya sempena besday dia. Yang keberapa aku tak pulak tahu. Apa-apa pun aku doakan dia bahagia hendakNya bersama orang-orang yang tersayang.

Tapi, sebelum korang nak dapat hadiah free, mesti ada syarat-syarat yang ditetapkan. Oleh itu, syarat-syarat yang dikenakan adalah :

1) Add blog sararisa-craft ke dlm blog list korang dan jadilah follower (sudah!)
2) Copy gambar diatas,buat entri khas dan letak link blog sararisa-craft (beres!)
3) Tinggalkan link korang dan jejak korang di ruangan komen entry ini sahaja. (siap!)

Benda-benda alah ni engkorang kena hantar kat dia sebelum 18 May 2010 pada tepat jam 8 mlm. Kalau tidak, melepaslah engkorang..hahaha  *gelak berdekah2*


Aktiviti ala-ala perempuan itu

Bunyi macam suspend. Aktiviti ala-ala perempuan. Ye..sila baca entry ini sambil buka mata besar-besar. Kalau boleh, gunakan bantuan kanta pembesar yang mempunyai magnifier yang tinggi. (aku pun tak tahu magnifier tu binatang ape). Tajuk entry ni macam bunyi maknyah pun ada. oppss..sowi..aku original tahu.

Disebabkan aku tidak mahu berdolak dalih lagi dengan kamu..kamu..dan kamu semua..Hari ini aku tunjukkan apa aktiviti ala-ala perempuan yang aku dah ceritakan semalam. Tak tahu atau sudah lupa apa yang aku cerita semalam? sila scroll cursor anda ke bawah dan baca entry itu. Di sini tiada siaran ulangan seperti di Astro.

Ok.sila lihat satu persatu dari sekarang.....tadaaaaa..








(sila jangan lihat handset)

Aku pun tak tahu apa nama benda-benda ni. Korang semua boleh suka hati nak panggil apa. Kalau aku, aku panggil je 'Penggantung handset'..hehehe. Kredit diberikan kepada kamera handset lama aku, sebab dia boleh tahan dengan tuan dia ni. Korang jangan risau, nanti aku belanja dia makan best-best punya.


Weekend tanpa teman

Tajuk entry macam orang kecederaan hati. Tiada aktiviti ekstrem dijalankan minggu ini. Memanah tidak. Mandi kolam air panas Ulu Lenggong tidak. Mengikut Si Gendut dan Si Hajar Aswad ke Pulau pun tidak. Saja aku batalkan semua kehadiran atas sebab tertentu. Alasan sebenarnya aku mahu merehatkan diri di rumah. Ahad lagi satu aku ada aktiviti lain. Aktiviti kecut perut. uhuuuu~ (Aktiviti ni nanti aku cerita lain kali)

Disebabkan tinggal seorang diri di rumah, tanpa Fateah juga, aku mula rasa boring tahap tapir. Setelah ditimbang tara, aku perlu lakukan satu aktiviti gaya bebas. Fikir punya fikir, aku dapat satu idea. Tapi aktiviti ni ala-ala perempuan. Tapi aku memang perempuan pun. Jadi, apa aku kisah? 

Hahaha..sangat teruja kan bila aku mula menjinak-jinakkan diri dan melibatkan diri dalam aktiviti perempuan-perempuan ni. Aku tak tahulah Cik PU teruja ke tidak. Tapi gayanya macam separuh teruja separuh tidak. Terujanya terlihat masa dia suruh aku buatkan satu untuk dia. Yang tidaknya sebab aku dah asyik meluangkan masa dengan benda tu..iskh..iskh..Sowi Cik PU.. =)

Aktiviti tu? Nanti aku cerita dengan lebih detail apakebendanya aktiviti tu. hokeh? Siap dengan gambar-gambar sekali.. (tu pun kalau kamera handset lama aku berfungsi lagi)..


kerana duit,bdn binasa (pepatah baru)

Semalam kami hantar Fateah dan kakaknya ke stesen bas Butterworth. Kami yang aku maksudkan di sini adalah aku, Si Gendut dan Hajar Aswad. Saja aku tambahkan perkataan Aswad di belakang tu, macam sedap. Dalam perjalanan pulang, aku dan Si Gendut terbuka cerita pasal seseorang. Seseorang itu tentunya bernama manusia. Biarlah identiti manusia tersebut aku rahsiakan dan memperkenalkan beliau sebagai Mr R. Tapi dia bukanlah Mr Right, mungkin Mr Rong (Wrong) lebih sesuai.

Ya..macam misteri. Nama pun dah misteri. Perangai pun apa ntah lagi. Bukan niat aku nak memburukkan kawan, atau lebih tepat lagi bekas kawan. Tapi biarlah aku ceritakan di sini untuk menjadi panduan dan pedoman kepada kita bersama.

Aku pun dah lupa macam mana cerita ni boleh terkeluar dari mulut Si Gendut. Dia cerita yang Mr R ni rupa-rupanya kaki hutang sana sini. Sebab abang ipar dia sendiri yang dah terkena. Lepas Si gendut habis cerita, dia tanya aku :

Si Gendut : Kau Dicup…yang pernah kawan dengan dia, xde experience pape ke..?

Aku : hmmmm..(dalam kepala mahu susun ayat). Errrk..? abang ipar kau pun kena? Aku..(nak cerita ke tak nak cerita. Nak cerita ke taknak cerita - berbelah bagi). Ohh..bukan aku taknak cerita Dut. Tapi aku pun pernah kena jugak. (aduhai..terkeluar jugak..haisssh)

Si Gendut : hah? Dengan kau pun dia mintak?

Aku : hmm..tulah.sebelum ni aku malas nak buka cerita. Kau kan kawan baik dia. Lagipun aku malas nak mengaibkan orang, (aku dengan perasaan seorang budak yang suci).

Si Gendut : Ko mintak balik?

Aku : Ntah la Dut..bagi aku, kalau kau yang pinjam, kau la yang kena pandai2 pulangkan. Takkan nak tunggu sampai orang mintak kan..lagipun, kalau dia tak reti nak pulangkan, aku halalkan je la..(Sebab aku dah tak berhubung langsung dengan Mr R tu sekarang ni – malas!)

Hmmm..sebenarnya ada banyak lagi perbualan kami, tapi biarlah ia menjadi rahsia. Jangan tanya kesudahan cerita ni, sebab aku dah lupa.

Dalam hati aku terdetik, ada jugak orang macam ni. Aku berdoa agar biarlah ia datang sekali itu sahaja dalam hidup aku. Allah Maha mengetahui dan Dia lebih menyayangi aku barangkali, maka sebab itulah sekarang aku tidak lagi berkawan dengan Mr R. Setiap yang berlaku, pasti ada hikmah disebalik kejadian. Kita yang dianugerahkan dengan akal dan fikiran sepatutnya dapat berfikir dengan waras dan pertimbangkan mana yang baik dan mana yang tidak.




 Dah macam wartawan majalah hiburan pulak aku rasa ;)