1. A recent picture of you and 15 interesting facts about yourself

hmmm..rasanya ni lah gambar yang paling paling paling latest.
Masa pergi Batu Feringgi Night Walk Market hari tu



1. Parents saya tinggal di Bukit Beruntung dan saya di Pulau Pinang.
2. Saya berjauhan dengan parents dan siblings saya.
3. Saya sangat merindui mereka walaupun baru minggu lepas balik rumah.
4. Tapi..takpe. saya ramai kawan kawan di sini.
5. Kawan kawan saya termasuklah Fateah, Sharon, Gendut, Cik Ajar dan lain lain. (yang tak dinyatakan tu, jangan kecik hati ye..kamu kamu kamu pun termasuk dalam list jugak..hehe)
6. Selain kawan kawan, saya juga mempunyai seorang pakwe. (hahaha...statement!)
7. Tapi, kebelakangan ni, pakwe saya selalu sibuk.
8. Eh, ayat ke 7 tu boleh jadik "15 interesting facts about yourself" ke? haha!
9. Selain family, kawan kawan dan pakwe, saya juga suka berkawan dengan bakteria.
10. Antara bakteria yang menjadi kawan saya adalah Burkholderia pseudomallei, Streptococcus pneumoniae, Haemophilus dan banyak lagi.
11. Saya masih belum berkahwin dan belum mempunyai anak. Anak tekak ada.
12. Saya ada 2 benda besar yang nak kena buat tahun depan.
13. Semalam saya baru kena paw dengan pusat proton service sebanyak RM475.
14. Sabtu dan ahad ni saya nak pergi Bukit Larut dengan kawan kawan.
15. Oleh yang demikian, malam ni saya kena pergi beli bag galas sandang belakang yang saya idam idamkan tu..(hahaha..alasan!!)


yeah..dapat jawab soklan SPM paper BM dengan jayanya!

30 days of challenges!

Banyak benda sebenarnya yang aku nak cerita. Tapi, feel nak menulis berkurangan sekarang ni. Bukan setakat feel je yang berkurang, skill menulis pun dah lari sikit-sikit. Aku rasa kena pergi buat allignment and balancing dulu ni kot.. baru dia selari...haisssh.

Tapi, daripada feel tak datang datang, lebih baik aku buat sesuatu yang boleh bagi dia datang. ye tak? Nak dijadikan cerita, hari tu aku blogwalking blog friendlist, then terjumpa satu benda menarik ni. tajuk dia : "30 days of challenges!" . Tapi, aku dah tak ingat pulak sape punya blog..sorry..sorry.. Daripada takde benda nak post..boleh jugak update dengan benda ni. Adalah hiburan sikit.

Ok..ni isi kandungan dia.


30 days of challenges!

Day 01 - A recent picture of you and 15 interesting facts about yourself
Day 02 - The meaning behind your blog name
Day 03 - A picture of you and your friends
Day 04 - A habit that you wish you didn’t have
Day 05 - A picture of somewhere you’ve been to
Day 06 - Favorite superhero and why
Day 07 - A picture of someone/something that has the biggest impact on you
Day 08 - Short term goals for this month and why
Day 09 - Something you’re proud of in the past few days
Day 10 - Songs you listen to when you are Happy, Sad, Bored, Hyped, Mad
Day 11 - Another picture of you and your friends
Day 12 - How you found out about blog and why you made one
Day 13 - A letter to someone who has hurt you recently
Day 14 - A picture of you and your family
Day 15 - Put your iPod on shuffle: First 10 songs that play
Day 16 - Another picture of yourself
Day 17 - Someone you would want to switch lives with for one day and why
Day 18 - Plans/dreams/goals you have
Day 19 - Nicknames you have; why do you have them
Day 20 - Someone you see yourself marrying/being with in the future
Day 21 - A picture of something that makes you happy
Day 22 - What makes you different from everyone else
Day 23 - Something you crave for a lot
Day 24 - A letter to your parents
Day 25 - What I would find in your bag
Day 26 - What you think about your friends
Day 27 - Why you are doing this 30 day challenge
Day 28 - A picture of you last year and now, how have you changed since then?
Day 29 - In this past month, what have you learned?
Day 30 - Who are you?



Oh ya......lupa nak bagitahu.....sebenarnya aku tengah sibuk carik feel nak pergi BUKIT LARUT



hahaha!

padah mengepaw

Di rawang.

Afiq (adik lelaki) kasi RM150.

Ayah kasi RM60

Emak kasi RM10

Gembira.   sebab dapat paw sorang sikit.

..........................................................................................................................................

Sampai rumah sewa di Penang, duduk sorang sorang dalam bilik.

Termenung tengok siling.

Terasa serba salah.




haisssh. kena pulangkan balik ke?

Rumah kami banjir

Semalam aku bangun pagi dengan semangat dan azam yang berkobar kobar nak pergi kerja. Tapi aku terlambat bangun sikit sebab tak tersedar. muahaha! Bangun je dari tidur, terus bukak pintu bilik. Nak tengok housemate aku, Si Fateah, dah siap nak pergi kerja ke belum. Bulan ni dia terpaksa tumpang aku pergi kerja. Kereta dia masuk hospital, accident, masa tu aku kat Rawang. Dia ni selalu siap awal dari aku, so kena set timing..kang kesian pulak dia tunggu aku berjam jam.

Tiba tiba,

aku ternampak luggage banyak banyak dah ada kat ruang tamu. Terperanjat dengan keadaan tu, aku pun tanya.
"Teah, kenapa ada banyak luggage ni? Kau nak pergi mana? Lari dari rumah ke?". Tapi..tu semua aku tanya dalam hati je. Yang sebetulnya aku tanya macam ni - "teah, kenapa luggage semua kat luar?".

Teah pun jawab dengan cool lagi innocent. "oooh..rumah kita banjir.."

Hah? 

"Banjir..? Bila...? macam mana boleh jadik..?" terkejut aku!

Malam tadi kot. Air mesin basuh.

" Mesin basuh? "  - time ni dah gelabah gila dah.


Mesin basuh.....aku yang guna semalam! Aduhai..


keadaan luggage kat ruang tamu.
Teah bukan nak pindah atau lari rumah...sebab luggage aku pun ada...huahuahua!

Terpaksa mintak pertolongan cik mop..haisssh!

keadaan bilik stor semasa banjir.
habis segala jenis kotak yang ada kat rumah basah.
terpaksa dibuang..sob sob sob (TT)


semasa mengemas...aku jumpa ini!
go go germany go!  hahaha.


penat aku kumpul kotak dari tahun lepas..
nampaknya aku kena lupakan hasrat nak jadi tokei kotak la. ENTRY INI







kawan semasa mengemas. Cicakman.."chik chik chik"



kotak kotak kasut jugak terpaksa dibuang.
kasut terpaksa dipindahkan ke penempatan baru..hai la badan!




Air masuk kesemua arah tanpa sempadan. termasuk kotak kotak buku.


ni la keadaannya bila rajin baca buku.
Kerusi empat ketul pun tak cukup..muahaha!

Tapi..yang azabnya..kamus medical pun basah jugak..aiyooo!



Inilah keadaannya selepas dibersihkan dan dikemas.


ok..
banyak lagi ruang kosong..
boleh la seludup housemate baru sorang lagi..haha!



notakaki : ada mesin basuh pun salah, takde mesin basuh lagilah salah. haisssh!

Tenaga defisit

Bulan ni aku klasifikasikan sebagai bulan penuh aktiviti. Kalau ada keupayaan boleh kerat badan menjadi dua, dah lama aku buat. Rasa macam tak cukup tanah nak berlari. Kejar yang tu, rasanya yang ni lebih penting. Nak pergi yang ni, rasanya yang tu lebih penting. Last last terus buat aktiviti tanpa planning. Mana yang offer dulu, terus aku kata jadik. Yang lain lain aku atur kemudian. Tapi yang menjadi kepentingan sekali tentu tentunya kerja hakiki.



Image uploads will be disabled for two hours due to maintenance at 5:00PM PDT Wednesday, Oct. 20th.


Satu
Hujung minggu ni aku akan kulu kilir ke Rawang lagi. Mak nak buat kenduri. Tak sampai hati rasanya tak balik rumah. Tak dapat nak bayangkan kalau mak kena bertungkus lumus mengerah kudrat dan tenaga tua dia sorang sorang untuk berkenduri. Biarlah aku penat sikit dan puas hati daripada duduk di Peneng dan pening kepala memikirkan kepenatan mak nanti. Aku betul betul tak sanggup.



Image uploads will be disabled for two hours due to maintenance at 5:00PM PDT Wednesday, Oct. 20th.



Dua
Aku rasa aku dah tak boleh nak beri peluang kedua lagi pada “satu benda” ni. Nak tunggu sampai hujung bulan pun aku dah tak sanggup, apatah lagi nak suruh melarat sampai ke akhir tahun ni. Aku betul betul penat, rimas dan letih. Bukan hanya menanggung letih mengeluarkan duit, malahan melayan kerenah orang sekeliling yang ada di situ juga aku sudah tak sanggup. Muak dan jelik rasanya. Dan aku fikir boleh jadi parah dan barangkali boleh melarat menjadi barah. Lebih baik aku undur diri mulai sekarang. Tak payah nak bersubahat dengan apa yang aku tak suka, habis cerita.



Image uploads will be disabled for two hours due to maintenance at 5:00PM PDT Wednesday, Oct. 20th.



Tiga
Lagi seminggu aku kena menunggu sebuah jawapan yang tak pasti. Aku berdoa pada Allah, semoga Dia permudahkan segala urusan dunia dan akhirat aku. Aku harap dengan satu langkah ini akan membuatkan aku terus berjaya dan berjaya di masa akan datang. Dengan itu, ia dapat membuka mata orang sekeliling melihat siapa aku yang sebenarnya pada pandangan yang berbeza. Bukan aku seperti yang dulu dulu, lemah dan tak bermaya.



Image uploads will be disabled for two hours due to maintenance at 5:00PM PDT Wednesday, Oct. 20th.



Empat
Pergilah perkataan lupa dari diri ini. Beban rasanya jika sesuatu yang wajib dan perlu diingati pada masa yang tepat tetapi tak berjaya. Apa punca sebenar aku pun tak tahu. Terlalu banyak makan semut ke? Takde pulak buat gulai semut. Tak makan kekacang atau kismis ke? Mungkin juga, sebabnya stok kismis dan kurma dari Makkah yang mak bagi hari tu pun tak luak luak. Selalu tengok najis ke? Ye, ye, ye. Aku mengaku. Memang aku selalu tengok taik. Kalau tak tengok taik sendiri, aku wajib tengok taik orang lain.. Tak kiralah kanak-kanak ataupun orang tua. Dah tu kerja hakiki aku, kena tengok taik pesakit, nak kata apalagi. Buat je la. Ye dak?



Image uploads will be disabled for two hours due to maintenance at 5:00PM PDT Wednesday, Oct. 20th.


Lima
Sejak kebelakangan ni aku rasa sangat sangat penat dan sangat sangat letih dangan semua benda yang ada. Mungkin sebab sejak kebelakangan ni aku tak pernah jumpa hujung minggu kot. Asal ada hujung minggu je, ada la aktiviti nak kena isi. Kalau tak mengulang ke Rawang, pergi kerja. Kalau tak kerja, mesti balik Rawang. Jadinya, perkataan dating dah hilang. Nasib baik cik pu tak pernah komplain. Aku harap dia faham.



kesimpulannya di sini................aku penat.


Boleh tak kalau aku membebel cara alaf baru macam ni?


macam best je.. hehe.


Image uploads will be disabled for two hours due to maintenance at 5:00PM PDT Wednesday, Oct. 20th..

maintenance sampai pukul 5? orang dah balik keja la wei.  apekejadahnye?

Wedding theme

Sejak kebelakangan ni ramai betul orang yang nak kawen. Minah ni nak kawen dengan mamat tu. Mamat tu dah bertunang dengan minah ni. Sampai aku aku sekali termasuk dalam senarai orang yang nak kawen tahun ni. Padahal tahu menahu pun tidak. Plan pape pun tak pernah buat. Sapelah yang punya kerja kepoci ni..haisssh.

Tapi kan..macam best je tengok blog blog orang sana sini cerita preparation nak kawen. Sediakan tu, sediakan ni. Buat hantaran cantik cantik. Tempah pelamin tiga panel la bagai... Ada yang siap buat doorgift handmade. Fuhh..dahsyat betul. Terasa tempiasnya kat aku.


Keh keh keh. Tak pasal pasal.


Oleh yang demikian, aku pun macam nak plan siap siap la dari sekarang. Walaupun aku dah rancang secara unofficially dengan cik pu, mungkin aku akan kawin lagi 2 tahun kot. Sebabnya kami ada agenda masing-masing. Aku dengan dua benda penting aku. Yang dia pun ada beberapa misi penting nak disettlekan jugak. Aku pun tak berapa nak pasti beberapa tu berapa banyak?


Hmmm...Mula mula sekali, kena pk pasal theme.

Nak diikutkan, daripada dulu lagi aku dah mengidam nak pakai theme hitam-putih. Kalau tak dapat hitam putih, second choice aku nak kaler coklat gelap – krim. Aku memang pengemar kaler kaler urban ni. Sedap mata memandang. Tapi cik pu selalu bankang. Takmau takmau kata dia. Haissssh. Pening jugak nak pk masalah ni.


hmmm..see...macam menarik kan..?


yang ni pun..
sedap je mata memandang..hehe


Tapi…..

Kalau dia taknak, ok fine.

Aku pakai baju theme hitam putih, dia boleh pakai kaler unggu ke hijau striking dia tu.

Aku on je, no hal! Takde masalah.

Tapi takut orang yang datang kenduri tak lalu makan la pulak tengok kami!


Hahaha


Batu feringgi night walk market

Lepas penat bekerja, kita pergi jalan jalan rehatkan minda.
Balik kerja petang sabtu tu, tanpa banyak berfikir, terus pergi.
Mulanya Gendut just ajak pergi pasar malam kepala batas.
Ntah macam mana, termelencong sampai ke pacific butterworth then menuju ke pulau.
Alang alang pergi pulau malam sabtu, apalagi.
Batu feringgi night walk market sekilometer dua la.
Berjalan hujung kanan ke hujung kiri, penat jangan cakap la.
Dah la straight dari tempat kerja.
Badan busuk tahap apa dah. Cipan pun kalah..hahaha!


Pada yang tak tahu, night walk market ni kat sepanjang perjalanan Batu Feringgi, Pulau Pinang.
Selalunya night market ni start pukul 8.00pm. Tapi, masa kami pergi hari tu, pukul 7.00pm dah bukak dah.
Gerai gerai yang ada kat sekitar jalan tu kebanyakannya jual barang macam handbags/sunglasses/watches, handicraft, T-shirts dan tentu tentunya DVD cetak rompak.
Tapi, masa kami pergi tu, kebanyakan kedai tutup dan tak banyak barang.
Mau tahu kenapa?  Majlis Perbandaran buat lawatan kot!  hahaha.
Tekocoh kocoh masing masing menyorokkan barang..ingatkan apa la bendanya.




Ni contoh contoh sunglasses.
Harga dia boleh dapat dalam Rm8.
 Takde cermin. Untuk kegunaan nak melawa semata-mata..
ingatkan nak beli, bila pk pk balik..membazir!
tapi balik rumah, mengigau nak pulak.
grrrrr


salah satu gerai yang kami masuk.
Gerai ni konsep dia jual barangan India.
Ada jual macam macam. Sandle Aladdin, Beg selimpang, patung Gajah dll.


Ni dalam kedai yang sama.



Ni pun. Bergambar kat kedai yang sama.
Sapa suruh kedai yang lain lain tu tak kasi amik gambar.

 
Ni pulak gerai yang jual lampu comel comel.
Ada macam macam jenis.
Harga pun boleh tahan. Dalam RM35 - RM40.
Walaupun tak dapat pergi ICT kat Shah Alam, kat sini pun dah ok dah..haha!
 
 
Ni salah satu benda paling menarik kat night walk market.
Uncle yang creative giler!
Pegang satu berus yang siap boleh letak TIGA kaler..wow hebat!
Aku nak pegang berus satu kaler pun mengigil gigil..ni sampai TIGA!
Hasil pun menarik dan cantik..


seee..cantikkan hasil seni Uncle ni..?


Dan..yang PALING PALING PALING menakjubkan.
selama 2 tahun aku bermastautin dan bekerja di Penang ni,
baru sabtu haritu teringin nak beli benda ini.
Benda tampal tampal kat fridge tu.
Harga dia tiga bijik = RM10.



ok..gembira! 
 Jom pergi lunch.

perkenalan singkat di fb

Dalam bulan lepas. Ada sorang mamat ni, bagi private mesej kat fb aku.

Intipati mesej tu macam baru nak berjinak jinak ke arah berkenalan.

Aku ok je, selagi tak lebih lebih boleh terima lagi.


tapi..aku syak dia ni bukan kenalan rapat / kenalan dari sekolah lama / universiti / mana mana yang aku pernah jumpa.

Senang cerita, mamat ni ntah sapa sapa la..aku tak kenal.

ok. selagi tak menyalahi undang undang, kita layanlah baik baik kan.


Kalau nak kawan, tak jadi masalah besar. Lagipun, dia bukan nak carik gaduh.

Tapi...

kalau ye nak berkenalan melalui laman sosial pun, buatlah homework sikit.



Kan tak pasal pasal dah kena tipu dengan aku.


Bila kala pulak aku kahwin?


muahahahaha.



Terus mamat tu dah takmau layan.

Azam 2010

Semalam terselak satu buku dan ternampak ini.

AZAM 2010 bartarikh 3 Januari 2010.

1) MUET
- Belajar melalui buku : kena carik buku English !! Beli / Library  sudah!
- Tuisyen
- Atleast band 3 : Lulus ++
- Pertingkatkan communication & speaking skill.

2) Simpanan
- Bertambah!! Berjimat cermat!!
- Perlu kukuhkan kewangan
- Sebulan ± RM400
- Public Mutual RM100, Tabung Haji RM100, ASB RM200
- Hutang : PTPTN RM 100

3) Agama
- Perlu kukuhkan lagi keimanan kepada Allah swt
- Solat : perlu jaga!!
- Puasa selalu
- Baca Al-Quran : sekurang-kurangnya 1x sehari
- Baca Yassin : sekurang-kurangnya 1x seminggu

4) Sikap
- Perbaiki segala kelemahan diri yang ada
- Perlu tambah confident diri
- Perlu pandai buat keputusan sendiri
- Perlu tegas pada diri sendiri & orang lain!!
- Manage cuti tahunan sebaik-baiknya
- Pertingkatkan PR diri!!
- Tiada alasan / MALAS lagi dalam kamus hidup!! Perlu sentiasa rajin & bersikap positif.


xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


Dalam banyak banyak list azam kat dalam buku tu, yang nombor satu tu pun aku belum lunaskan lagi.


Apa lagi yang lain-lain.


Ada dua bulan je lagi nak ke tahun depan.


Haissssh.


cara nak pujuk lelaki yang merajuk

ok..ni ada info aku dapat dari carian google tadi..boleh kita sharing sama sama...sharing kan caring..caring kan scary..hahaha!

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Sebelum kita mengetahui cara untuk memujuk ini, kita harus tahu apakah menyebabkan seseorang itu merajuk. Seseorang itu merajuk disebabkan atas beberapa sebab.

1. Cemburu


Ya, ini merupakan faktor utama kenapa si Dia merajuk. Dia cemburu disebabkan ada sesuatu yang cuba mengambil anda dari dirinya. Seperti kawan-kawan, pekerjaan, keluarga dan sebagainya.

2. Tidak dapat apa yang diinginkan


Si Dia menginginkan sesuatu dari anda, tetapi anda tidak memberikannya. Sebagai contoh, Si Dia ingin memakan roti canai (kenapa pasal roti canai pulak ni?), tetapi anda tidak mahu, dan anda ingin makan benda lain. Jadi, si Dia pun merajuk sebab dia hendak jugak makan roti canai. Payah jugak ni.

3. Orang lain lebih hebat dari dia


Adakalanya dia akan merajuk untuk mendapatkan perhatian dari anda. Dan kadangkala, si Dia merajuk disebabkan ada sesuatu yang membuatkan dia berasa marah dan tidak selesa. Untuk mengubat perasaan dia itu, dia perlukan anda disamping dirinya tetapi dengan cara yang sangat berbeza — merajuk.


Bagaimana nak pujuk?

Ok. Sekarang ini kita sudah mengetahui sebab kenapa si Dia boleh merajuk. Dan sekarang bagaimanakah cara untuk memujuknya. Diingatkan, tips-tips ini bukan langkah-langkah untuk memujuk, cuma sebagai panduan atau tips sahaja.

1. Terangkan perkara sebenar


Adalah lebih mudah berkata benar dari berdusta. Ceritakan kepada si Dia apa yang berlaku pada anda dan tanya pada si Dia kenapa dia merajuk. Berterus teranglah (baca tentang 5 Tips Dalam Berpasangan) dalam perhubungan anda. Janganlah berselindung. Dengan mengwujudkan budaya bertanya dan berkata benar ini, dapat mengeratkan perhubungan kerana, anda mengambil berat si Dia. Ini juga bermaksud anda menunjukkan bahawa anda menyayangi dia.

2. Bertolak ansurlah dan bijak dalam membuat keputusan


Memang sukar untuk kita bertolak ansur tetapi tidak bermakna kita kalah sekiranya kita mengalah. Dalam situasi sebegini, anda haruslah bijak dalam membuat sesuatu keputusan. Sekiranya si Dia merajuk dan anda tidak berjaya memujuknya, gunakan gaya anda yang tersendiri dalam memujuk hatinya. Dengan ini, anda kelihatan bijak dalam membuat keputusan.

3. Ucapkan kata-kata "manis"


Manis tidak semestinya manis bukan? Ketika si Dia tengah merajuk, cuba anda bergurau senda dengan dia dengan menggelarkan si Dia, "bucuk", "comot", "manje" dan sebagainya. Dalam pada itu, selit-selitkan ayat-ayat power anda dalam perbualan tetapi masih mengekalkan perkataan-perkataan manis seperti yang saya sebutkan tadi. Adalah amat kelakar bagi saya sehinggakan saya pun sedang tersengih pada ketika ini.

4. Nyanyikan lagu buatnya


Ha…tips ini merupakan bagi saya tips yang paling ultimate. Kalau ditanya, berapa ramai yang sanggup nyanyi untuk kekasihnya? Pernah tak anda menyanyikan lagu untuk kekasih anda? Mungkin jawapannya ramai yang mengatakan tidak. Tetapi, saya pernah. Saya tidak berkata bohong. Saya pernah dendangkan lagu kepada kekasih saya. Dan kami siap berkaraoke di dalam phone lagi. Kami berduet bersama-sama. Adakah si Dia akan tersenyum dan ketawa? Sudah pasti ya. Kerana dapat mendengar suara buah hatinya menghiburkan dirinya. Tidakkah ianya menggembirakan? Sudah pasti senyuman terukir di bibirnya.

Seperti yang saya katakan tadi, tips-tips ini bukanya langkah-langkah tetapi merupakan panduan bagi anda dalam memujuk pasangan anda. Mungkin ada di antara tips ini tidak sesuai dilakukan kepada pasangan anda tetapi tips ini mungkin berjaya membuatkan si Dia tersenyum.


kredit untuk bacaan INI
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

agak agak kalau aku buat yang no 4 tu..ok tak?

pastu nyanyi lagu .....bapak ku pulang dari kota... ke kan..

mesti romantik habis.

muehehehe-


cik pu merajuk?

Hari ni aku rasa cik pu merajuk dengan aku. Pagi tadi masa aku kejut solat subuh pun, dia diam je. Tak cakap merepek repek mengigau macam selalu..tu buat aku pelik tu. Mungkin aku ada buat salah. Tapi..bila pk pk kan balik..memang ada.  (tapi...boleh tak kalau taknak mengaku? muehehe)

ok..terus terang aku katakan bab pujuk pujuk ni bukan kepakaran aku. Kalau ada satu subjek pujuk memujuk masa belajar dulu, dah tentu tentunya aku gagal total...nasib baik takde..tak payah mengulang..haha!

oleh kerana takde kepakaran langsung, nak tanya orang pun segan..jom kita jumpa nujum pak google jap.






baru nak taip word CARA je..dah keluar macam macam..guane ni?


tengok sini kalau nak tahu cara sebenar memujuk ;)


Lelongan rumah

Baru baru ni banyak kali aku amik cuti mengejut.
Semua orang terkejut dan terperanjat.
Termasuk bos besar aku. - dia ingat aku tension kerja banyak sangat..haha!
Cik Pu pun sama terkejut. - dia kata ntah ntah aku pergi jumpa mana mana pakwe kat kl..haisssh!


Yang sebenarnya...

hari tu aku kena settle-kan sikit hal.

berkenaan ini.



tapi....

malangnya lelongan tersebut aku tak berjaya dapat...huhu!

Yang paling paling paling terkilan adalah EMAK..

mula mula aku cool je. tapi pk pk balik..memang terkilan habis.

Dengar dengar cerita..

Rumah tersebut selesai dijual oleh agen cina kepada pemilik melayu dgn harga RM80k.

Moga moga lepas ni ada tawaran lain yang lebih hebat lagi..amiiin~

Dan lepas ni...     jangan ada yang tanya..

kenapa cuti lama lama? buat preparation kawen ke? Ada surprise ke?

Nanti aku pancung kepala!   



hahaha!


Puncak Perdana dan aku

Warning : Entry ini mungkin terlalu panjang bagi sesiapa yang tidak suka membaca. Harap cik cik dan abang abang semua dapat menyediakan beger dengan air milo sambil membaca..Kalau puasa, tak payah. :p

XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

Tiba tiba aku rindu zaman belajar kat Puncak Perdana dulu.


Bagi yang tak tahu, dulu kitorang budak budak sains kesihatan uitm pernah jadi student transit kat kl. Camane tak dikatakan transit. Orang lain pergi fakulti senang lenang jalan kaki. Yang kitorang ni, terpaksa bangun seawal 5am untuk bersiap siap ke Fakulti. Kolej kitorang kat Puncak Perdana, fakulti pulak kat Jalan Klang lama kl tu. Ala..yang dekat dekat dengan Midvelly tu..Kalau lambat..hazab la kau! Menjerit-jeritlah memanggil pakcik driber yang pasang dvd dangdut beribu batu boleh dengar tu..

Tapi…..

Yang paling aku rindu sebenarnya bukan pakcik driber bas mahupun dvd dangdutnya..(wah, dah macam si luncai dan labu-labunya! haha!) Yang paling paling paling aku rindukan adalah kawan kawan yang setransit dengan aku.


 
Dan yang paling paling tak disangka. Antara kami berlima, yang paling awal kawen adalah tasha..haissssh..padahal dialah paling “anti lelaki” masa dulu. Padahal kami kami-lah yang paling banyak skandal...tapi, dululah...sekarang tidak lagi...hahaha!

(kalau nk tengok tasha : berdiri dua dari kanan)

Dan paling nak dibandingkan antara kami kami yang lain, dialah wanita yang paling tidak jiwa jiwa…

kenapa? Tak percaya ke?


Sangat tak jiwa jiwa kan?

Walau pape pun, aku doakan dia bahagia dunia dan akhirat!


Dan....

Bila dapat anak, jangan lupa roger aku weh..boleh aku bukak buku cerita kau lima hari lima malam tak tido tido!





Gambargajah Persandingan cousin - Ekin & Bakri


Anak anak jin dah bertambah setiap hari...tanduk pun makin panjang.. he he he

kami yang bujang bujang bujang.. wiweeet!

pelamin

paparazi & mamarazzi yang ada kat Malaysia..terutama Johor..haha!

survenior..boleh dijadikan inspirasi!

kaum kerabat kami.

Raja sehari yang diraikan.

kontrol..kontrol..

zoom in.

turn ayah pengantin renjis renjis

untie untie gojes punya turn pulak..muehehe


tapi...
dalam banyak banyak gambargajah. satu ni yang aku naik hairan.

apakah?



Photografer professional itu...hahaha!